Blog Sabree Hussin

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Ogos 2017

Ini merupakan pencapaian TERBAIK saya semenjak saya mendaftar menjadi ejen dan menyertai program affiliate klikjer.

Nampak gayanya, beberapa strategi yang saya gunakan khusus untuk buat duit menerusi program affiliate klikjer telah menunjukkan signal yang ianya boleh diteruskan dan terus diperkemaskan lagi.

 

Alah… tak ada teknik yang susah pun. Saya masih lagi mengekalkan tradisi sebelum ini. Saya hanya menggunakan teknik blogging dalam pemasaran. Mungkin ada la jugak saya “ter”gunakan teknik email marketing, FB Marketing dan lain-lain teknik.

 

Namun, kesemua itu tak lebih sekadar untuk membawa masuk trafik supaya masuk ke laman blog saya. Itu sahaja.

 

Core technique masih tetap blogging. Blogging tetap dihati.

Blogging dah mati dan digantikan dengan media social…

 

Ada masanya, saya gembira bila ada pihak yang kata blogging tu dah mati. Dah tak relevan dan dah tak sesuai untuk digunakan kalau nak buat duit online.

 

Bagus.

 

Sila sebarluaskan lagi propaganda sedemikian. Lagi ramai yang percaya lagi bagus. Ini secara tak langsung akan membuka ruang seluas-luasnya kepada orang-orang seperti saya, yang masih lagi aktif menghasilkan konten dan artikel secara online untuk buat duit tanpa ada sebarang cabaran.

 

Ini dia screenshot carta top 10 affiliate bagi bulan Ogos 2017.

Saya cuma guna kaedah blogging sahaja. Kalau betul dakwaan sesetengah pihak, bahawa teknik blogging ni dah mati, dah tak relevan, sepatutnya saya tak akan dapat sebarang komisen. Setuju?

 

Jika anda yang membaca posting ini, juga berminat nak buat duit dengan program affiliate klikjer, mungkin lepas ni boleh cuba kaedah yang saya sendiri gunakan.

 

Ya, kebanyakkan program affiliate yang saya sertai, saya promosikan menggunakan kaedah blogging sahaja. Saya dah buktikan yang menggunakan blog ternyata boleh hasilkan pendapatan.

 

Kalau anda masih tetap tak percaya… ho ho terpulanglah.

 

 

Exit mobile version