Blog Sabree Hussin

Idea Jana Pendapatan Untuk Bayar Kos Penggunaan Aweber

Hingga pada saat entri ini saya catatkan, saya masih lagi menggunakan akaun autoresponder Aweber untuk tujuan pemasaran emel.

Sesekali, saya akan gunakan juga akaun daripada emelmatik sebagai support.

Ada kempen pemasaran tertentu, saya gunakan autoresponder aweber. Walaubagaimanapun, pemasaran emel, bukanlah satu-satunya kaedah pemasaran yang saya pratikkan.

Pada masa yang sama, saya turut menggabungkan beberapa teknik pemasaran lain, dalam satu-satu masa.

Contohnya, saya juga guna pemasaran menggunakan teknik SEO dan juga pemasaran di FB Group. Bukan FB Group biasa-biasa, tetapi FB Group yang targeted untuk kategori prospek tertentu.

Jika anda mendapatkan salah satu panduan yang saya tulis, iaitu Panduan Dominasi FB Group, anda bukan sahaja akan pelajari teknik pemasaran di FB Group, tetapi anda akan belajar juga cara untuk menggunakan autoresponder sebagai salah satu senjata pemasaran.

Untuk marketer yang berpengalaman, lazimnya untuk satu-satu kempen pemasaran, dia boleh dapat income sekitar RM3,000 – RM7,000.

Bergantung juga pada jenis produk yang dipromosikan.

Target prospek yang disasarkan, dan beberapa lagi kemungkinan lain.

Tak semestinya akan dapat income ribu-ribu, dan boleh jadi jugak dia tak akan berjaya dapat sebarang income langsung.

Apa yang selalu buatkan orang takut nak guna akaun autoresponder macam Aweber ialah kos penggunaan yang agak mahal.

Saya sendiri misalnya, perlu membayar USD29 setiap bulan untuk kekal sebagai pengguna Aweber. Bukannya RM29 ya, USD29 dan itu bersamaan dengan RM93 +-

Nak kata mahal pun boleh, namun, dari segi pulangannya?

Ok saya terus terang. Saya tak mahu berdolak dalik dan sebagainya, tapi, cukup saya katakan, kalau tak berbaloi, tak untung, dah tentu saya sendiri tak nak guna Aweber.

Bukannya murah.

Bila dah guna Aweber, dah tentu matlamat saya untuk dapat untung, baru berbaloi.

Anda WAJIB buat sales

Sistem autoresponder adalah tools untuk memudahkan internet marketer menjalankan kerja-kerja promosi.

Kenapa anda patut pilih Aweber ialah kerana dari segi kualiti emel yang dihantar, mesti masuk ke folder inbox. Bukan spam.

Sebab itulah pentingnya, menggunakan autoresponder yang benar-benar mempunyai rekod pencapaian yang baik.

Kita tak mau syok sendiri hantar emel panjang-panjang, tetapi… emel masuk dalam folder yang tak sepatutnya pulak. Sia-sia je usaha kita hantar emel tu.

Macam mana kalau anda tak buat sales

Ini… anda kena ada back up plan.

Saya faham, kadang-kadang memang akan ada masanya kita susah nak dapat sales.

Sebab tu kena ada plan B.

At least kena ada satu sistem tertentu yang tetap berjalan memberikan income walaupun kita tak buat sales.

Ini salah satu contoh. Program pengiklanan daripada Nuffnang.

Program nuffnang ni sangatlah sesuai kalau anda ada blog sendiri dan ada ramai pengunjung pulak tu.

Jika tidak, mungkin idea ini kurang relevan untuk anda, walaupun ia sememangnya berpotensi untuk bantu anda jana pendapatan.

Ataupun, anda boleh buat bisnes ini.

Hanya bermodalkan telefon bimbit sahaja.

Anda lihat sendiri maklumat lanjut disini.

Pendek kata, macam-macam cara nak buat duit sekarang ini, tinggal pilih dan buat je.

In Shaa Allah jika semua ini anda buat, tak ada masalah lah nak buat duit.

Bila income anda dah sampai RM10,000 sebulan, tak kan masih lagi nak kata tak mampu nak bayar kos penggunaan aweber kan…

 

 

Exit mobile version