Blog Sabree Hussin

Pemasangan plugin terpilih untuk meningkatkan keupayaan blog wordpress

Dalam artikel sebelum ini, saya ada cerita tentang pemasangan wordpress premium theme bagi menghasilkan sebuah blog yang nampak kemas, cantik dan profesional.

 

Kebanyakkan premium theme didatangkan dengan rekabentuk yang menarik. Anda boleh customize theme tersebut mengikut citarasa anda sendiri, ataupun kalau tak nak ubah apa-apa lagi pun tak menjadi masalah. Theme tersebut dah cukup menarik.

 

Misalnya theme yang saya gunakan untuk salah satu blog saya adalah Magazine Pro Theme dari Studio Press.

Dengan menggunakan theme ini, saya boleh hasilkan sebuah blog ala-ala bentuk majalah. Dari segi reka bentuk, saya dah tak perlu dan buat sebarang customization lagi.

 

Gunakan rekabentuk theme sedia ada pun dah kira menarik. Walaupun begitu, saya nak bagitahu kepada pembaca sekalian, yang theme premium seperti ini, harganya memang MAHAL.

 

Kalau tak percaya, boleh tengok harganya dibawah ini.

Untuk satu premium theme ini, harganya ialah USD99.95 atau kalau dalam duit kita, nilainya lebih kurang RM413. Kalau anda tak ada sebarang masalah dengan harga tersebut, boleh buat pembelian dari laman web rasmi Studio Press.

 

Tapi kalau anda rasa nilai tersebut agak besar (dan berat nak keluar modal) bolehlah gunakan alternatif lain dan dapatkan khidmat freelancer dari laman web fiverr untuk bantu install theme ini pada blog wordpress anda.

 

Saya ada cerita bagaimana caranya dalam perkongsian sebelum ini.

 

Baiklah, dah selesai cerita tentang theme wordpress, kali ini saya nak sentuh sedikit mengenai Plugin untuk blog WordPress. Ringkasnya, pemasangan plugin adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan dan fungsi sesebuah blog yang dibina menggunakan platform wordpress self hosted.

 

Sekiranya anda menggunakan platform percuma wordpress.com ataupun anda menggunakan blogspot sebagai medium untuk blogging, anda tak boleh pasang plugin ini.

 

Cara memasang plugin wordpress pada blog

Pada ruangan dashboard, anda perlu klik pada plugin. Lihat contoh dibawah ini.

Blog yang baru dipasang, lazimnya masih belum ada sebarang plugin dipasang. Jadi, kita akan mula dengan pasang plugin. Klik pada Plugins kemudian pilih Add New.

 

Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman seperti dibawah ini.

Halaman yang anda lihat ini menyenaraikan pelbagai plugin yang anda boleh pilih dan pasang pada blog anda. Saya rasa mungkin ada beribu-ribu plugin dalam direktori wordpress ini.

 

Adakah kita nak install kesemua sekali?

 

Sudah tentu jawapannya ialah TIDAK PERLU. Ada plugin yang berbeza, namun fungsinya adalah SAMA sahaja. Kalau nak install tu, baik anda baca dulu apa review dari pengguna sebelum ini.

 

Saya nak tunjuk salah satu plugin yang saya sendiri pakai. Plugin tersebut adalah Jetpack by WordPress.com

Ada beberapa sebab kenapa saya pilih untuk install plugin ini, waktu baru kali pertama saya terjumpa plugin ini.

(1) 1+ Million Active Installations

Ada lebih satu juta blog yang pasang plugin ini.

 

(2) Last Updated: 3 weeks ago

Plugin ini baru dikemaskini dalam 3 minggu lepas, pada waktu catatan ini saya buat. Untuk pengetahuan anda, developer bagi plugin ini memang kerap mengeluarkan versi update untuk plugin ini.

 

(3) Compatible with your versions of wordpress

Satu lagi yang anda perlu tahu ialah, sistem wordpress sebagai platform blogging yang kita gunakan ini, memang akan sentiasa ada versi update. Sebagai pengguna, adakalanya kita perlu update sendiri sistem blogging yang kita gunakan. Walaupun begitu, ada versi update yang sistem wordpress akan update secara automatik.

 

Jadi, bila kita nak pasang sesuatu plugin yang agak asing, kita kena tahu sama ada plugin tersebut compatible atau tidak dengan versi wordpress yang kita pakai. Ada plugin yang dah bertahun-tahun tak pernah ada update dari developer. Plugin ini masih lagi boleh ditemui di wordpress plugin directory. Sila hati-hati kalau nak install, sebab ia mungkin tak compatible dengan versi wordpress terkini.

 

Kalau kita pasang plugin yang tak compatible, ia mungkin akan menjejaskan tahap keselamatan blog kita.

 

Tiga perkara ini, memang saya akan jadikan penanda aras, sama ada nak pasang atau tidak sesuatu plugin itu. Saya akan lihat berapa banyak pengguna, bila kali terakhir ia dikemaskini, dan adakah ia compatible dengan versi wordpress yang saya sedang gunakan.

 

Plugin wordpress PERCUMA dan Premium

Seperti theme, plugin juga ada yang didatangkan dengan versi percuma dan ada juga yang versi berbayar.

 

Ada juga plugin, yang kita boleh pilih sama ada nak guna yang free version atau premium version. Selalunya, kalau premium version, fungsinya adalah lebih banyak berbanding yang free version.

 

Plugin premium ini, kita boleh dapatkan dari laman web jualan antarabangsa seperti

  1. https://warriorplus.com/
  2. https://www.jvzoo.com/

 

Plugin premium yang dihasilkan, biasanya adalah untuk kegunaan kerja-kerja pemasaran secara online.

 

Senarai plugin cadangan untuk anda pasang di blog wordpress

Plugin yang saya senaraikan dibawah ini, adalah plugin yang saya sendiri gunakan bagi tujuan membangunkan sesebuah projek blog yang saya jalankan.

 

(1) Accelerated Mobile Pages

Ini untuk membina halaman mesra mobile screen bagi blog kita. Sekarang ini ada ramai pembaca yang menggunakan smartphone untuk baca blog kita. Kalau dulu, kebanyakkan pembaca menggunakan laptop atau PC.

 

(2) Akismet Anti-Spam

Ini plugin percuma. Selalunya setiap blog yang baru dipasang, akan tersedia plug in ini. Tujuannya adalah untuk menghalang komen spam daripada masuk ke blogpost kita.

 

(3) Broken Link Checker

Plugin ini akan scan keseluruhan kandungan blog kita untuk mengesan jika terdapat link yang dah tak berfungsi lagi. Ini contohnya

Sebelum ini, saya pernah letakkan beberapa link dalam blog ini, atau ada juga pengunjung yang meninggalkan link menerusi kotak komen pada blog ini. Ada antara link yang ditinggalkan sebenarnya sudah tak berfungsi, mungkin sebab laman web tersebut juga sudah tak wujud.

 

Plugin ini akan kenalpasti, mana link yang patut saya buang atau update dengan link yang baru. Dengan adanya plugin ini, saya tak perlu nak semak satu per satu, link yang sudah rosak.

 

Kalau ada link affiliate yang dah rosak juga kita boleh tahu, dengan bantuan plugin ini.

 

(4) Clean Archives Reloaded

Saya guna plugin ini untuk bina halaman arkib seperti ini.

 

(5) Growmap Anti Spambot Plugin

Ini saya pasang untuk menghalang komen SPAM. Komen spam ini memang ada macam-macam jenis, dan banyak betul orang yang degil nak spam blog saya ini.

 

(6) Head & Footer Code

Ini untuk masukkan kod-kod tertentu dalam blog saya. Biasanya kod yang saya nak masukkan adalah kod iklan, sama ada kod iklan Nuffnang, Adsense dan sebagainya.

 

(7) Hello Bar (Official)

Ini untuk letak iklan. Saya dapati, letakkan iklan menggunakan Hello Bar lebih efektif berbanding guna banner biasa.

 

(8) Hotlink Protection

Ini untuk mengelakkan daripada ada pengguna internet yang curi bandwidth blog saya, dengan membuat hotlinking terhadap gambar-gambar yang saya upload dalam blog ini.

 

(9) Hybrid Connect

Ini plugin berbayar. Saya guna plugin ini, bagi tujuan mengumpul senarai nama dan alamat emel pengunjung blog ini.

Apabila ada pengunjung yang melayari blog ini, secara automatik akan muncul pop up seperti diatas. Ya, saya juga ada kumpul database pengunjung dan pelawat blog ini.

 

Selain guna plugin premium ini, anda juga boleh guna plugin percuma seperti wordpress pop up. Bagi tujuan mengumpul database, plugin ini perlu digunakan bersama dengan sistem autoresponder, misalnya seperti sistem autoresponder emelmatik.

 

(10) iframe

Saya gunakan plugin iframe untuk memudahkan saya masukkan video dari Youtube dalam beberapa blogpost yang saya hasilkan. Menggunakan plugin ini, saya boleh set, berapa saiz skrin video tersebut bagi disesuaikan dengan konten blog ini.

 

(11) Jetpack by WordPress.com

Plugin ini percuma sahaja. Saya gunakan plugin ini untuk mengetahui statistik pengunjung dan senarai kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet, apabila mereka singgah ke blog saya ini.

 

(12) LiteSpeed Cache

Ini untuk lajukan blog.

 

(13) Pretty Links

Plugin ini adalah untuk menyembunyikan link affiliate, atau memendekkan link yang panjang kepada satu bentuk yang lebih kemas.

 

Ini link asal — https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1376_68

 

Link asal memang agak panjang. Jadi, saya pendekkan link tersebut menggunakan plugin Pretty Link menjadi https://www.sabreehussin.com/bisnes-shopee

 

Kedua-dua link itu akan membawa ke halaman yang sama. Bezanya, link yang kedua nampak lebih kemas.

 

(14) Rapid SEO Indexer

Ini salah satu plugin yang saya beli dari laman web warrior plus. Tujuannya adalah memudahkan kerja-kerja SEO.

 

(15) Sucuri Security – Auditing, Malware Scanner and Hardening

Ini untuk meningkatkan tahap keselamatan blog ini.

 

(16) Wordfence Security

Juga bagi tujuan keselamatan. Saya gunakan plugin ini untuk block pembaca dan trafik yang datang dari negara yang tak berkenaan. Misalnya negara-negara yang saya percaya, mereka tak faham bahasa Melayu.

 

Satu lagi, plugin ini berguna untuk block ip address yang mencurigakan dan pengguna internet yang berniat untuk hack blog ini.

 

(17) WordPress Related Posts

Plugin ini akan memaparkan lain-lain post yang berkaitan dengan post yang sedang dibaca oleh pengguna internet.

 

(18) WP Simple Adsense Insertion

Plugin ini memudahkan saya untuk masukkan kod iklan adsense pada mana-mana bahagian dalam posting yang saya hasilkan. Jika anda menggunakan Auto Ads dari Adsense, anda dah tak perlu guna plugin ini.

 

(19) WPS Hide Login

Ini juga bagi tujuan keselamatan. Secara default, untuk login ke sistem wordpress, format yang digunakan adalah www.namadomainanda.com/wp-admin

 

Apabila menggunakan plugin ini, kita boleh tukarkan login page ke alamat url yang kita sendiri tetapkan. Misalnya kita boleh tukar kepada alamat www.namadomainanda.com/yang-ko-sibuk-nak-login-blog-aku-kenapa

 

At least ini akan melambatkan proses untuk hack sesebuah blog.

 

(20) Yoast SEO

Ini juga bagi tujuan SEO. Dengan menggunakan plugin ini, kerja-kerja SEO menjadi lebih mudah.

 

Ini antara plugin yang saya sendiri gunakan. Pada masa akan datang, saya mungkin akan gunakan plugin lain, jika saya merasakan fungsi plugin tersebut berguna untuk saya. 

 

Bagi yang belum pernah pasang plugin-plugin yang saya kongsikan dalam posting ini, lepas ini boleh pertimbangkan, sama ada sesuai atau tidak blog anda dipasang dengan senarai plugin ini. Dengan memasang plugin yang betul, keupayaan blog anda akan dapat ditingkatkan!

 

Baiklah, lepas ini kita pergi ke topik seterusnya dalam siri projek buat duit dengan blogging.

 

 

Exit mobile version