Blog Sabree Hussin

Kerja Untuk Bayar Hutang

Anda kerja susah-payah selama ni semata-mata untuk bayar hutang ke?

Menarik.

Teringat kata-kata yang jadi siulan dan sindiran sesetengah kumpulan yang bergiat aktif dalam bisnes MLM. Memang tak sedap didengar, tapi hakikatnya, memang ada antara kita yang memang lalui corak hidup sedemikian

Kerja dari pagi sampai petang,

dapat gaji

Habis buat bayar hutang

Macam tu je la putaran dan kitaran hidup berlangsung, hingga sedar tak sedar, satu hari terkeluar juga kata-kata penuh keinsafan,

“… Aku dah tua rupanya.”

Ada dua perkara yang apabila kita hidup bersamanya, akan sentiasa gusarlah hati, dan hilangkan ketenangan diri. Itulah dia penyakit dan juga hutang. Moga-moga kita sama-sama dilindungi daripada mengidap penyakit yang tak ada ubatnya dan dijauhkan daripada bebanan hutang yang tak mampu dilunaskan.

Maka hari ini tak hairanlah apabila kita dapat lihat situasi dimana suami isteri perlu bekerja. Satu fenomena yang jarang berlaku satu ketika dulu, yang mana biasanya tugas mencari nafkah 100% terletak dibahu suami.

Malahan kini, keluarga yang pasangan suami isteri telah sedia bekerja turut dipaksa untuk bekerja lebih masa atau setidak-tidaknya perlu ada dua kerja dalam satu-satu masa.

Kerja apa yang sesuai untuk kita buat khusus untuk tujuan bayar hutang?

Pernah tak anda terfikir persoalan yang saya kemukakan kat atas ni? Atau anda lebih cenderung untuk main belasah je buat apa-apa kerja sekalipun tanpa berfikir dulu.

Jangan macam tu saudara/i

Kita nak buat apa pun, kena fikir dulu. Setiap perkara lazimnya ada buruk dan baik. Apa yang baik dimata, belum tentu baik keseluruhannya.

Jangan sampai kita terlalu asyik kejar duit, buat semua kerja, sampai terabai tanggungjawab hakiki kita. Lebih-lebih lagi yang dah berkeluarga, dan yang dah ada anak-anak.

Tengok-tengoklah apa yang keluarga anda sedang buat.

Walaupun hutang tu penting, dan wajib dibayar, keluarga juga sama penting. Jangan hanya kejar satu, dan abaikan yang lagi satu. Kan lebih molek, kalau anda berfikir terlebih dahulu, supaya keputusan yang bakal diambil ialah keputusan yang membuatkan anda dapat dua benda dalam satu masa.

Ini cuma cadangan saya. Tak semestinya anda kena follow. Cara ini berkesan untuk saya, mungkin ia juga berkesan untuk anda. Kejayaan saya dapat hasil menerusi cara ini hanya membuktikan cara ini memang boleh pakai. Namun, ia tidak menjamin anda bakal dapat hasil yang sama seperti saya.

Boleh jadi anda akan dapat kurang… dan bergembiralah, anda juga berpeluang untuk dapat lebih banyak dari saya. Ok?

Kerja yang saya maksudkan ialah, kerja dalam bidang pemasaran. Anda buat marketing.

Marketing yang anda perlu buat ni pulak ialah marketing secara online. Cukup sekadar buat kerja menerusi laptop ataupun tab. Anda jugak boleh buat dari rumah, sambil bekerja sambil boleh perhatikan anak-anak dan keluarga.

Ini contoh pendapatan yang boleh digunakan untuk bayar hutang.

Pendapatan daripada kerja-kerja pemasaran adalah dalam bentuk komisyen. Komisyen pulak dijana apabila anda berjaya hasilkan jualan untuk sesuatu produk.

Konsep yang digunakan adalah konsep perkongsian keuntungan.

Anda selaku agen pemasaran membantu pemilik produk untuk memasarkan produk mereka.

Tak ada bayaran dikenakan, malahan anda yang akan menerima bayaran apabila berjaya hasilkan jualan. Bagaimana anda nak buat pemasaran, itu terpulang.

Anda boleh guna medium blog, FB Group, emel marketing dan sebagainya. Kalau nak diikutkan, ada terlalu banyak medium pemasaran yang anda boleh gunakan.

Tak perlu hadkan pada medium pemasaran tertentu sahaja.

Personally, saya lebih suka konsep diversify.

Ada ketikanya saya akan buat marketing menerusi FB, dan adakalanya saya akan buat marketing di lain-lain platform yang bersesuaian. Anda boleh baca artikel-artikel lain yang pernah saya catatkan dalam blog ini untuk dapatkan klu-klu platform mana yang sesuai untuk buat marketing.

Ada ilmu pemasaran itu penting.

Maka atas sebab yang sama, sebelum ini pun saya pernah invest sejumlah wang untuk belajar teknik pemasaran online sebenar menerusi Video Kursus Intensif Pemasaran Affiliate [klik sini]

Jangan risau, dengan ilmu, teknik dan strategi yang betul, pendapatan yang bakal anda hasilkan tidaklah terhad setakat RM15 sahaja.

RM15 tu hanya contoh untuk tujuan penerangan sahaja.

Anda boleh dapat lebih lagi, dengan izin Allah.

In Shaa Allah, lepas ni anda akan ada duit lebih untuk bayar hutang 🙂

 

Exit mobile version