Blog Sabree Hussin

Menyesal Guna Aweber?

Bermula bulan March 2014, kos penggunaan Aweber yang perlu saya bayar ialah berjumlah USD29

Alhamdulilah, bulan ini punya penggunaan telah pun dijelaskan pada 24 haribulan yang lepas.

Aweber ini merupakan salah satu komitmen bulanan yang perlu saya tanggung untuk kerja-kerja pemasaran online, selain kos untuk sewa nama domain dan hosting, software autopost dan sebagainya.

Kalau ikut pemerhatian saya, Aweber adalah autoresponder paling mahal kalau nak dibandingkan dengan autoresponder lain yang pernah saya guna sebelum ini, iaitu Getresponse, Emelmatik dan juga Trafficwave.

Bila saya buat perbandingan, antara semua autoresponder yang saya pernah guna, pada saya guna Aweber paling best.

Mungkin sebab cara penggunaan dia yang simple, tu yang buat saya rasa seronok guna Aweber.

Pada waktu catatan ini saya hasilkan, kadar pertukaran matawang bagi 29Usd adalah bersamaan dengan RM95.41

Ala… senang kira kita genapkan je. Bagi dia cukup-cukup RM100.

Jadi, adakah berbaloi guna Aweber?

Untuk menjawab persoalan tersebut, pertama sekali jika anda juga berhasrat untuk menggunakan Aweber, sila pastikan anda mempunyai produk sendiri atau setidak-tidaknya anda mempromosikan produk yang evergreen permintaannya.

Tujuannya adalah untuk gunakan hasil daripada produk tersebut untuk buat bayar Aweber.

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh internet marketer ialah, sewa autoresponder mahal-mahal tapi tak ada produk.

Kedua, of course anda perlu pastikan yang anda dah ada ilmu yang sepatutnya untuk buat pemasaran emel.

Pemasaran emel ini, kalau anda buat dengan betul, anda boleh hasilkan income sekitar RM100 – RM300 hanya dengan menghantar satu email.

Walaubagaimanapun, seperti yang saya ada sebutkan sebelum ini, anda perlukan ilmu yang tepat.

Pemasaran email ini sememangnya sangat berkuasa, dan anda tak seharusnya pandang rendah terhadap keberkesanannya.

Betul.

Saya cakap ni pun base on pengalaman.

Kalau tak untung, dan tak berbaloi, jangan haraplah saya nak sambung bayar bulan-bulan guna Aweber.

Income kita juga berkait rapat dengan berapa banyak senarai emel yang kita mampu untuk kumpul.

Lagi besar senarai emel yang kita ada, lagi tinggi kos yang perlu kita tanggung, walaubagaimanapun, dengan senarai emel yang besar, lagi berkali ganda besar potensi pendapatan kita.

Maklumat lanjut tentang belajar pemasaran emel [klik sini]

 

 

[hcshort id=”9″]

 

Exit mobile version