Blog Sabree Hussin

Kos Penggunaan Aweber Untuk Bulan Kedua

Bulan Februari ni adalah bulan kedua saya gunakan autoresponder berbayar dari Aweber.

Setakat sekarang ini saya dah berjaya kumpul 600 senarai emel prospek. Walaubagaimanapun, daripada 600 senarai emel yang berjaya dikumpul itu, terdapat beberapa emel yang sebenarnya duplicate.

Contohnya, saya ada 3 kempen pemasaran, dan rupa-rupanya orang yang sama opt in dalam ketiga-tiga mailing list tersebut.

Kalau kita lihat pada laman web utama Aweber, pada ruangan pricing maklumat seperti dibawah akan kelihatan.

Jadi saya kini berada dalam kedudukan 501 – 2,500

Ini menjadikan komitmen bulanan yang perlu saya bayar adalah sebanyak USD19 + USD10

Kira-kira RM100 jika kita convert kepada nilai Ringgit Malaysia.

Mampu ke nak bayar?

Kalau tak boleh bayar macam mana?

Inilah soalan lazim yang pastinya akan bermain difikiran setiap orang. At least saya juga fikir benda yang sama.

Kedudukan saya sekarang…

Hmm

Saya mungkin tak mampu nak bayar, namun, In Shaa Allah… bisnes saya mampu bayar.

Maksudnya?

Saya akan bayar yuran komitmen penggunaan tersebut menggunakan duit hasil daripada buat bisnes. Jadinya, kos tersebut akan diserap dan akan dikira sebagai kos menjalankan perniagaan.

Jadi setiap kali saya jual produk, saya akan masukkan juga kos penggunaan autoresponder.

As long as ada sales, mudah-mudahan adalah peruntukkan untuk bayar autoresponder ini.

Yang buatkan tak mampu nak bayar autoresponder ini bila bisnes tak ada, plan perniagaan tak ada, terus nak guna autoresponder mahal-mahal.

Memang lingkuplah kalau macam tu.

 

 

[hcshort id=”9″]

 

Exit mobile version