Blog Sabree Hussin

Komisyen RM78 Dari ToneXpress – Terima Komisyen Walaupun Dah Jarang Promosi

Kalau anda masih blur-blur dan pertama kali dengar mengenai laman web ToneXpress, anda boleh terus ke sini untuk melihat halaman utama ToneXpress.

Sebelum ni pun saya pernah cerita serba sedikit mengenai laman web ini. Tajuk artikel dia Review Laman Web ToneXpress.

Panjang sangatlah ayat-ayat dia, nak kena baca satu per satu ke?

Alahai…

Mengada-ngadanya dia.

Ok tak payah baca pun.

Saya tak mintak anda baca. Saya pun tak berharap anda akan baca. Bukan semua orang sesuai untuk baca tentang benda-benda yang boleh buat duit macam ToneXpress ni. Biarlah orang-orang yang “rajin” sikit membaca macam saya ni je yang baca laman web tu.

Biarlah panjang macam mana sekalipun, jika ada pulangan, saya sanggup baca. Dan ini bayaran ketiga yang saya dah terima dari pihak ToneXpress.

Apa sebenarnya ToneXpress? Adakah ia sama dengan bisnes Tone Excel?

Betul nak tau ni? SERIUS?

Jawapannya ialah:

Tone Excel ialah Tone Excel

ToneXpress tu ToneXpress la… 

Daripada nama tu sendiri kita dah dapat lihat, ini adalah dua benda yang berbeza.

ToneXpress. Sebuah laman web yang mempromosikan program rujukan WOW Tone Excel. Sesiapa sahaja boleh mendaftar di laman web ini, dan mendapatkan website replika bagi mempromosikan program Tone Excel.

Itu sahaja.

Oh laman web ini BUKAN percuma. Kalau nak guna website ni, kena bayar. Kena upgrade sebagai pengguna VIP terlebih dahulu. Bayarannya? RM10 sahaja.

Tahukah anda, berapa kos untuk membina sebuah website yang profesional, lengkap dengan web content, copywriting dan sistem referral didalamnya?

Domain dan hosting – RM60

Upah design website – Bergantung. Ada yang caj sehingga RM600 – RM1,000

Upah untuk masukkan skrip referral – Ada yang mintak upah sampai RM250 – RM300

Upah untuk masukkan copywriting – Ikut kepada pengalaman dan kepakaran penulis. Boleh caj sehingga RM500 keatas

Jumlah yang saya nyatakan kat atas ni BUKAN MEWAKILI nilai sebenar.

Boleh jadi ianya lagi rendah, dan boleh jadi ianya akan jadi lebih MAHAL. Bergantung. Itu belum masuk lagi dari segi support, bila ada pelanggan tanya, mintak simkad, mintak nak cash out duit dan sebagainya. Itu semua perlukan MASA dan penelitian yang rapi, supaya tak berlaku sebarang kekurangan dan kesilapan.

Modal dari segi MASA.

Sepanjang saya memperkenalkan peluang jana pendapatan menerusi program rujukan Tone Excel ini, bukan baru seorang dua yang bagi alasan TAK ADA MASA. Ramai la. Maknanya? Tak semua orang sanggup untuk buat kerja-kerja macam ni, jadi admin, jaga website, jaga pelanggan. Sebab orang sekarang ni, masing-masing mengeluh tak ada masa.

Jadi dengan bayaran serendah RM10 tu pada saya FAIR Enough. Tak terlalu mahal dan tak juga murah.

Part macam mana nak buat duit, ada juga diterangkan dalam web site tu.

Mula-mula saya ingat saya nak tulis kat sini… Tiba-tiba saya ubah fikiran, sebabnya saya terperasan ada satu seksyen tu, (dalam laman web ToneXpress) memang dah menerangkan tentang fungsi ToneXpress, dan cara bagaimana sistem mereka boleh bantu anda buat duit.

TIDAK.

Saya tak akan bagitahu kat bahagian mana.

Terpulang pada anda, sama ada nak cari atau tidak.

Saya lagi banyak promosikan program Tone Excel berbanding program ToneXpress ni. Namun tak bermakna saya tak buat duit dengan program ini.

Buat yang dah join network saya dan dah dapat ebook Jurnal Pemasaran Affiliate tu, sila amalkan ilmu dalam tu. Gunakan dengan sebaik-baiknya untuk memperkenalkan program rujukan ini kepada seberapa ramai yang boleh. Saya hadiahkan ebook tu bukan untuk suka-suka. Saya hadiahkan supaya anda boleh manfaatkan, amalkan dan buat lagi banyak duit dengan merujuk panduan kat dalam tu.

Bukan untuk simpan biar berhabuk dalam external hard disk korang ye!

Nampak je macam dah ramai yang dah join TE ni, tapi hakikatnya… Yang masih belum join tu laaaaaaaagi ramai.

Ok

Jumpa lagi dalam artikel seterusnya. Tengah nak cari idea untuk bangunkan laman web Geng Simkad Magic ni.

 

Exit mobile version