Blog Sabree Hussin

Cara bayar hutang kad kredit dengan komisyen Tone Excel

Adakah anda sedang pening kepala sekarang ni, sebab nak kena bayar hutang kad kredit? Mari sini, saya nak share dengan anda, satu idea bagaimana nak bayar hutang kad kredit tanpa perlu menggunakan duit gaji anda langsung. Anda nak tau macam mana?

 

Bukan satu rahsia lagi, dan ia memang suatu yang boleh dilakukan. Orang putih kata, ianya achievable. Tinggal ia terpulang pada anda, sama ada nak buat ataupun tidak. Salah satu cara untuk anda bayar hutang kad kredit, adalah dengan menggunakan duit komisyen daripada Tone Excel.

 

Alhamdulillah. Seperti biasa, setiap bulan Tone Excel akan bank in kepada saya komisyen kerana menjadi pengguna setia simkad Tone Excel.

333279 adalah merujuk kepada nombor IDP saya untuk salah satu akaun yang saya miliki di Tone Excel. Untuk pengetahuan anda, setiap orang boleh memiliki 10 akaun di Tone Excel. 10 akaun bermakna, ada 10 nombor.

 

Atas ni ialah screenshot bagi akaun RHB milik saya. Saya memang buka akaun dengan RHB semata-mata untuk urusan pembayaran komisyen dari Tone Excel.

 

Berapa yang anda kena bayar setiap bulan kepada bank untuk selesaikan hutang kad kredit anda?

Adakah anda jenis yang biasanya akan

1. Bayar minimum payment sahaja?

2. Bayar sekadar yang termampu walaupun dibawah minimum payment?

3. Bayar lebih supaya cepat habis hutang kad kredit tu?

 

Anda tergolong dalam kumpulan yang mana satu?

Saya harap, anda yang baca post saya ni, adalah berada dalam kategori yang ketiga, iaitu jenis yang akan bayar lebih supaya hutang boleh langsai dengan cepat.

 

Anda juga boleh dapat komisyen dari Tone Excel!

Asalkan anda sanggup untuk buat perkara-perkara mudah ini. Saya ringkaskan untuk anda.

1. Layari laman web ini dan buat pendaftaran untuk anda buka akaun Autodownline anda.

2. Upgrade kepada premium member dan anda akan menerima simkad dari Tone Excel. Jadikan simkad tersebut sebagai talian utama anda.

3. Ajak rakan-rakan anda untuk buat perkara yang sama.

 

You have nothing to loose bro… Anda tidak rugi apa-apa dengan bertukar kepada simkad Tone Excel! Anda tau kan, sekarang ni, setiap kali anda tambah nilai sebanyak RM30, anda akan dapat percuma data sebanyak 1GB?

Dari segi kos penggunaan, saya percaya, ianya tak jauh beza sangat pun dengan caj yang dikenakan oleh syarikat telco anda sekarang. Jika ada beza sekalipun, ianya pasti tak lebih RM10 – RM20. Namun, pada masa yang sama, anda juga patut tahu, dengan bertukar kepada simkad Tone Excel, anda berpeluang untuk bina pendapatan tambahan menerusi program referral yang ditawarkan kepada para pengguna sim ini.

 

Dapat komisyen, kan duit tu boleh guna untuk bayar hutang kad kredit, ataupun apa-apa hutang lain yang anda sedang tanggung sekarang ni. Kalau sebelum ni, anda biasa bayar hutang RM200 setiap bulan, kali ini dengan adanya komisyen dari Tone Excel, anda boleh bayar lebih, dan In Shaa Allah, hutang tu pun akan habis dengan lagi cepat. Anda nak tak hutang kad kredit anda cepat habis?

 

“Setengah orang, mereka masih tak faham…”

Kalau bukan sebab saya ni ada banyak hutang yang nak diselesaikan, saya sendiri tak hingin nak bersusah payah nak join dan buat bisnes ni. Ramai kawan-kawan yang beranggapan, saya buat bisnes ni sebab nak mewah, nak hidup senang dan sebagainya.

 

Sebenarnya mereka SILAP sama sekali. Saya percaya, untuk kita hidup senang, langkah pertama adalah untuk pastikan kita bebas dari sebarang hutang. Sama ada hutang dengan institusi kewangan, dengan bank mahupun dengan kawan-kawan. Apalah gunanya kalau ada banyak duit, tapi pada masa yang sama, hutang pun banyak jugak!

 

Anda yang baca perkongsian saya ni, anda tak ada hutang langsung ke? Dah selesai dah hutang-hutang tu semua? Atau anda tak ada plan pun nak bayar hutang-hutang tu? Atau jika sekarang ni anda masih lagi sedang bayar hutang dengan penuh konsisten, cuba semak balik, hutang anda tu makin berkurang, atau makin bertambah? Senario paling celaka adalah apabila kita bayar hutang dengan konsisten tetapi hutang kita langsung tak berkurang!

 

Saya mengajak anda untuk join Tone Excel, bukan semata-mata untuk diri saya. Memang betul, bila anda join saya, saya akan dapat komisyen daripada penyertaan dan juga topup yang anda buat setiap bulan. Tetapi, pada masa yang sama, saya juga nak anda berjaya, dan lalui apa yang saya sedang nikmati sekarang ni.

 

Income tiga angka, ia mungkin tidak akan menyelesaikan masalah hutang anda dengan pantas. Namun, saya pasti, ia dapat meringankan serba sedikit bebanan kewangan yang anda sedang galas sekarang ni. Apa yang menghalang anda untuk bertindak?

 

Fokus saya dalam bisnes ni, hanya satu. Nak selesaikan hutang-hutang saya. Memang tak fancy dan tak macho langsung tujuan saya buat bisnes ni. Namun saya percaya, hidup saya pasti akan jadi lagi tenang bila saya dah bebas hutang nanti.

 

Jadi sekarang, tak kisah la apa orang sekeliling nak kata. Saya ni berangan ke, saya ni tak realistik atau apa-apa sahaja, yang penting, saya tau bukan orang yang sibuk nak mengata ni yang akan tolong bayarkan hutang-hutang saya. At the end of the day, saya juga yang kena bertanggungjawab untuk selesaikan hutang-hutang yang menjadi beban dalam hidup saya ni.

 

So, apa kata anda? Nak tunggu lagi? Atau nak berubah? Saya mengalu-alukan penyertaan anda ke dalam peluang perniagaan ini! Buat keputusan untuk mendaftar sekarang, dan jom kita sama-sama berubah kearah bebas kewangan. Sekarang ni, nak buat TE dah mudah, sebab adanya sistem Autodownline.

 

Bila anda buat promosi, In Shaa Allah anda akan dapat downline, dan bila saya buat promosi, anda juga akan terpaksa terima downline dari saya, seperti mana saya terpaksa terima downline dari upline saya menerusi fungsi “spillover from upline.”

 

Kalau anda tetap tak mau join saya, tak apa saya faham. Namun saya harap anda dapat doakan kejayaan saya. Doa anda begitu berharga untuk saya. Mana tahu, kalau ada 1,000 orang baca post saya ni dan kesemua 1,000 orang doakan kejayaan untuk saya, doa tersebut dimakbulkan!

 

Wallahua’lam

 

Exit mobile version