Blog Sabree Hussin

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Jun 2017

“Kalau ada orang yang boleh berjaya buat duit dengan Program Affiliate Klikjer, maknanya aku pun boleh!”

Kita sama ada kena usaha dengan lebih gigih berbanding orang yang berjaya buat duit tu, atau setidak-tidaknya, kena berikan usaha yang sama banyak dengan orang yang dah berjaya.

 

Persoalannya ialah, kita tahu ke apa strategi yang orang tu gunakan untuk berjaya buat duit sebagai affiliate klikjer tu?

 

Kalau nak tahu, kena tanya. Tapi kena siap sedia untuk dengar jawapan yang mungkin kita sendiri akan rasa tak puas hati.

 

Lagipun, benda ni melibatkan strategi dan teknik pemasaran. Setiap orang mesti ada tekniknya yang tersendiri yang dijaga rapi dan kalau boleh tak nak ada sesiapa yang tahu.

 

Nanti kalau makin ramai yang tahu, makin banyak la pulak persaingan! Betul tak?

 

Ini dia screenshot carta top 10 affiliate klikjer bagi bulan Jun 2017.

Untuk bulan Jun 2017, saya sekali lagi berjaya masuk dalam carta top 10. Sebelum ini, saya juga pernah tersenarai dalam carta top 10 iaitu pada bulan May 2017.

Baca juga: Carta Top 10 Affiliate Klikjer – May 2017 

 

Tapi saya tak kisah nak cerita kat orang apa yang saya buat untuk dapatkan jualan dari program affiliate klikjer ni. In fact, saya sebenarnya cuma buat benda yang senang-senang je.

 

Saya ingatkan siap-siap, apa yang senang bagi saya, mungkin susah bagi orang lain. Ianya adalah perkara yang subjektif.

 

Sebelum saya nak cerita panjang lebar, saya nak cerita dulu tentang satu konsep yang anda perlu pegang apabila nak buat duit dengan program affiliate dan yang seumpama dengannya.

Baca juga: Boleh ke jana pendapatan pasif seumur hidup menerusi Program Affiliate?

 

Fokus pada HASIL yang kita nak capai, bukannya pada alasan yang akan menjadi penghalang untuk kita capai hasil tersebut.” 

 

Kalau diikutkan, memang ada macam-macam penghalang untuk buatkan kita gagal dapat apa yang kita nak. Tapi bila difikirkan semula, adakah halangan-halangan ini adalah sesuatu yang real? … atau sebenarnya ia cuma alasan semata-mata.

 

Saya pun ada banyak alasan untuk tak berjaya buat sales langsung dari program affiliate klikjer ni. Contohnya

(1) Saya sibuk nak cari klien bagi mendapatkan khidmat advertorial saya

(2) Saya kena pergi ke event

(3) Saya nak balik kampung

(4) Saya nak pergi open house

… dan macam-macam lagi.

 

Kalau dilayankan, memang langsung tak ada hasil. Buat apa pun tak menjadi.

 

Jadi, apa yang saya buat untuk dapatkan sale dari program affiliate klikjer ni?

 

(1) Buat artikel promosi

Untuk setiap produk yang saya nak dapatkan jualan, saya akan tulis artikel yang mempromosikan produk tersebut. Satu artikel biasanya memang tak cukup. Ada artikel yang saya tulis khusus untuk mempromosikan produk tersebut. Saya guna teknik direct marketing.

Ada juga artikel yang saya tulis, indirectly saya promosikan produk tersebut.

Saya berpandangan, sebagai pembaca, mereka tak suka baca artikel yang terlalu direct untuk mempromosikan produk tertentu.

 

(2) Buat blog khas untuk promosikan produk tersebut

Memang penat sikit bila nak kena maintain dua tiga blog dalam satu-satu masa. Tapi, kalau benda ni proven memang menyumbang dan membantu untuk dapatkan sales, apa salahnya?

 

(3) Promosikan blog dan artikel

Ya, ini satu lagi step yang kena buat setiap masa. Tak boleh cuma duduk diam dan mengharapkan sale masuk dengan sendirinya.

 

Kebanyakkan sale yang saya perolehi datangnya dari blog. Bukan dari medium lain. Mungkin platform seperti fanpage dan juga twitter atau lain-lain media social ada memberi sumbangan, tetapi saya rasa impak lebih besar daripada hasil pemasaran menggunakan blog.

 

Baiklah.

 

Cukup itu dulu saya kongsikan dalam posting kali ini. Lain kali kita sembang lain pulak. Sepatutnya dalam masa beberapa hari dari sekarang, akan keluar lagi list carta top 10 affiliate klikjer bagi bulan Julai 2017 pulak.

 

Tengah menunggu ni.

 

Kalau ada pembaca blog ni yang nak join program affiliate klikjer, bolehlah daftar secara percuma sahaja disini.

 

 

Exit mobile version