Blog Sabree Hussin

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Julai 2017

Carta ini sebenarnya telah dikeluarkan sejak dari 3 Ogos 2017 hari tu lagi. Sengaja saya biarkan dulu dan memilih untuk tulis pasal benda lain dulu.

 

Saya nak bagi prioriti kepada artikel lain yang lebih utama. Lagipun, update tentang carta ini, pada saya adalah artikel jenis santai. Tak susah pun dan boleh tulis tanpa susah payah nak tulis draf dulu.

 

Sebenarnya, best juga buat duit dengan klikjer ni.

Bagi yang tak pernah join program ini, bolehlah cuba lepas ini. Saya ingin kongsikan beberapa sebab kenapa saya rasa program affiliate klikjer ni best.

 

Pertama, komisen untuk setiap jualan agak tinggi. Kadar yang diberikan adalah sekitar 50% – 55% untuk ahli baru. Bagi ahli lama, yang dah banyak buat sales, kadar komisen yang diberikan mencecah 70% daripada jumlah jualan yang dihasilkan.

 

Sebelum ni, setiap orang akan dapat 70% komisen. Tetapi ada satu masa tu, pihak admin klikjer membuat perubahan kepada struktur komisen dan set kepada 50% sahaja kepada ahli baru.

 

Bagus juga pihak klikjer buat begini.

 

Katakanlah harga produk (ebook) yang dijual ialah RM30. Contohnya ebook Bisnes Fotografi.

Kalau ikut formula komisen sebelum ni, ejen affiliate akan dapat komisen sebanyak 70% daripada harga ebook atau bersamaan dengan RM21.

 

Bakinya adalah sebanyak RM9. RM9 ni akan dibahagi-bahagikan pula kepada pihak penerbit (iaitu kliker) dan juga penulis ebook. Jika saya adalah seorang penulis ebook, saya juga akan rasa benda ni tidak begitu menguntungkan.

 

Katakanlah, pembahagian antara penerbit dengan penulis adalah 50 – 50, bermakna dengan setiap jualan, hanya dapat untung kasar RM4.50 sahaja.

 

Kalau macam tu, lebih baik saya jual sendiri. Saya bina website sendiri, saya pasang sistem affiliate sendiri, dan saya uruskan semuanya sendiri.

 

Jadi perubahan ini adalah sesuatu yang menguntungkan semua pihak. Apabila penulis ebook merasakan boleh dapat untung apabila memilih klikjer sebagai penerbit, maka tak mustahil di masa akan datang, akan ada banyak lagi ebook yang akan diterbitkan di klikjer.

 

Sebenarnya, bulan ini juga ada satu ebook baru yang telah diterbitkan. (berita baik ni untuk para affiliate)

Ebook yang dimaksudkan adalah ebook yang berjudul Tips Jimat. Anda boleh klik sini untuk ke laman web. Mungkin lepas ni, akan ada banyak lagi ebook-ebook menarik yang akan dikeluarkan oleh pihak klikjer.

 

Bila ada banyak produk, maka ini akan berikan lebih banyak pilihan kepada para affiliate untuk buat kerja pemasaran. Apa yang penting, ejen affiliate untung, pihak klikjer boleh dapat untung, manakala pemilik atau penulis ebook juga boleh untung.

 

Kita tak nak la platform klikjer ni jadi macam Ashadee. Dulu, selain klikjer, kita ada platform Ashadee yang menghimpunkan pelbagai produk digital.

Tetapi sayangnya, platform ini telah ditutup. Sedih juga bila platform ni ditutup, sebab bila ditutup, maka terhentilah salah satu sumber pendapatan saya.

 

Saya harap, klikjer ni akan terus sukses dan akan terus keluarkan produk-produk baru. In Shaa Allah, saya akan terus support produk-produk klikjer.

 

Kedua, komisen Klikjer boleh dijangka tarikh pembayarannya dan mereka jarang terlewat. Selalunya, komisen akan dibayar pada minggu pertama.

 

Minggu terakhir setiap bulan, kebiasaannya orang kerja kerajaan akan dapat gaji. Masuk minggu pertama, duit gaji pun makin mengecut sebabnya dah bayar macam-macam bil, dan shopping kelengkapan dapur.

 

Tetapi, kalau dia ada join affiliate klikjer, In Shaa Allah, minggu pertama dia akan dapat gaji dari klikjer pulak. Jadi dapatlah tampung serba sedikit perbelanjaan yang kurang, atau kalau nak jadikan pendapatan dari klikjer sebagai tabung simpanan atau bagi tujuan pelaburan juga boleh.

 

Duit anda, terpulang kepada anda nak buat apa.

 

Baiklah, seperti bulan-bulan yang lepas, ini dia carta top 10 Affiliate Klikjer bagi bulan Julai 2017.

Carta ini dibina dengan mengambil kira faktor jualan yang berjaya dihasilkan bagi bulan tersebut. Jualan bagi sepanjang bulan Julai akan dikumpulkan, dan setiap awal bulan, admin klikjer (Saudara Mohd Suhaimy) akan berikan carta ini.

 

Alhamdulillah, masih lagi dapat tersenarai sebagai Top 10.

 

Nak masuk nombor 1, itu memang agak mencabar. Lagipun, untuk tujuan pemasaran, saya hanya menggunakan blog sebagai kaedah utama.

 

Saya tulis tentang sesuatu produk, kemudian tinggal.

 

Kalau ada komisen, Alhamdulillah.

 

Kalau tak ada komisen, tulis lagi, tulis lagi, dan terus tulis sampai dapat komisen.

 

Saya suka kaedah ini sebabnya, bila dah mula dapat komisen, tak update blog dan tak tulis artikel baru pun tak apa. Sales akan tetap masuk.

 

Ini dah tentu berbeza sama sekali dengan kaedah email marketing, yang mana kita kena hantar emel promosi secara berkala kepada subscriber kita. Silap-silap hari bulan, orang menyampah pulak nak baca emel kita.

 

Setiap kali hantar emel, mesti nak jual barang. Sampai satu tahap, subscriber kita akan rasa, tak rugi pun kalau tak baca emel yang kita hantar, sebabnya tujuan kita hantar emel tu semata-mata sebab nak jual barang kan.

 

Ok sebagai kesimpulan. Kalau anda nak buat duit, ini teknik-teknik pemasaran yang anda boleh gunakan.

  1. Guna FBAds
  2. Guna Google Adwords
  3. Guna Email Marketing
  4. Guna blog atau blogging
  5. Guna FB Personal sama ada tulis di wall sendiri, tulis di Fanpage atau di group
  6. Guna twitter

 

Kesemua cara diatas memang boleh digunakan. Cara yang keempat, iaitu menulis di blog memang CONFIRM boleh dapat sale, sebabnya pernah satu masa, saya tak menulis langsung di FB, tak hantar emel kepada subscriber, tak buka twitter, dan pada waktu tu saya cuma menulis di blog sahaja.

 

Alhamdulillah, sales masih lagi masuk macam biasa.

 

Kalau anda percaya apa yang saya cerita dalam ni, silakanlah bertindak dan mulalah menulis dengan sehabis baik di blog milik anda. Jika kurang percaya, atau masih skeptikal, silakan cari formula kejayaan anda sendiri!

 

Saya berpendapat, cari formula kejayaan sendiri itu lebih baik, selain dapatkan nasihat orang lain yang memang terbukti berjaya dapat duit. Kadang-kadang kita susah nak ikut nasihat orang. Mungkin sebab nasihat tu tak berapa sesuai dengan cara kita.

 

Apapun, kena ingatlah, matlamat kita nak buat sales dan nak buat duit. Asalkan boleh capai matlamat, gunalah apa-apa cara sekalipun.

 

Terima kasih kerana membaca, saya doakan semoga anda juga akan berjaya.

 

Jemput baca juga

  1. Carta Top 10 Affiliate Klikjer – May 2017
  2. Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Jun 2017

 

 

Exit mobile version