Blog Sabree Hussin

Komen Saya Tentang Autoresponder Emelmatik

Dalam kerja-kerja pemasaran secara online, saya juga tak terkecuali daripada perlu menggunakan kaedah pemasaran emel. Bila dah guna pemasaran emel, maka keperluan utamanya ialah sistem autoresponder.

Sepanjang saya buat pemasaran menerusi emel, ada beberapa autoresponder yang pernah saya gunakan. Ada yang percuma, perlu bayar setiap bulan, dan ada juga yang hanya perlu bayar sekali sahaja untuk penggunaan seumur hidup.

Nak tau autoresponder apa yang menawarkan skim hanya perlu bayar sekali sahaja?

Jawapannya ialah

Sistem autoresponder Emelmatik.

Kali ini saya nak kongsikan komen saya mengenai sistem autoresponder emelmatik ini. Dah pasti ramai yang nak tau sama ada sistem autoresponder emelmatik ni bagus ke tidak, ok ke tak. Tak gitu?

Ini jumlah subscriber yang saya pernah kumpul menerusi emelmatik

Tak sampai 1,000 senarai emel pun sebenarnya 🙂

Walaupun tak berapa banyak, namun In Shaa Allah masih lagi boleh hasilkan pendapatan dari senarai mailing list yang kecil, jika kena dengan caranya.

Umum patut dah tahu yang sistem autoresponder emelmatik adalah dimiliki oleh syarikat tempatan. Pemilik syarikat yang mengendalikan sistem autoresponder ini adalah orang Malaysia. Memang orang lama dalam bidang pemasaran dan perniagaan online.

Kalau ada yang tak kenal, boleh add beliau, Boon Lee menerusi laman web FB beliau.

Cuba-cuba lah berkenal-kenalan dengan Mr Boon ni. Nanti kalau ada apa-apa nak tanya pasal sistem, tak adalah rasa kekok sangat.

Sistem autoresponder emelmatik ni, kalau kita nak bandingkan dari segi kos dan kualitinya, ia masih lagi boleh dikira sebagai sesuatu yang menjimatkan. Ada plan yang murah, dan ada juga plan yang PERCUMA.

Namun, jika anda perlukan fungsi yang lebih awesome, ambiklah plan yang lifetime. Hanya perlu buat bayaran sekali sahaja untuk penggunaan seumur hidup.

Mudah digunakan

Saya betul-betul mahir buat pemasaran emel adalah selepas saya gunakan sistem autoresponder emelmatik.

Masa tu saya memang agak newbie dengan istilah-istilah seperti “emel broadcast”, “autoresponder” dan sebagainya.

Bila sekarang ni dah tahu, rupa-rupanya simple je… dan hampir kebanyakkan autoresponder menggunakan konsep yang sama.

Kalau anda baru nak belajar-belajar pakai autoresponder dalam pemasaran, bolehlah belajar guna emelmatik. Tak perlu nak terus guna Aweber ataupun getresponse. Kos dia tinggi tu…

Design emel

Bagi format emel yang anda ingin hantar kepada subscriber, anda boleh pilih sama ada nak guna format plain text mahupun html.

Kalau anda nak buat design tertentu, bolehlah guna yang format HTML. Kalau anda tak rancang untuk masukkan sebarang design, teruskan dengan plain text sahaja.

Saya pernah guna autoresponder percuma dari listwire. Amat limited dan design yang diberikan juga kurang menarik. Jadinya, emelmatik memang terbaik jika nak bandingkan dengan lain-lain autoresponder percuma yang terdapat dalam pasaran.

Single Opt In atau Double Opt In

Aweber hanya benarkan double opt in sahaja.

Ini bermakna, sesiapa yang berminat untuk subscribe dalam mailing list, mereka perlu sahkan terlebih dahulu dengan menekan confirmation link.

Berbeza dengan emelmatik, anda ada pilihan. Sama ada nak buat double atau single opt in.

Kelebihan guna double opt in ialah, anda dapat menapis dari peringkat awal-awal lagi mereka yang subscribe ke dalam mailing list anda. Tetapi, jika ada yang tak klik confirm, mereka tak akan berjaya jadi subscriber anda.

Manakala kelebihan single opt in ialah, anda dapat kumpul subscriber yang ramai dalam masa yang singkat.

Baiklah, sepanjang saya guna emelmatik, kadang-kadang memang akan ada masalah. Masalah-masalah teknikal seperti website down, tak boleh broadcast, tak boleh emel dan sebagainya.

Sebenarnya ini adalah perkara yang biasa dan normal.

Sedangkan laman web Aweber dan getresponse jugak alami benda yang sama. Jadi, apa yang nak dihairankan jika sesekali emelmatik turut alami server down.

Pandangan saya, anda tak akan rugi jika menggunakan emelmatik. Sebabnya, ia juga antara autoresponder terbaik yang pernah saya gunakan selama ini.

Klik sini untuk ke laman web emelmatik

 

 

[hcshort id=”9″]

 

 

Exit mobile version