Blog Sabree Hussin

10 Sebab Kenapa Saya Guna Autoresponder Aweber

Autoresponder Aweber adalah salah satu sistem autoresponder yang menjadi pilihan saya.

 

Sebelum ini saya pernah guna sistem autoresponder getresponse, pernah juga guna emelmatik.com, parabot, listwire dan banyak lagi. Setiap satu autoresponder yang saya sebutkan masing-masing ada kelebihannya tersendiri.

 

In Shaa Allah saya akan bincangkan tentang autoresponder yang telah saya sebutkan itu tadi. Kali ini, saya akan sentuh tentang autoresponder Aweber sahaja.

 

Apa yang saya perhatikan, masih ramai lagi usahawan internet yang tidak menggunakan sistem autoresponder dalam kempen pemasaran mereka. Terutama sekali usahawan yang menggunakan media sosial untuk membuat kerja-kerja pemasaran.

 

Sama ada mereka tak tau macam mana nak guna, atau mereka tak tau yang autoresponder mampu memudahkan kerja-kerja mereka, ataupun mungkin sebab mereka  just tak tau nak pilih autoresponder yang mana satu. Almaklumlah, kat luar sana terdapat macam-macam pilihan penyedia perkhidmatan sistem autoresponder.

 

Dalam catatan ini saya akan cerita 10 ciri-ciri yang buatkan saya jatuh cinta dengan aweber.

 

Jika setelah anda baca catatan ini, dan anda merasakan Aweber adalah pilihan yang TEPAT untuk kempen pemasaran anda, saya cadangkan anda dapatkan juga akaun autoresponder Aweber anda.

Klik >> Daftar Akaun Aweber

 

1. Caj penggunaan yang rendah bagi bulan pertama

Untuk pendaftaran akaun baru, caj penggunaan bagi bulan pertama ialah sebanyak USD 1 sahaja.

 

Kalau kita convert nilai tersebut kepada matawang RM, ianya adalah sekitar RM3.26 sahaja. Namun demikian, anda disyorkan untuk selalu menyemak kadar tukaran matawang RM berbanding USD.

 

Gunakan kelebihan ini buat seberapa banyak jualan dan hasilkan keuntungan sebanyak mungkin. Bulan pertama ini kita boleh pecut. Susun strategi pemasaran baik-baik. Dengan perancangan yang jitu dan rapi, bulan pertama ni je anda dah boleh buat duit at least RM300 – RM400.

 

Nilai tersebut sudah tentu lebih daripada cukup untuk bayar kos penggunaan Autoresponder ni.

 

Saya sebut jumlah RM300 – RM400 tu sebab itu adalah amount yang saya secara personally dah capai. Saya pasti anda pasti boleh hasilkan lebih banyak dari saya.

 

Apa yang penting ialah, anda perlu mempunyai perancangan yang betul. Pastikan anda sudah ada master plan sebelum melanggan sebarang servis berbayar. Sekurang-kurangnya, anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum anda melanggan perkhidmatan autoresponder ni.

 

2. Pilihan design template Opt in form yang pelbagai

Saya ni bukan orang design.

 

… dan saya memang lemah dan tak pandai dalam bab-bab design. Untuk ini, Aweber menawarkan pilihan design Opt In form yang pelbagai.

Kita boleh pilih design mengikut kategori Popular, New, My Templates, dan corporate.

 

Lepas kita pilih, kita masih boleh edit lagi mana-mana yang kita kurang berkenan. Design template yang disediakan memang dah cantik. Lepas tu kita boleh edit pulak. Memang jadi bertambah cantik la.

 

Kita boleh ubah warna, mungkin masukkan gambar yang sesuai, ubah jenis font dan sebagainya. Ada juga antara template yang kita tak perlu susah payah nak buat sebarang perubahan, ia dah nampak cantik dan menarik.

 

3. Tak Perlu Ada Domain & Hosting

Aweber menawarkan servis hosting sekiranya atas sebab-sebab tertentu kita tak nak host kan opt in form kita tu pada laman web kita. Ada option untuk pilih supaya Aweber host kan borang opt in tersebut.

 

Hasilnya adalah seperti contoh dibawah.

Saya hanya perlu copy link url form ini dan promosikan. Tak ada domain dan hosting juga tak ada masalah.

 

Ini cara alternatif, selain menggunakan laman web blogspot sebagai host untuk kita siarkan borang optin. Kebiasaannya, saya akan bina laman web menggunakan blogspot, dan untuk mencatikkan laman web tersebut, saya akan guna software blogspot to minisite.

 

Cara tersebut berupaya untuk membantu saya hasilkan laman web landing page yang menarik dan nampak profesional. Namun, jika tiada keperluan untuk hasilkan landing page yang menarik, kita boleh guna sahaja servis hosting yang memang disediakan oleh pihak Aweber.

 

Biasanya, saya akan gunakan servis ini untuk berikan link download kepada para pembeli produk digital yang saya hasilkan.

 

4. Penggunaan yang mudah

Mungkin sebab saya dah ada pengalaman guna pelbagai sistem autoresponder, jadi saya merasakan cara untuk gunakan Aweber sangatlah mudah.

 

Selepas saya buat perbandingan, antara lain-lain sistem autoresponder yang saya pernah gunakan sebelum ini, jujur saya kata, penggunaan Aweber adalah yang paling senang. Jangan terus terima apa yang saya kata, sebaliknya, anda cubalah sendiri.

 

5. Reputasi

Aweber ditubuhkan pada tahun 1998.

 

Entri ini saya catatkan pada tahun 2014.

 

Bermakna mereka berpengalaman dalam bidang ini dah melebihi 15 tahun. Dalam masa 15 tahun ini jugak dah banyak award yang mereka menangi.

 

Bermakna dari segi reputasi dan servis memang terbaik. Kalau anda perasan, ramai usahawan internet yang gunakan Aweber dan mereka juga akan cadangkan guna Aweber berbanding autoresponder lain.

 

Walaupun begitu, ini bukan bermakna sistem autoresponder yang dikeluarkan oleh syarikat lain tu tak bagus, mungkin sebab ada ciri-ciri yang terdapat pada Aweber yang buatkan mereka juga suka untuk cadangkan orang lain supaya guna sistem autoresponder ini.

 

6. Kesesuaian Integrasi dengan sistem lain

Saya adalah pengguna wordpress.

 

Dalam sistem wordpress, saya akan gunakan theme bagi mencantikkan blog. Pada masa yang sama, saya juga akan gunakan plugin yang fungsinya untuk menaikkan (boost) fungsi sesebuah blog. Kira macam aksesori.

 

Apa yang selalu buatkan saya rasa kecewa ialah, kebanyakkan sistem autoresponder tak compatible dengan plugin atau theme pilihan saya.

 

Berbeza dengan Aweber. Kebanyakkan developer, ataupun programmer, mereka akan design sesebuah theme ataupun plugin mengikut kesesuaian dengan sistem Aweber. Jadi sebagai pengguna Aweber, saya tak ada masalah lagi untuk cuba theme atau plugin yang baru.

Biasanya sebelum nak beli sebarang produk di internet, saya perlu pastikan terlebih dahulu produk tersebut menyokong fungsi Autoresponder yang saya gunakan atau sebaliknya. Kalau tak compatible, nanti sia-sia pulak beli produk tersebut.

 

7. Test Message

Sebelum kita nak hantar broadcast email kepada subscriber kita, kita boleh semak dulu dengan menghantar email test ke alamat email kita sendiri terlebih dahulu.

 

Kalau kita dah berkenan dengan test email yang kita terima, lepas tu bolehlah terus broadcast kepada semua subscriber kita. Apa yang kita dapat dalam sesi test email ni, itulah yang subscriber kita juga akan dapat.

 

8. Tak ada iklan dalam Email

Sesetengah syarikat penyedia sistem autoresponder ini akan beriklan dalam setiap emel yang kita hantar.

 

Ayat yang biasa mereka akan tulis ialah,

Powered by XXX Autoresponder – Get your free account now.

 

Dengan adanya ayat sedemikian, membuatkan penggunaan autoresponder tersebut jadi tak best. Kita promote bisnes kita, tapi pada masa sama, syarikat autoresponder pun nak promote bisnes dia.

 

Setakat ini, Aweber tak ada buat macam tu.

 

9. Design message

Macam microsoft words.

 

Kita boleh pilih nak pilih font macam mana. Boleh masukkan gambar, nak tukar warna dan macam-macam lagi. Tak semua autoresponder kita boleh design dan ubah font.

 

Biasanya, kalau sistem autoresponder yang anda pilih itu adalah jenis yang percuma, memang fungsi yang diberikan juga agak terhad. Jadi, kalau nak fungsi yang lebih baik, kenalah dapatkan something yang perlu kita langgan atau bayar.

 

10. Sistem Affiliate

Aweber juga menawarkan program affiliate.

 

Komisyen adalah sebanyak 40% dan yang bestnya, komisyen tersebut adalah berulang, selagi mana pembeli masih lagi melanggan autoresponder.

 

Anda dah sedia nak langgan Aweber?

Boleh buat pendaftaran di link berikut >> Daftar Aweber

 

Sebaik-baiknya, anda perlu pastikan yang anda dah pun mempunyai bisnes anda sendiri yang memberi hasil kepada anda setiap bulan.

 

Jika anda masih belum ada bisnes yang beri hasil yang konsisten, setidak-tidaknya anda perlu pastikan anda dah pun ada perancangan yang rapi.

 

 

Exit mobile version