Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara mempromosikan produk Involve Asia sampai dapat KOMISEN?

Macam mana cara nak promosikan produk-produk yang ada di Involve Asia sampai berjaya dapat sales? Anda pasti dah bosan dengan telur ayam yang tak pernah pecah sejak dari join dulu sampailah sekarang. Betul tak?

 

Masa untuk berubah. Jom pecahkan telur tersebut dan dapatkan komisen dari program affiliate Involve Asia ni. Posting kali ini, saya nak kongsikan beberapa idea yang mungkin anda juga boleh buat untuk dapatkan jualan. Saya akan cerita yang mudah-mudah sahaja, supaya anda juga boleh terus buat selepas baca artikel ini.

 

Ini adalah contoh komisen yang berjaya dihasilkan.

Untuk pengetahuan anda, teknik yang saya gunakan adalah content marketing. Teknik mudah sahaja, hanya perlu sediakan artikel yang berkaitan dengan produk yang kita nak promosikan, setting artikel tersebut dengan beberapa peraturan SEO, kemudian tekan publish.

 

Seterusnya? Kalau nak promosikan artikel tersebut boleh, kalau tak nak buat apa-apa pun tak apa. Sebabnya teknik SEO itu sendiri akan buat kerja bagi pihak kita. Syarat untuk dapat hasil macam ni ialah kena ada blog dan perlu sediakan artikel.

 

Bagi mereka yang baru nak bermula, saya syorkan anda bina blog menggunakan platform wordpress self hosted. Install plugin YOAST SEO ataupun All In One SEO. Dengan adanya kedua-dua plugin ini, akan memudahkan kerja-kerja setting SEO berbanding hanya guna blogspot.

Baca: Panduan pemasangan blog wordpress self-hosted

 

Dalam posting ini, saya akan gunakan laman web Photobook Malaysia sebagai contoh. Memandangkan jualan yang saya dapat pun dari Photobook Malaysia maka saya akan gunakan laman web ini sebagai tujuan penerangan.

Sebagai affiliate Involve Asia, anda boleh promosikan macam-macam produk dari merchant yang berbeza. Anda boleh promosikan produk yang dijual di Lazada, Zalora, Ez Buy dan macam-macam lagi. Salah satu produk yang saya turut promosikan (tapi tak begitu agresif) adalah produk yang dijual di laman web Photobook Malaysia ini.

 

Nak tau cara saya lakukan? Sila teruskan pembacaan.

 

Dibawah ini adalah beberapa produk yang Best Seller di laman web Photobook Malaysia.

Ada Photo Books (album gambar), Photo Prints, Photo Pillows dan juga canvas. Dalam contoh ini saya akan pilih untuk promosikan produk Photo Books. Sebenarnya, walaupun kita fokus untuk promosikan Photo Books, kalau ditakdirkan prospek kita tu beli Photo Prints, kita masih lagi dapat komisen.

 

Untuk Photo Books ni pula, ada macam-macam kategori. Anda boleh semak apa kategori yang ada menerusi pautan ini. Ada Photo Book yang sesuai untuk gambar bayi, gambar sewaktu travel, gambar semasa majlis perkahwinan dan banyak lagi.

 

Anda boleh pilih mana-mana satu tema yang anda rasakan berkenan di hati. Dalam contoh ini, saya akan pilih tema majlis perkahwinan. Pada pendapat saya, tema ini lebih mudah untuk dipromosikan dan ia juga lebih dekat dengan situasi masyarakat melayu kita secara umumnya. Lagipun setiap minggu pasti ada majlis kahwin, kan?

 

Sekarang ni, kita dah ada produk pilihan, iaitu Photo Books untuk majlis kahwin. Seterusnya, kita perlukan golongan sasaran untuk kita promosikan produk ini. Cuba tanyakan soalan ini, siapakah yang perlukan Photo Books ini? 

 

Kebiasaannya, untuk majlis kahwin, pasangan tersebut akan upah profesional photographer untuk ambik gambar sepanjang majlis dilangsungkan. Pakej photographer ini juga termasuk album gambar untuk majlis tersebut.

 

TETAPI, ada juga pasangan yang tak ambil servis profesional photographer ini. Untuk JIMATKAN belanja kahwin, mereka ini akan guna kamera sendiri untuk bergambar. Jadi, golongan inilah yang akan kita jadikan target.

 

Dengan mendapatkan servis dari Photobook Malaysia, pasangan pengantin ini boleh dapatkan Album Gambar yang nampak profesional walaupun tak tempah servis dari juru gambar profesional. Gunakan sahaja gambar-gambar kahwin yang telah diambil sebelum ini dan gunakan servis editing yang boleh dilakukan sendiri secara online untuk edit gambar-gambar kahwin anda dalam bentuk photo album.

 

Contohnya ialah, anda gunakan template Photo Book Ikatan Kasih ini. Sila klik sini untuk lihat apa yang saya maksudkan. Seterusnya klik pada preview untuk lihat contoh hasil kerja yang pernah dilakukan sebelum ni.

 

Pada peringkat ini, kita dah ada beberapa poin yang boleh digunakan bagi tujuan kempen pemasaran. Kalau anda tak ingat, biar saya senaraikan sekali lagi.

(1) Produk – Photo Books Album Perkahwinan

(2) Golongan sasaran – Pasangan yang akan dan yang telah melangsungkan majlis perkahwinan

(3) Karekter spesifik – Pasangan yang nak JIMAT dan tidak mendapatkan servis jurugambar profesional

 

Menggunakan servis dari Photo Books ini, pasangan tersebut boleh tempah album gambar perkahwinan mereka bila-bila masa. Malahan untuk mereka yang dah berkahwin 5 – 7 tahun yang lepas pun masih boleh gunakan servis ini.

 

Masa untuk menulis artikel promosi. Semasa menulis artikel perlu fokuskan pada ketiga-tiga maklumat yang kita telah ketahui di peringkat sebelum ini.

 

Selain daripada itu, bagi memastikan artikel yang dihasilkan itu berupaya untuk jana pendapatan secara automatik berulang-ulang kali, kita juga perlu titik beratkan kaedah penulisan yang mengikuti peraturan SEO.

 

Saya akan guna laman web Google Keyword Planner untuk mengetahui apa dia kata kunci yang mungkin berkaitan dengan produk ini atau kata kunci yang mempunyai jumlah carian yang agak besar. Kata kunci yang saya gunakan ialah “gambar kahwin” dan hasil daripada idea generation yang keluar dari Keyword Planner adalah seperti dibawah.

Lihat pada screenshot diatas. Maklumat yang saya kira agak menarik ialah

1. Fotografi perkahwinan ada 100 – 1,000 carian

2. Gambar perkahwinan ada 100 – 1,000 carian

3. Gambar pernikahan ada 10 – 100 carian

4. Gambar nikah ada 100 – 1,000 carian

 

Dengan adanya data-data ini, langkah seterusnya adalah kita akan hasilkan artikel yang mengandungi keywords tersebut. Dengan ini, di masa hadapan, jika ada pengguna internet yang mencari info tertentu menggunakan search engine google, menerusi kata kunci yang disenaraikan, mereka akan jumpa artikel blog yang kita tulis.

 

Sekiranya cara anda mempersembahkan produk tersebut MENARIK dan mampu untuk trigger buying point, tak mustahil untuk anda dapat tukarkan pelawat tersebut kepada pembeli.

 

Kesannya? Anda akan dapat komisen.

 

Senang, kan? Dari segi teori, memang sangat senang. Namun, kalau dari segi pelaksanaan, mungkin kesannya berbeza bagi setiap orang.

 

Sebagai contoh, blog yang anda gunakan bagi tujuan pemasaran. Jika ianya adalah blog baru, ia mungkin lebih sukar untuk bersaing dengan blog lama yang sudah mendominasi search engine.

 

Kemudian, dari segi teknik penulisan. Ini juga perlu diberikan perhatian. Perlu pastikan dalam artikel yang dihasilkan ada call to action yang mengajak pembaca untuk tekan klik pada link affiliate anda.

 

Pada asasnya, beginilah cara yang saya gunakan untuk dapatkan sales dari program affiliate Involve Asia ini. Tak perlu pening-pening nak fikir pasal bajet pengiklanan. Hanya perlu tulis artikel, gunakan serba sedikit teknik SEO, itu sahaja.

 

Asalkan artikel blog saya dah berjaya masuk ke page pertama google untuk kata kunci yang saya sasarkan, saya dah boleh menarik nafas lega dan move on kepada projek lain pula. Cubalah dulu kaedah ini. Mungkin ia juga sesuai untuk anda.

 

Saya tau kaedah ini berkesan sebab saya dah berulang-ulang kali dapat jualan dengan teknik ini. Terima kasih kerana baca, semoga bermanfaat. Jom buat sales!

 

Masih belum ada akaun dengan Involve Asia? Klik sini untuk daftar PERCUMA.

 

 

Exit mobile version