Blog Sabree Hussin

10 Sebab Kenapa Saya Suka Guna Autoresponder Emelmatik.com

Selain Aweber, saya juga gunakan autoresponder emelmatik.com.

 

Tentang Aweber saya dah ceritakan dalam entri yang lepas bertajuk 10 sebab kenapa saya guna Autoresponder Aweber. Jadi kali ini giliran saya cerita tentang sistem autoresponder emelmatik.com pula.

 

Saya banyak belajar tentang pemasaran emel apabila menggunakan sistem autoresponder dari emelmatik. Masa tu boleh dikatakan macam-macam benda yang saya eksperimen. Nak kata pandai sangat tu, tak la… tapi saya cuba je. Tak cuba, tak tau, kan?

 

Masa kali pertama saya guna emelmatik, saya memang dah set dalam perancangan yang satu hari nanti saya akan berpindah ke Aweber. Jadi, untuk biasakan diri guna sistem autoresponder, maka saya pilih emelmatik untuk tujuan latihan dan eksperimen.

 

Ini laman web emelmatik.

“TIADA LAGI BIL BULANAN – Life Time Account!” Ayat ini yang buatkan saya tertarik dengan emelmatik. Dari pemerhatian saya, tak ada lagi servis autoresponder yang tawarkan life time account sama macam yang dilakukan oleh pihak emelmatik.com ini.

 

Selepas mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan, maka saya pun buat keputusan untuk guna autoresponder ini. Jadi dalam post ini, saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian, apa dia kelebihan serta sebab kenapa saya suka guna Autoresponder emelmatik.com ini.

 

1. Free Email Marketing System 

Emelmatik masih lagi menggunakan tema “free” dalam tagline mereka. Penggunaan emelmatik adalah percuma bagi tempoh satu tahun ataupun bersamaan dengan 365 hari. Ini adalah trial period yang ditawarkan oleh mereka.

 

Jika kita bandingkan dengan Aweber misalnya, pihak Aweber juga memberikan trial version selama sebulan. Namun kita masih lagi kena bayar USD1 untuk penggunaan selama sebulan dan bulan seterusnya kita akan dikenakan bayaran yang sebenar.

 

Berbalik kepada situasi sistem autoresponder emelmatik.com ini. Mereka menawarkan akaun trial selama 365 hari. Kalau ikut pada logik, tak kan dalam masa setahun atau 365 hari ini, anda langsung tak berkembang dan langsung tak mampu nak buat sales langsung? Ianya agak MUSTAHIL. Anda buat bisnes apa ni sampai teruk sangat tak berjaya dapat sales langsung ni?

 

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan servis yang baik dan tanpa ada had serta sekatan, sebaik-baiknya upgrade kepada versi premium. Mungkin ada yang nak tau, apa yang saya maksudkan dengan had dan sekatan? Sekatan dan had yang saya maksudkan disini adalah dalam bentuk berapa banyak emel yang anda boleh hantar dalam masa sehari. Boleh baca dengan lebih lanjut dilaman web mereka disini.

 

2. Life time account

Bayar sekali boleh guna sampai bila-bila. Jadi tak perlu lagi kita nak pening kepala nak fikir macam mana nak bayar monthly commitment fee daripada penggunaan sistem autoresponder ini.

 

Saya secara peribadi memang menggunakan akaun versi lifetime account. Adakah saya terus ambik yang versi lifetime account? Sudah tentulah jawapannya TIDAK.

 

Mula-mula saya daftar yang FREE Account dulu. Saya guna dulu dalam kerja-kerja pemasaran. Kemudian bila saya dapati jumlah list yang terkumpul makin berkembang, dan dari list tersebut saya berjaya hasilkan beberapa ratus ringgit, barulah saya upgrade kepada versi lifetime.

 

Saya rasa anda juga patut buat macam yang saya buat ni.

 

3. Penggunaan yang mudah

Mereka ada sediakan manual penggunaan dalam bahasa Melayu. Mudah dan straight to the point. Dalam penggunaan autoresponder, ada 3 perkara kita kena beri penekanan yang lebih iaitu

>> Cara setup kempen autoresponder

>> Cara gunakan sistem broadcast

>> Cara guna sistem tracking

 

Saya tak dapat nak ceritakan dengan lebih details disini kerana ianya begitu teknikal. Saya syorkan anda buka laman web emelmatik dan muat turun sahaja panduan yang telah disediakan. Kemudian anda ikuti langkah demi langkah yang telah diajarkan. Itu lebih mudah!

 

4. Boleh hantar emel tanpa had

Fungsi ini akan anda perolehi jika anda dah upgrade. Memandangkan saya dah upgrade kepada premium account, maka saya dapat hantar emel tanpa had.

 

Kalau anda ada 1 juta orang dalam list anda, anda boleh hantar sebanyak 1 juta emel dalam masa sehari. Hanya perlu tekan butang SAVE atau SEND, dan emel promosi anda akan dihantar kepada 1 juta emel yang anda ada itu.

 

5. Boleh simpan database pelanggan tanpa had

Boleh tambah dan simpan senarai emel seberapa banyak yang kita nak. Tak ada sebarang caj tambahan yang akan dikenakan.

 

Mungkin masih ramai yang tak tau, kebanyakkan syarikat autoresponder diluar sana akan menaikkan bayaran apabila bilangan list emel yang berjaya anda kumpul makin berkembang. Tetapi tidak bagi autoresponder emelmatik.com. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan walaupun jumlah emel yang anda miliki makin berkembang.

 

6. Customer support yang pantas dan responsif

Ini yang penting. Bila kita ada masalah, kita boleh hubungi mereka dan mereka juga boleh get back pada kita dengan cepat. Pemilik autoresponder emelmatik.com ialah Mr Boon Lee. Beliau ni memang agak aktif di media sosial Facebook. Kalau ada sebarang masalah, anda boleh PM sahaja beliau.

 

7. Pemilik Emelmatik boleh dan mudah dihubungi

Sepanjang saya melanggan emelmatik, owner emelmatik sangat mudah dihubungi. Cuma perlu PM (private message) beliau di FB. Dia pasti akan balas.

 

Kebanyakkan perkara kalau ada yang saya tak tau tentang emelmatik, saya akan terus PM dia. Saranan saya, sebelum nak hubungi beliau, pastikan anda dah cuba cari sendiri apa penyelesaian kepada masalah anda. MUNGKIN jawapannya memang dah tersedia.

 

Kalau memang tak boleh selesaikan sendiri, ok sila hubungi pihak admin.

 

8. Pengalaman 3 tahun urus bisnes

Tahun 2014 adalah tahun ketiga.

 

Jadi mereka memang ada pengalaman dan ada kemahiran dalam bab-bab uruskan emel untuk tujuan pemasaran emel kita. Bukan itu sahaja, malahan mereka juga amat berpengetahuan dan ada pengalaman yang sama macam yang kita mahukan.

 

Saya menjangkakan autoresponder emelmatik.com ini mungkin akan berada LAMA di pasaran. Jadi pengalaman mereka juga akan makin bertambah dan makin meningkat.

 

9. Sokong perniagaan tempatan

Ok point yang ni memang agak sentimental.

 

Optional sebenarnya. Tak nak sokong pun tak apa. Sebab kita pun ada bisnes kita sendiri, jadi bisnes kita deserve untuk dapatkan servis terbaik… asalkan ada bajetnya.

 

10. Sesuai untuk orang baru dan yang nak jimat kos

Baru tadi sebut pasal jimat kos.

 

Kalau nak jimat kos, emelmatik antara yang kita patut pertimbangkan. Akan tetapi, jika kos bukanlah isunya, maka anda bolehlah gunakan perkhidmatan daripada syarikat autoresponder seperti Aweber.

 

Adakah emelmatik sesuai untuk perniagaan anda?

Soalan ini… lebih molek jika anda sendiri yang jawab. Saya boleh berikan pandangan saya, namun pandangan saya mungkin tak sama dan tak berapa tepat dengan pendapat dan keperluan perniagaan anda. Saranan saya, anda gunakan dulu untuk 365 hari dan lihat bagaimana hasilnya.

 

Selepas 365 hari anda sendiri buat analisa, adakah dengan mempunyai senarai emel pelanggan dan juga prospek, bisnes anda makin berkembang atau makin merosot? (saya pasti jawapannya adalah makin berkembang!)

 

Saya ucapkan terima kasih kerana anda sudi luangkan masa untuk baca post ini. Inilah dia 10 sebab kenapa saya suka guna sistem autoresponder emelmatik.com.

 

Jika anda masih belum ada akaun autoresponder boleh buat pendaftaran disini.

 

 

Exit mobile version