Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Ashadee Januari 2015

Artikel kali ni, kita sembang bab buat duit online menerusi program affiliate Ashadee. Boleh? In Shaa Allah, saya akan kongsikan satu atau dua tips dan teknik yang anda boleh terus lakukan (sekarang jugak) yang telah membantu saya untuk hasilkan pendapatan menerusi program affiliate ini.

 

Kesemua tips yang saya bakal kongsikan ni, Alhamdulillah memang TERBUKTI BERKESAN untuk saya. Jadi, saya percaya, kalau anda juga sanggup luangkan masa, praktik dan amalkan apa yang saya buat, tak mustahil untuk anda juga dapat hasil yang sama. Oh, mana tau, anda mungkin akan dapat yang lagi banyak daripada apa yang saya pernah dapat.

 

Setiap kali ada pembayaran komisyen dibuat ke akaun saya, sistem Ashadee secara automatik akan memberikan saya emel notifikasi seperti dibawah ni.

Selepas dah terima emel notifikasi macam ni, boleh la semak akaun bank untuk lihat sama ada bayaran telah pun dikreditkan ke akaun bank masing-masing atau pun belum lagi. Memandangkan saya guna akaun Maybank, jadi langkah seterusnya adalah untuk semak akaun Maybank saya.

 

Ya memang ada dan pembayaran telah pun selesai.

.

..

Apa yang saya buat dan amalkan sebelum-sebelum ini yang membantu saya untuk dapat bayaran dari program affiliate Ashadee?

 

Seperti orang-orang lain, saya juga bermula dengan tak tau apa-apa. Blur. Tak faham. Tak mampu nak imagine, macam mana sebenarnya nak buat duit online. Saya melihat, individu yang saya follow seolah-olah dengan mudah berjaya buat duit sehingga ribuan ringgit dengan program affiliate. Tapi bila sampai giliran saya, satu sen pun masih tak mampu nak hasilkan. Apa yang kurang? Apa yang silap? Mana yang saya tak tau?

 

Hakikatnya, memang sangat banyak yang saya tak tau sebenarnya. Formulanya simple sahaja, kalau saya buat exactly the same apa yang orang berjaya buat, saya pasti akan dapat result yang sama macam yang orang berjaya tu tadi hasilkan. Kalau tak dapat nak sama result 100%, dapat buat 20% pun dah kira cukup baik.

 

Masalahnya ialah, saya tak tau apa benda yang orang-orang yang berjaya ni buat? Apa teknik yang mereka gunakan? Apa sebenarnya strategi yang mereka guna pakai? Apa RAHSIA mereka buat duit dengan program affiliate yang saya masih tak tau.

 

1. Beli semua ebook, audio, video dan panduan berkaitan dengan program buat duit

Ha ha. Bila teringat balik memang rasa nak ketawa. Rasanya dah berpuluh-puluh ebook jugak yang saya pernah beli sebelum ni berkaitan dengan topik buat duit dengan program affiliate ni. Ini belum campurkan lagi dengan ebook-ebook percuma saya kutip sana sini bila saya online.

 

Dia punya semangat berkobar-kobar nak belajar tu… hanya tuhan sahaja yang tahu. Asalkan ada peluang nak belajar, saya akan ambik peluang tersebut. Tak kiralah sama ada ianya berbayar ataupun percuma. Ilmu percuma pun, ada banyak yang berguna dan membantu saya lebih faham dengan teknik sebenar nak buat duit tau.

 

Ebook berbayar ni pulak, ada yang murah ada yang mahal. Ada yang harga RM10, RM20, RM50, RM100, dan paling mahal saya pernah beli ialah RM250 kalau tak silap saya. Semuanya dalam topik pemasaran affiliate. Adakah saya menyesal sebab beli banyak-banyak ebook? TIDAK. Saya langsung tak menyesal. Apa yang saya kesalkan ialah, bila saya dah beli ebook tu, saya tak praktikkan apa yang saya dah belajar. Itu adalah ultimate penyesalan.

 

Saya percaya, ramai yang ada sindrom macam ni. Suka beli ebook. Semangat bila dapat baca, kemudian… bila sampai masa nak praktikkan, dia bagi macam-macam alasan untuk justify kenapa dia masih belum take action.

1. Oh teknik ni saya tau dah... (tapi tak pernah praktikkan)

2. La… cara ni tak sesuai dengan aku (belum cuba tapi dah kata tak sesuai)

3. Teknik ni dengar kata dah tak relevan lagi dah (cuma dengar apa yang orang kata terus percaya)

4. Strategi ni cuma sesuai untuk expert je (hakikatnya yang expert pun bermula sebagai newbie)

5. Ok hari Ahad ni saya cuba teknik ni (suka menangguh, dan bila sampai masa tetap tak buat sampai bila-bila)

 

Sebab tu saya selalu ulang-ulang dalam blog ni, masalah kebanyakkan orang yang nak buat duit online, tapi masih tak berjaya sebenarnya bukannya sebab tak tau nak buat apa, tetapi kebanyakkannya ialah mereka TAK BUAT APA YANG MEREKA TAU. Mereka ada ilmu, tetapi mereka tak amalkan. Macam mana nak nampak hasilnya?

 

2. Strategi hasilkan komisyen affiliate menerusi sistem set and forget 

Dari nama je memang dah bunyi macam BEST. Konsep sistem set and forget ini ialah, kita setup sistem buat duit tu sekali, kemudian kita biarkan ia bekerja untuk kita 24 jam setiap hari untuk hasilkan komisyen affiliate untuk kita.

 

Persoalannya ialah, adakah sistem macam ni benar-benar wujud dan mampukah ianya memberikan pendapatan kepada pemiliknya?

 

Jawapan saya. IA MEMANG BENAR-BENAR WUJUD.

 

Tetapi, bukan semua orang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk wujudkan sistem macam ni.

 

Sistem ini memang AJAIB. Ia mampu membantu pemilik sistem tersebut untuk buat duit online secara autopilot sedangkan pada waktu tu, pemilik sistem ni tidak bekerja dan mungkin sedang berehat, bercuti ataupun sedang tidur lena. Ok itu satu part yang best.

 

Akan tetapi, yang jarang sangat orang bincangkan ialah dari usaha untuk menjayakan dan menghasilkan sistem tersebut. Tak ada apa-apa yang ajaib untuk menyediakan sistem tersebut. Anda memerlukan usaha keras dan konsisten sebelum ia benar-benar memberi pulangan kepada anda.

 

Daripada eksprimen yang saya buat sebelum ini, anda memerlukan bahan-bahan berikut untuk mewujudkan sistem buat duit online anda secara autopilot.

1. Blog wordpress self-hosted

2. Sistem autoresponder

3. Ebook percuma

4. Set emel follow up

5. Laman web squeeze page

6. Video YouTube (support)

7. FB Fanpage (support)

 

Apa yang penting sekali ialah bagaimana anda mengkolaborasikan kesemua tools ini supaya ia bekerja seperti yang anda mahukan. Tak bermakna lagi banyak tools lagi bagus, sebabnya yang lebih penting ialah cara anda susun dan cara anda gunakan tools-tools ini. Jom saya terangkan satu per satu. Ringkas sahaja ya.

 

2.1 Blog wordpress self hosted

Kat luar sana ada banyak platform yang anda boleh gunakan untuk tujuan penulisan di blog. Lupakan yang lain-lain tu, dan saya cadangkan anda fokus sahaja kepada blog dari platform wordpress self hosted. Dari pengalaman saya, menulis di blog dari platform yang berbeza, saya dapati platform wordpress lebih banyak membantu saya untuk dapatkan hasil. Platform ini juga lebih mudah untuk di optimize untuk tujuan pemasaran SEO.

Baca juga: SEO untuk blog wordpress self hosted

Tak ada short cut. Anda perlu hasilkan 100, 200 atau mungkin 1,000 artikel yang unik sebelum ia menampakkan hasilnya.

Walaubagaimanapun, jika blog anda telah pun mempunyai sekurang-kurangnya 300 artikel yang unik dan berkualiti, ia dah mampu untuk menghasilkan pendapatan daripada program affiliate.

 

2.2 Sistem autoresponder

Saya guna dua sistem autoresponder. Satu dari Aweber manakala satu lagi dari Emelmatik. Sistem autoresponder Aweber adalah dari syarikat luar negara. Namanya memang dah dikenali dan mereka memiliki reputasi yang baik sebagai penyedia sistem autoresponder untuk tujuan pemasaran emel. Manakala untuk emelmatik, ia dimiliki oleh syarikat tempatan dan ia menawarkan pelan dengan harga berpatutan.

Jika anda masih baru dengan kaedah pemasaran emel, biasakan dulu dengan yang murah. Nanti bila dah pandai, barulah guna sistem yang mahal.

Fungsi penting dalam sistem autoresponder adalah untuk follow up pelanggan secara berkala dan automatik serta untuk menghantar emel kepada pelanggan pada bila-bila masa yang kita suka. Inilah dua fungsi penting yang akan bantu anda buat duit dengan program affiliate.

 

2.3 Ebook percuma

Fungsi ebook percuma ini alah sebagai umpan untuk memikat bakal pelanggan memberikan nama dan alamat emel mereka kepada anda.

 

2.4 Set emel follow up

Selalunya saya akan sediakan sekitar 5 – 10 set emel follow up. Emel follow up ini akan diterima secara automatik oleh bakal pelanggan setelah mereka memberi nama dan alamat emel mereka. Bergantung juga kepada ayat-ayat yang anda gunakan dalam emel follow up tersebut, lazimnya prospek akan terus membeli setelah terima emel yang ke lima.

 

2.5 Laman web squeeze page

Anda perlukan juga laman web squeeze page bagi tujuan kumpul senarai emel. Ok anda mungkin akan jalankan lebih dari satu kempen pemasaran dalam satu-satu masa, jadi anda perlukan banyak landing page dalam satu-satu masa.

Gunakan perisian blogspot to minisite ini. Ia sangat membantu jika anda ingin bina banyak landing page tanpa kos yang tinggi.

 

2.6 Video Youtube

Anda mungkin ingin tarik trafik dari laman video sharing youtube. Jadi, dari masa ke masa, anda perlu post video yang menarik disitu.

 

2.7 FB Fanpage

Ini juga adalah untuk tujuan support. Tak wajib ada, tetapi jika anda ada, ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda buat promosi dengan lebih berkesan.

Baca: Koleksi teknik berkesan dapatkan like FB Fanpage anda

 

Bila anda dah ada semua ini, anda hanya perlu fokus untuk perkara-perkara berikut iaitu

1. Hasilkan artikel promosi di blog anda. Sekurang-kurangnya sehari satu artikel promosi.

2. Broadcast emel kepada mailing list anda sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.

3. Post update di fan page anda.

4. Bila ada video baru yang menarik, post di channel youtube anda dan pada masa yang sama, ajak penonton untuk layari laman web squeeze page anda.

5. Ulang step step tersebut.

 

3. Rahsianya ialah KONSISTENSI

Teruskan buat walaupun anda masih tak nampak hasil. Teruskan tulis artikel promosi walaupun kelihatan seperti tak ada yang baca artikel yang anda hasilkan. Teruskan kumpul mailing list, walaupun dengan kadar yang sangat perlahan, seperti satu list emel sehari.

 

Ramai sebenarnya yang FAILED dalam bab kena konsisten ni. Lebih-lebih lagi bila hasil yang diidam-idamkan masih jauh dan masih tak kelihatan. Seingat saya, saya pun pernah beberapa kali terasa macam nak give up bila usaha saya masih tak membuahkan hasil. Namun selalunya, bila kita tak putus asa, disaat-saat akhir itu lah, kemanisan akan muncul.

 

Komisyen affiliate ni, walaupun untuk setengah orang, ia mungkin tak sebesar mana, namun ia besar maknanya untuk diri saya.

 

Kalau anda masih tak puas nak belajar cara saya, bolehlah muat turun panduan yang saya pernah hasilkan sebelum ni, iaitu Jurnal Pemasaran Affiliate. Tolong ya, jangan muat turun kalau anda tak minat langsung nak buat duit dengan program affiliate dan bukan jenis yang nak bertindak lepas dah dapat ebook tu.

 

Ebook Jurnal Pemasaran Affiliate adalah himpunan teknik-teknik promosi affiliate yang saya sendiri gunakan untuk menghasilkan pendapatan dalam program affiliate. Ianya telah diuji sendiri oleh saya dan terbukti berkesan dan relevan hingga kini.

 

Saya doakan anda juga berjaya, In Shaa Allah.

 

 

Exit mobile version