Blog Sabree Hussin

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – November 2017

Bayaran komisen dari Program Affiliate Klikjer bagi bulan November 2017 dah selamat masuk dalam akaun bank. In fact, saya dah guna duit tu untuk bayar segala macam komitmen bulanan.

 

Alhamdulillah.

 

Walaupun jumlahnya mungkin tak sebanyak mana pada tanggapan sesetengah orang, namun pada saya, ianya sangat membantu. Even kalau komisen tu hanya RM10 sahaja pun, tetap sangat membantu!

 

Sekurang-kurangnya masih tetap boleh guna untuk beli topup kat laman web ini.

 

Program Affiliate Klikjer, adalah salah satu program affiliate yang kerap saya sebut-sebutkan dalam blog ini. Kalau anda lihat pada arkib blog ni, rasanya boleh dikatakan setiap bulan saya akan cerita, sekurang-kurangnya sekali pasal program ni.

 

Kebanyakkan ceritanya, adalah lebih kepada perkembangan saya dalam program ni.

Inilah dia sebenarnya, salah satu kerja sampingan yang saya jalankan. Apabila ada masa terluang, ada sedikit kesempatan, saya akan menulis tentang produk-produk (ebook) yang pernah diterbitkan oleh pihak klikjer.

 

Kadar upahnya pun boleh tahan.

 

Untuk setiap produk yang berjaya dijual, saya akan menerima komisen sekitar 50% – 70% daripada harga produk yang terjual.

 

Kerjanya bukan susah sangat. Cuma perlu hasilkan artikel promosi dan tekan publish. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, usaha lagi.

 

Setakat ini, rezeki masih berpihak pada saya. Bagi bulan November, saya masih lagi berpeluang untuk tersenarai dalam carta top 10. Ini dia buktinya.

Mujurlah ada program affiliate seperti klikjer yang cukup rajin menghasilkan carta seumpama ini. Setidak-tidaknya saya tahu, dimana kedudukan saya, kalau dibandingkan dengan affiliate lain.

 

Secara tak langsung, dengan adanya carta seperti ini, saya boleh tahu, hasil penulisan saya memang boleh buatkan orang membeli sesuatu produk.

 

Tapi bukan semua jenis produk.

 

Saya bukannya ada kuasa magik yang boleh jual semua jenis produk. Ada produk, yang saya sendiri tak yakin boleh tolong jualkan. Mana yang saya yakin saya boleh bantu dapatkan jualan, produk atau servis itu yang saya akan fokuskan.

 

Contohnya macam servis kereta sewa di Sabah ini. (Tak ada kaitan dengan Klikjer cuma saya promosikan kereta sewa ni dengan cara yang sama macam mana saya promosikan produk-produk di klikjer.)

Tahun 2018 akan muncul tak lama lagi.

 

Jika anda adalah seorang pemilik perniagaan, sudahkah anda bekerjasama dengan mana-mana penulis blog untuk bantu anda meningkatkan lagi jualan dan memperkenalkan lagi produk anda kepada para pengguna tegar laman web carian google?

 

Kalau masih belum, apa kata anda hubungi saya. Kita bincang secara personal.

 

Mana tahu, saya boleh bantu anda. Kita wujudkan situasi menang-menang. Matlamat saya agar kita sama-sama boleh buat untung.

 

Dengar cerita, tahun 2018 akan jadi lebih mencabar. Wallahua’lam.

 

 

Exit mobile version