Blog Sabree Hussin

Cara Kawal Kos Untuk Aweber & Getresponse

Secara umumnya, kos penggunaan untuk Aweber dan Getresponse adalah sekitar RM100 untuk sebulan.

Dibawah ini ialah kos penggunaan untuk langganan Aweber.

Cara pengiraannya ialah USD19 + USD10 = USD29 untuk mailing list sebesar 501 – 2,500 email.

Kat bawah ni pulak adalah kos penggunaan untuk Getresponse.

Kos penggunaan untuk getresponse pula ialah USD25 setiap bulan untuk list sebesar 2,500 email.

Senang kira, kita katakan je la RM100. Kalau sebulan dah RM100, setahun? RM1,200 dah.

Sanggup ke nak bayar banyak macam tu? Paling penting, sebagai orang bisnes, macam mana kita nak control kos setinggi tu? Ada cara atau tidak?

Jawapannya ialah pasti ada cara.

… dan cara tersebut ialah, anda perlu pastikan yang anda WAJIB buat sales.

Kalau sekadar RM100, sebenarnya tak susah untuk dapatkan. Anda hanya perlu jual 10 unit produk yang beri keuntungan bersih RM10 untuk satu unit yang terjual.

Dalam sebulan, tak kan anda langsung tak mampu menjual walaupun sekadar 10 unit? Walaubagaimanapun, tujuan kita guna pemasaran emel dalam melakukan promosi, dah tentu kerana kita nak buat lebih banyak duit, bukan sekadar nak cukup-cukup makan sahaja. Setuju?

1. Hantar emel kepada subscriber anda sekerap yang mungkin

Berapa kerap?

Seminggu 4 – 5 kali.

Selang selikan dengan emel promosi serta emel informasi. Emel promosi tujuannya adalah untuk dapatkan sales, manakala emel informasi adalah untuk dapatkan kesetiaan mailing list anda.

Ye la, kalau hari-hari asyik hantar emel promosi, siapa yang tak jemu?

Baiklah, sebenarnya tujuan kita hantar emel sekerap yang mungkin adalah untuk membiasakan subscriber kita membaca emel-emel terbaru dari kita. Kita buatkan supaya aktiviti kita hantar emel jadi kebiasaan kepada mereka.

Sampai satu tahap, ia akan jadi ibarat satu tabiat. Satu rutin untuk baca emel terbaru dari kita.

Apabila kita tak hantar emel, subscriber kita tu jadi tertunggu dan ternanti-nanti emel terbaru dari kita.

2. Pastikan anda menjual sesuatu

Paling mudah ialah jual produk informasi.

Produk informasi ni pula dalam bentuk digital, sama ada dalam bentuk ebook, software, video ataupun rakaman audio.

Tujuan kita pilih produk digital ialah sebab kita dapat menjual sebanyak yang mungkin tanpa perlu risau masalah kehabisan stok. Contohnya ebook, mana ada habis stok.

Anda ada pilihan sama ada nak jual produk digital yang anda hasilkan sendiri atau produk digital yang anda dapati beserta dengan lesen dan hak jualan semula.

Produk yang didatangkan dengan lesen dan hak jualan semula ini biasanya akan dilabelkan dengan label RR (resale right), MRR (master resale right) ataupun PLR (Private label right)

Saya sendiri juga turut jual produk digital saya sendiri.

Setakat hari ini, ada tiga produk digital yang saya hasilkan sendiri dan yang saya jual. Antaranya

1. 1oo Rahsia Psikologi Pelanggan [klik sini]

2. Seni jualan psiko pelanggan [klik sini]

3. Panduan dominasi Fb Group Version 3.0 [klik sini]

In Shaa Allah dari masa ke masa akan saya tambahkan senarai produk digital ini.

3. Buat pemasaran affiliate

Pemasaran affiliate juga merupakan salah satu sumber pendapatan yang boleh digunakan untuk tampung kos penggunaan Aweber dan getresponse.

Dari masa ke masa, anda buatlah promosi produk-produk yang menawarkan program affiliate.

Namun, anda perlu pastikan yang produk yang anda promosikan tu relevan dengan mailing list anda.

Maksudnya, kalau list anda adalah terdiri daripada mereka yang minat dengan buat duit online, tak perlulah anda promosikan produk panduan lulus temuduga kerja kerajaan.

Kan langsung tak sesuai.

Pesan mentor saya…

Sebelum nak guna kaedah pemasaran emel, pastikan anda dah mempunyai perancangan yang rapi.

Kaedah pemasaran emel ini sangat berkuasa untuk hasilkan sales. Walaubagaimanapun, ia akan jadi satu kaedah pemasaran yang langsung tak berguna, kalau anda buat tanpa merancang terlebih dahulu.

Baiklah, sekiranya anda berminat untuk mendalami topik pemasaran emel ini dengan lebih mendalam, saya cadangkan anda layari laman web Rahsia Pemasaran Emel.

Sekian dulu.

Kita jumpa lagi dalam perkongsian seterusnya.

 

 

[hcshort id=”9″]

 

 

Exit mobile version