Blog Sabree Hussin

Keistimewaan & Kelebihan Guna Autoresponder Emelmatik

Seperti yang saya pernah nyatakan dalam perkongsian sebelum ni, saya juga merupakan pengamal kaedah pemasaran emel bagi tujuan promosi secara online.

 

Untuk menggunakan kaedah pemasaran emel, memang tak lari daripada perlu gunakan sistem autoresponder.

 

Saya kerap juga dapat pertanyaan, sistem autoresponder mana satu yang patut digunakan. Nak pakai Aweber atau Emelmatik?

 

Soalan ni macam tak kena je. Amatlah tak sesuai nak buat perbandingan antara Aweber dengan emelmatik. Walaupun kedua-duanya adalah sistem autoresponder, walaubagaimanapun, ada perbezaan yang ketara.

 

Lazimnya, mereka yang tanya sama ada nak guna aweber atau emelmatik ni pulak, sebenarnya berbelah bahagi sebab kos. Kalau kos penggunaan yang dijadikan ukuran, kan dah terang lagi bersuluh, dah tentulah anda patut guna emelmatik.  [klik sini]

Senang macam ni je la. Anda guna dua-dua. Lagipun tak rugi anda ambik pelan bayar sekali untuk penggunaan lifetime. So, just in case kalau ada apa-apa terjadi kat akaun Aweber anda, anda masih ada back up di emelmatik. Kalau ada masalah dengan emelmatik, anda masih lagi ada back up di Aweber.

Dah.

 

Tak payah pening-pening. Ambik je dua-dua sekali.

 

Sekarang ni saya nak cerita pulak apa kelebihan dan keistimewaan yang saya dapat bila saya jadi pengguna sistem autoresponder Emelmatik.

 

Ini kisah dia.

 

Sekitar jam 12 tengahari, saya broadcast satu emel kepada mailing list saya menggunakan Emelmatik. Rupa-rupanya saya ada buat sedikit kesilapan teknikal!

Yang tersilap ialah pada anak panah warna merah.

 

Isi emel hanya kosong sahaja. Cis

 

Kemudian saya betulkan semula, itupun lepas saya dapat teguran dari pemilik Emelmatik tu sendiri, saudara Boon Lee.

Kesilapan saya tu pulak sebenarnya simple je. Sepatutnya saya ubah satu setting sebelum tekan save untuk hantar emel tersebut.

Pada ruangan Default format, saya patut tukar daripada Plain text kepada HTML.

 

 

Ini yang saya pernah cerita dalam artikel sebelum ni bertajuk 10 sebab kenapa saya suka guna autoresponder emelmatik [klik sini]

 

Lihat point nombor 6 dengan point nombor 7.

 

Dari segi customer support memang awesome. Nak dapat respons dari team Emelmatik pun pantas. Memang tak sia-sia jadi pengguna dan pelanggan emelmatik.

 

Sepanjang saya guna Aweber, saya sendiri tak pernah dapat layanan first class macam ni 🙂

 

Jadi, jika anda berminat nak guna emelmatik, perkara pertama, cuba-cuba la berkenal-kenalan dulu dengan owner emelmatik ni, iaitu saudara Boon Lee.

 

Sebabnya, kalau satu hari anda perlukan bantuan beliau, senang-senang dia akan bantu.

 

Macam dalam hal saya ni, saya belum mintak tolong, dia dah datang bantu. Memang cepat dan pantas, kan?

 

 

Saudara Boon Lee mungkin pernah opt in dalam mana-mana kempen pemasaran yang saya jalankan sebelum ini. Sebab itu, bila saya ada hantar emel kosong, menggunakan sistem autoresponder emelmatik, dia dapat sesalinan.

 

Jangan pula nanti ada yang fikir, setiap emel yang kita hantar, admin atau owner emelmatik ini akan tolong semak pulak ya. Bukan macam tu.

 

 

 

 

 

 

Exit mobile version