Blog Sabree Hussin

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – May 2017

Saya nak update sesuatu dalam blog ni. Tapi sekarang ni saya dah berada dalam mode raya.

 

Idea memang ada banyak. In fact, saya ada book of idea, yang lengkap dengan draf yang telah saya sediakan sebelum ni. Tinggal nak taip semula dalam bentuk artikel sahaja dalam blog ni.

 

Memandangkan sekarang ni, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak sambut Hari Raya Aidil Fitri, jadi saya cuma akan update blog ni dengan perkongsian yang ringkas-ringkas dan yang mudah-mudah sahaja.

 

Saya nak kongsikan kepada pembaca dan pelawat sekalian carta top 10 ejen affiliate yang berjaya hasilkan jualan menerusi program affiliate klikjer.

Platform klikjer ni memang ada macam-macam produk yang berkualiti tinggi yang boleh kita promosikan.

 

Peratus komisen yang boleh kita dapat juga agak besar. Sesetengah ejen, ada yang menerima bayaran komisen sehingga 70% daripada harga produk tersebut.

 

Jika produk tersebut dijual dengan harga RM100, maka komisen anda adalah sebanyak RM70. Banyak kan?

 

Walaubagaimanapun, jika anda baru sahaja nak sertai program affiliate klikjer ini, anda akan bermula dengan komisen sebanyak 50% sahaja. Apabila jualan anda makin bertambah, peratus komisen yang akan diberikan kepada anda juga akan ditambah.

 

Tingkatkan lagi produktiviti, maka komisen anda juga akan meningkat.

 

Sebelum-sebelum ini, biasanya saya akan tunjukkan bukti komisen yang saya terima dari program affiliate Klikjer ni. Tapi kali ni saya rasa saya nak buat sedikit kelainan. Saya tunjuk carta top 10 affiliate klikjer sahaja la.

Untuk tempoh sepanjang bulan May 2017 yang lepas, saya berjaya dapat kedudukan tempat ke lima.

 

Sebenarnya saya pun tak tau, produk apa yang paling banyak saya jual pada bulan May yang lepas.

 

Kadang-kadang saya terfikir jugak, kalaulah pihak klikjer ada sediakan statistik produk apa yang paling banyak saya jual, kan lebih senang. Jadi bolehlah saya fokus pada produk tu sahaja.

 

Baiklah.

 

Doakan saya dapat lagi banyak komisen untuk bulan depan ya. Banyak betul hutang dengan orang yang saya nak kena bayar ni.

 

 

Exit mobile version