Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Aweber Mac 2015

Sistem autoresponder Aweber bukan sekadar memberikan perkhidmatan autoresponder, namun pada masa yang sama, mereka turut menawarkan program perkongsian keuntungan ataupun referral program yang boleh disertai oleh para pelanggannya bagi meningkatkan lagi pendapatan.

 

Jadi, bila anda menjadi pengguna sistem autoresponder aweber, anda boleh buat duit dengan memasarkan produk-produk anda menerusi emel, dan pada masa yang sama, jika anda mempromosikan sistem autoresponder ini, anda juga berpeluang untuk buat duit. Senang kata, anda akan dibayar komisyen untuk setiap pengguna baru yang memilih untuk menjadi pengguna aweber.

 

Ini adalah salah satu cek yang saya terima dari Aweber.

 

Ini juga sebenarnya adalah cek pertama yang saya pernah terima daripada Aweber. Pada asalnya, saya pun tak ada la mengharap sangat nak dapat cek dari Aweber macam ni. Fokus saya, apabila saya menjadi pengguna sistem autoresponder ini ialah, saya hanya nak jadi pengguna.

 

Dengan kos langganan sebanyak USD19 ataupun USD29 setiap bulan, saya tak rasa orang akan langgan perkhidmatan aweber. Melainkan, orang tersebut memang mempunyai bisnes yang betul-betul boleh support kos penggunaan sistem autoresponder ni.

 

Best ke guna sistem autoresponder Aweber?

Bercakap dari sudut kualiti, sepanjang saya menjadi pengguna sistem autoresponder aweber, cukup saya katakan saya dah tak perlu lagi langgan mana-mana autoresponder selain ini.

 

Tetapi, saya tak buat macam tu. Style saya, saya tak bergantung hanya pada satu medium atau platform semata-mata. Autoresponder Aweber ini saya gandingkan dengan sistem autoresponder emelmatik sebagai back up plan.

 

Dari sudut kos penggunaan, kos penggunaan aweber akan meningkat dengan bertambahnya bilangan subscriber yang berjaya dikumpulkan.

 

Akan tetapi, jika anda menggunakan emelmatik, terdapat satu pelan dimana anda dapat menjimatkan kos autoresponder. Anda hanya perlu bayar sekali sahaja, dan anda boleh terus menggunakan perkhidmatan ini sampai bila-bila dan anda tidak akan dicaj lagi untuk pertambahan mailing list seterusnya.

 

Bagaimana nak dapatkan komisyen affiliate Aweber?

RAHSIA paling RAHSIA sekali ialah… buat promosi.

 

Ya. Itu sahaja. Asalkan anda buat promosi, cerita kat orang lain yang anda merupakan pengguna sistem autoresponder aweber, dan anda buat benda ni pulak secara konsisten setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, dan kalau boleh buat setiap hari… pasti akan ada yang akan join aweber menerusi link affiliate anda.

 

Allah itu Maha Adil. Dia akan memberi ganjaran kepada hambaNya yang tak pernah jemu berusaha untuk mencari rezeki.

 

Dan bila dah berjaya dapat duit dari program referral Aweber, gunakanlah rezeki tersebut untuk jalan yang baik-baik. Jangan pulak buat dosa dengan rezeki yang Allah dah turunkan pada kita tu ya. Nasihat ni pun, terpakai untuk diri saya sendiri jugak.

 

Baiklah, artikel ini saya buat bukan untuk menunjuk-nunjuk kejayaan saya mendapat bayaran komisyen dari Aweber. Tujuan artikel ni cuma satu, saya nak buktikan yang program affiliate Aweber ini, jika konsisten buat, In Shaa Allah juga boleh membuahkan hasil. Ini adalah hasilnya, dan ini adalah bukti yang menyokong saranan saya.

 

Bila join program affiliate tu, jangan cepat sangat menyerah kalah. Buat sehabis baik, dan selagi belum membuahkan hasil, janganlah cepat sangat nak give up. Ada program affiliate yang akan membuahkan hasil dalam masa yang pantas, dan ada jugak yang makan masa bertahun-tahun lamanya baru nampak hasilnya yang pertama. Tak apa. Tugas kita adalah promosi dan tunjukkan yang ia memang ada manfaat kepada kumpulan sasaran.

 

Baiklah, segala tips dan strategi promosi, telah saya muatkan dalam ebook saya, Jurnal Pemasaran Affiliate. Katakanlah, anda memang blur habis dan langsung tak tau macam mana nak mula, macam mana nak buat duit dengan program affiliate, bantulah diri anda sendiri, dapatkan ebook saya tu, baca, dan terus praktikkan. Jangan berhenti bila anda masih belum berjaya buat duit, tetapi berhentilah apabila anda dah boleh buat duit secara automatik.

 

Saya doakan semoga pembaca dan pelawat blog saya ini, yang mencari tips untuk buat duit di internet dengan program affiliate dapat beroleh manfaatnya ya. Sekian dulu.

 

 

 

Exit mobile version