Blog Sabree Hussin

22 Idea bisnes yang boleh dijalankan hanya dari rumah dengan modal rendah

Siapa kata kita tak boleh nak mulakan bisnes hanya dari rumah?

 

Sudah tentu kita boleh berbisnes dari rumah. Kita cuma perlu tahu, apakah jenis bisnes yang ingin kita jalankan. Terdapat banyak pilihan bisnes yang kita boleh pilih, dan dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan 20 idea bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah.

 

Kesemua idea bisnes ini tak memerlukan anda mempunyai modal yang besar. Namun percayalah, ianya mempunyai potensi untuk memberikan anda pendapatan yang lumayan. Tanpa buang lebih banyak masa, mari kita lihat apa dia 20 bisnes yang boleh dimulakan hanya dari rumah tersebut.

 

(1) Blogging

Blogging adalah salah satu aktiviti kegemaran saya. Saya pun banyak menulis tentang blogging dalam blog ini.

 

Setengah orang menulis blog untuk suka-suka atau sekadar untuk memenuhi masa terluang. Tapi bagi saya, fungsi dan potensi blog adalah lebih lagi. Bagi mereka yang ingin menghasilkan pendapatan sampingan ataupun pendapatan utama melalui blog, anda patut cuba beberapa kaedah yang saya pernah bincangkan sebelum ini.

Baca disini: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar

Anda boleh menganggap yang menulis blog ini hanya untuk suka-suka, atau anda boleh pilih untuk jadi lebih serius dan melihat aktiviti penulisan blog itu sebagai satu cabang bisnes. Apabila anda anggap blog itu suatu perkara yang serius, saya percaya pada waktu itu anda juga bakal memperolehi pendapatan yang baik menerusi blog anda.

 

(2) Copywriting

Kerja copywriting ini juga melibatkan kerja-kerja penulisan. Ia hampir sama dengan blogging. Cuma bezanya copywriting ini kita fokus untuk hasilkan penulisan yang boleh menghasilkan jualan.

 

Jika anda ingin menawarkan servis atau perkhidmatan copywriting, anda perlu mempunyai skil untuk membuat jualan menggunakan perkataan. Kalau anda ada pengalaman menulis blog dan biasa membuat jualan menggunakan blog, ia merupakan satu latihan yang baik untuk memantapkan skil copywriting anda.

 

Andai kata anda tidak dapat sebarang klien yang ingin mengupah dan dapatkan servis copywriting dari anda sekalipun, anda masih boleh hidup selesa melalui pendapatan yang anda perolehi hasil daripada menulis artikel review yang disiarkan dalam blog anda. (saya andaikan yang anda berjaya buat jualan dari artikel review yang dihasilkan dan blog anda juga mempunyai trafik yang banyak)

 

Ya saya tahu, saya banyak bercakap mengenai terbitkan posting di blog. Sebenarnya, ia terpulang kepada anda. Jika anda lebih selesa dan popular di media sosial, anda boleh gunakan sahaja platform tersebut untuk mendapatkan klien, ataupun boleh sahaja menulis disitu menggunakan teknik copywriting yang betul untuk mendapatkan jualan.

 

(3) Graphic Design

Menjalankan bisnes graphic design juga adalah salah satu pilihan yang baik. Anda boleh menggunakan laman web seperti Fiverr.com untuk dapatkan pelanggan dari serata dunia.

Pada masa lepas, saya juga kerap menggunakan laman web fiverr untuk kerja-kerja graphic design. Maklumlah saya tak ada bakat dan perisian untuk buat design saya sendiri.

 

Jadi saya terpaksalah upah orang lain untuk buatkan.

 

(4) Web design

Ada banyak juga perniagaan diluar sana yang masih belum mempunyai laman web sendiri. Sebenarnya mempunyai laman web sendiri adalah bagus untuk jangka masa panjang. Anda juga akan dapat pelanggan secara automatik, apabila anda mempunyai laman web sendiri.

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana boleh dapat pelanggan secara automatik pulak ni? Sebenarnya pelanggan ini mungkin telah membuat carian menggunakan kata kunci tertentu menerusi laman web google. Dari hasil carian itu pula, mereka temui laman web perniagaan milik anda.

 

Jika mereka yakin dengan persembahan laman web anda, mereka ini akan hubungi anda dan siapa tahu akan jadi pelanggan anda.

 

Sebab itu penting untuk bina laman web yang nampak profesional dan menarik. Ya, kalau anda mempunyai skil dan tahu menggunakan perisian tertentu untuk membina laman web perniagaan, maka bisnes ini sesuai untuk anda.

 

(5) Affiliate Marketing

Istilah lain bagi affiliate marketing ini ialah ejen pemasaran. Apabila anda menjadi seorang ejen affiliate, anda akan dibayar mengikut prestasi jualan anda. Jika anda berjaya buat banyak jualan, maka komisen yang bakal anda terima juga akan jadi tinggi.

 

Menjadi ejen affiliate, anda tidak dibayar gaji yang tetap. Pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak jualan yang mampu anda hasilkan. Bukankah ini tak banyak beza dengan anda jadi seorang usahawan?

 

Dari segi risiko dan beban kerja, seorang affiliate hanya bertanggungjawab untuk bawa masuk pelawat ke halaman jualan atau halaman rasmi milik syarikat yang menawarkan program ini. Sekiranya anda menjadi affiliate untuk laman web Lazada, peranan anda adalah untuk membawa masuk seberapa banyak trafik ke laman web utama lazada. Itu sahaja.

Sekiranya pelawat yang anda bawa masuk itu buat pembelian untuk apa-apa produk yang dijual diplatform ini, anda akan dibayar komisen. Komisen yang ditawarkan oleh pihak Lazada adalah berbeza mengikut kategori.

 

Untuk rujukan anda, berikut adalah kadar peratusan komisen yang ditawarkan oleh pihak Lazada.

Walaubagaimanapun, kadar komisen ini berubah-ubah mengikut kesesuaian dan strategi syarikat. Kadang-kadang komisen akan dinaikkan dan adakalanya ianya diturunkan sedikit.

 

Buat duit melalui affiliate marketing adalah satu cara menjalankan bisnes yang paling mudah. Jika anda membangunkan sebuah laman blog, dan blog anda telahpun mempunyai trafik yang masuk secara automatik walaupun anda sudah tidak buat apa-apa promosi, pada waktu itu anda akan dapat komisen affiliate secara automatik tanpa anda perlu susah payah nak buat jualan.

 

Oh by the way, kalau anda minat nak cuba buat duit dengan affiliate marketing ini, ada banyak syarikat yang menawarkan program affiliate yang anda boleh sertai.

 

Antara contoh lain yang saya boleh syorkan kepada anda ialah

(1) Lazada Affiliate Program

(2) Involve Asia

(3) Access Trade

(4) Shopee Affiliate Program

(5) Klikjer

(6) PG Mall

(7) Indo Leads

(8) JV Warrior

(9) Order Sini

(10) On Pay Solutions

 

(6) Online Seller

Jual barang secara online ini saya pasti ada ramai orang yang dah pernah buat. Sama ada mereka buat secara serius atau buat dengan suka-suka sahaja.

 

Kalau yang buat secara suka-suka tu, biasanya cuma gunakan akaun FB atau akaun media sosial untuk upload gambar produk yang dia jual. Kemudian mereka akan tulis serba sedikit maklumat mengenai produk tersebut.

 

Tapi bagi mereka yang serius nak berbisnes, selalunya mereka akan gunakan platform jualan yang lebih berpotensi untuk mendatangkan hasil, misalnya menggunakan laman web ecommerce Lazada ataupun Shopee.

Anda ada pilihan sama ada nak jual barang-barang yang memang stoknya sudah ada dalam tangan, ataupun anda ingin berniaga sebagai seorang ejen dropship.

 

Salah satu supplier dropship yang anda boleh gunakan adalah Kumoten. Mereka menyediakan lebih daripada 100 ribu produk yang anda boleh iklankan di laman web Shopee. Panduan untuk belajar bisnes di Shopee ini juga anda boleh muat turun dari laman web ini.

 

Jika anda masih baru dengan selok belok menjalankan bisnes online, saya syorkan anda terus belajar untuk buat jualan menggunakan platform ecommerce yang telah terbukti ada banyak pelawat. Tak perlu buang masa nak buat bisnes di media sosial, sebaliknya anda fokus terus untuk buat jualan dilaman web marketplace seperti Lazada ataupun Shopee.

 

Rasionalnya? Orang yang masuk ke marketplace seperti Lazada dan Shopee lazimnya adalah individu yang memang ada niat nak shopping, ataupun yang memang dah tahu apa benda yang dia nak beli.

 

Ini sudah tentu berbeza dengan mentaliti individu yang menggunakan media sosial. Kita masuk ke media sosial sebab nak tengok update kawan-kawan, nak bersosial dan sebagainya. Kita bukan dalam mood nak shopping. Tapi ini bukan bermaksud kita jangan guna media sosial untuk iklankan bisnes kita. Saya bukan bermaksud begitu.

 

Apa yang saya boleh cadangkan ialah, untuk platform jualan produk, anda gunakan platform ecommerce seperti Shopee atau Lazada. Sesekali, anda bolehlah update mengenai produk yang anda jual, cuma bezanya posting yang anda buat tu nanti bukanlah posting untuk menjual, sebaliknya posting tersebut adalah untuk bercerita, kongsi pengalaman dan sebagainya.

 

Dekat media sosial, kita boleh lebihkan guna kaedah soft selling. Kita share cerita, pengalaman, pendapat, tutorial dan sebagainya. Tapi kalau ada orang yang PM, kita minta dia terus buat pembelian di Shopee.

 

(7) Marketing Service & Consultant

Khas untuk mereka yang ada kepakaran dalam bidang pemasaran. Anda boleh tawarkan servis pemasaran anda kepada mana-mana usahawan yang memerlukan khidmat dari anda.

 

Jika anda mempunyai skil pemasaran yang sangat baik, ini akan memberi impak kepada prestasi syarikat yang anda bantu. Tak ada masalah untuk mereka bayar anda upah yang mahal, sekiranya anda mampu untuk berikan hasil seperti yang mereka harap-harapkan.

 

Ada banyak juga usahawan diluar sana, yang mempunyai perkhidmatan dan produk yang hebat. Tapi mereka tak mampu untuk hasilkan jualan yang memberangsangkan disebabkan kelemahan dalam bidang pemasaran.

 

(8) Tutor

Ada ramai ibu bapa dan para pelajar diluar sana yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk memastikan anak-anak dan diri mereka berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Mereka tidak ada masalah untuk membeli buku rujukan yang mahal dan juga contoh set soalan sebagai bahan persediaan untuk peperiksaan yang bakal dihadapi.

 

Anda juga boleh membantu mereka ini menghadapi peperiksaan dengan menawarkan diri untuk menjadi seorang tutor. Kerja-kerja sebagai tutor boleh dilakukan di rumah anda sahaja, asalkan anda mempunyai tempat mengajar yang sesuai.

 

Kalau rumah anda kurang sesuai, boleh mengajar dirumah pelajar tersebut.

Sekiranya rumah anda tidak begitu jauh dengan sekolah, pasti anda juga boleh dapat pelajar yang ingin belajar dengan anda. Cuma anda perlu tahu dan boleh berikan bukti bahawa belajar dengan anda boleh mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

 

Jika anda ingin mencuba bidang tutor, mungkin boleh bermula dari laman web berikut

(1) Sifu Tutor

(2) Snap Ask

 

(9) Interior Designer

Saya ada pengalaman check in di beberapa homestay yang dimiliki oleh pengusaha bisnes homestay milik orang melayu. Saya dapati, kebanyakkan susun atur homestay milik mereka ini langsung tak menarik. Kalau kita ambil gambar untuk masukkan dalam laman web juga kelihatan tak begitu menarik.

 

Jika anda tinggal tak jauh dengan mereka yang menjalankan bisnes homestay atau tempat penginapan dan anda mempunyai kepakaran dari segi interior designing ini, bolehlah tawarkan servis ini.

Pemilik homestay ini, mungkin dia tak ada masa, atau tak ada kepakaran dalam aspek hiasan dalaman. Mereka sekadar susun perabot ikut citarasa dan ala kadar sahaja. Jika anda mampu untuk yakinkan mereka, untuk cantikkan hiasan dalaman dan ambil servis yang anda tawarkan, saya percaya mereka tak ada masalah untuk keluar modal dan jadi pelanggan anda.

 

Sebelum membuat tempahan homestay, biasanya saya akan lihat-lihat dulu beberapa homestay yang berdekatan. Kemudian saya akan pilih, mana satu yang nampak kemas, selesa untuk kita duduki dan seterusnya barulah tengok harga.

 

Pada saya, saya tak ada masalah untuk bayar mahal sikit, asalkan tempat yang saya sewa tu cantik. Apalah gunanya, kalau bayar murah tapi tempat tersebut langsung tak elok. Saya pernah sewa homestay yang hiasan dalamannya sangat teruk, semata-mata sebab tak ada pilihan lain. Kalau ada pilihan lain, sudah tentu saya akan homestay lain. Tak kisahlah, kalau kena bayar lebih mahal sekalipun.

 

(10) Social Media Manager

Usahawan online yang menggunakan akaun media sosial sebagai satu kaedah untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan dan bakal pelanggan sudah tentu sedar bahawa sangat penting untuk memastikan akaun social media milik mereka sentiasa dikemaskinikan dengan perkongsian yang baru.

 

Ini memberi gambaran bahawa bisnes mereka sangat aktif dan mereka sangat responsif dengan pertanyaan para pelanggan. Sebaliknya, kalau dilihat akaun social media sudah agak lama tak dikemaskinikan dengan konten yang baru, ia mungkin akan beri gambaran yang silap seolah-olah mereka sudah tidak melakukan sebagai aktiviti bisnes.

 

Jika anda ada masa, mempunyai kreativiti, maka bolehlah cuba berhubung dengan usahawan online yang mempunyai akaun social media tetapi agak jarang dikemaskinikan. Anda tawarkan diri untuk jadi social media manager.

Peranan seorang social media manager agak luas sebenarnya. Anda bukan sahaja perlu pastikan akaun social media milik klien sentiasa update, malahan pada masa sama, anda juga perlu jawab pertanyaan pelanggan dan jika ada peluang, anda juga perlu buat jualan.

 

Lagi banyak tanggungjawab yang perlu anda galas, maka lagi banyak bayaran yang anda boleh demand. Dalam masa satu hari, anda mungkin hanya perlu update 3 – 5 kali sahaja.

 

(11) Bisnes bakeri dari rumah

Berkenaan dengan bisnes bakeri atau bisnes jual kek dari rumah ini, saya telah beberapa kali tulis dalam blog ini. Malahan saya juga pernah siarkan perkongsian pengalaman salah seorang pembaca blog ini yang menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah.

Baca disini: Pengalaman menjalankan bisnes bakeri dari rumah selama 3 tahun

 

Permintaan terhadap produk bakeri, sama ada kek, muffin, roti dan sebagainya memang ada. Walaupun ia bukannya merupakan makanan harian penduduk di negara kita, namun ada masa-masa tertentu yang memang sesuai untuk hidangkan makanan dari jenis ini.

 

(12) Khidmat penghantaran

Bila sebut mengenai khidmat penghantaran, sekarang ini yang popular adalah hantar barang dan juga hantar makanan.

 

Selain daripada dua perkara ini, boleh juga luaskan lagi dengan khidmat hantar dan jemput anak-anak balik dan pergi sekolah dan sebagainya.

 

(13) Tukang urut

Untuk jadi seorang tukang urut, ada latihan khas yang perlu anda jalani. Perkhidmatan ini anda boleh lakukan dari rumah ke rumah, ataupun anda boleh sahaja minta pelanggan anda untuk buat temujanji dan datang ke rumah anda untuk sesi rawatan.

 

(14) Stylist dan make up artist

Peranan make up artist ini amat diperlukan apabila majlis khas seperti majlis pertunangan, majlis perkahwinan diadakan. Tawarkan untuk make up seluruh ahli keluarga dan berikan pakej harga yang menarik.

 

(15) Menjahit

Sekiranya anda mempunyai skil dan peralatan untuk menjahit pakaian, anda juga boleh mulakan bisnes menjahit dari rumah.

 

Permintaan untuk bisnes ini selalunya meningkat apabila menjelang musim perayaan. Pada waktu itu ada ramai pelanggan yang ingin menempah pakaian untuk kelihatan menawan ketika hari raya. Sesetengah orang memang cukup susah nak cari saiz yang sesuai dan perlu menempah khas pakaian untuk majlis tertentu.

 

Selain mengejar pendapatan ketika musim perayaan, bisnes ini juga akan mendapat limpahan rezeki yang banyak apabila anda mendapatkan projek untuk menjahit pakaian sekolah atau pakaian untuk mana-mana syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.

 

(16) Tempat asuhan kanak-kanak

Sekarang ini kebanyakkan ibu bapa terpaksa keluar bekerja dan mencari rezeki untuk keluarga. Anak-anak mereka terpaksa ditinggalkan di pusat asuhan kanak-kanak.

 

Sejak kebelakangan ini, kita kerap mendengar berita mengenai pusat asuhan yang bersikap cuai sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan. Boleh jadi ia berlaku disebabkan bilangan kanak-kanak yang dihantar ke situ terlalu ramai.

 

Sebagai alternatif, anda boleh tawarkan perkhidmatan ini dan jadikan ini sebagai bisnes anda.

 

(17) Tour guide

Pada masa yang lalu, saya menganggap kerja-kerja tour guide ini hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang mempunyai syarikat atau agensi pelancongan sahaja. Tapi baru-baru ini, setelah saya mengenali laman web Airbnb, saya dapati kerja-kerja tour guide ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

 

Jom lihat iklan yang terdapat di laman web Airbnb ini.

Laman web Airbnb ini popular sebagai tempat untuk iklankan bisnes jenis homestay dan tempat penginapan. Tapi sebenarnya, menggunakan platform yang sama, kita boleh juga iklankan khidmat “pengalaman” atau “experience” yang mana pengunjung laman web boleh menempah pakej tertentu bagi tujuan mendapatkan pengalaman tertentu.

 

Dekat sini, ada pengalaman hiking, pengalaman masuk hutan, pengalaman berjalan-jalan sekitar bandar dan sebagainya. Jika anda mempunyai pengetahuan yang baik terhadap sesuatu tempat, bolehlah cuba untuk jadi tour guide dan iklankan perkhidmatan anda itu nanti melalui laman web Airbnb di bawah segmen experience.

 

(18) Kerja penterjemahan

Kerja ini bagus untuk mereka yang menguasai pelbagai bahasa. Iklan kerja untuk kerja-kerja penterjemahan ini, anda boleh lihat dilaman web seperti freelancer.com dan juga upwork.com

Ataupun boleh juga anda iklankan mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan melalui laman web fiverr.com atau anda bina sendiri laman web khas untuk menjual servis penterjemahan.

 

(19) Ejen Cukai

Bagus untuk mereka yang memang mempunyai pengetahuan dan ilmu yang baik berhubung sistem percukaian di Malaysia.

 

Anda boleh tawarkan servis sebagai ejen cukai kepada individu dan juga syarikat. Membayar cukai adalah salah satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Kita memang tak boleh lari dari membayar cukai, namun apabila kita mempunyai ilmu yang betul tentang percukaian, kita boleh jimatkan jumlah yang perlu dibayar untuk cukai.

 

Jika anda mempunyai sebarang isu berhubung cukai, boleh berhubung dengan Pn Diyana untuk dapatkan khidmat nasihat dan bantuan. Beliau boleh dihubungi menerusi talian 011-2720 4420 atau layari laman web syarikat mereka di pautan https://realmanagementservices.com/

 

(20) Membaik pulih peralatan elektronik

Sekiranya anda mempunyai kemahiran membaik pulih dan juga menyelenggara peralatan elektronik seperti hanphone, komputer riba, tablet dan banyak lagi, anda juga boleh mula menawarkan perkhidmatan ini dari rumah.

 

Kelebihan kalau anda tawarkan perkhidmatan ini dari rumah, anda boleh tawarkan harga yang sama dengan mana-mana pusat servis (dan kaut untung yang lebih banyak) atau boleh juga tawarkan caj servis lebih rendah sebab anda tak perlu nak bayar sebarang kos untuk sewa.

 

Untuk mereka yang tak mempunyai bajet yang besar, pasti akan seronok menghantar barang elektronik milik mereka kepada anda untuk tujuan baik pulih. Mereka ini pastinya mengharapkan anda dapat meletakkan caj yang sedikit lebih murah kalau dibandingkan dengan menghantar dipusat servis yang terdapat di shopping mall.

 

(21) Perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan

Adakah anda seorang yang penyayang dan sukakan binatang? Jika jawapan anda adalah ya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mula menawarkan khidmat menjaga haiwan peliharaan.

 

Khidmat ini sebenarnya tak begitu susah. Ada dua kaedah yang saya boleh cadangkan untuk anda lakukan.

 

Kaedah pertama.

Haiwan peliharaan ini akan dihantar ke tempat anda. Ini bermakna, anda perlu sediakan tempat yang sesuai untuk haiwan peliharaan tersebut. Contohnya kucing, anjing, hamster dan sebagainya.

 

Kalau anda memang ada tempat yang sesuai, maka ini bukan menjadi satu masalah. Cuma anda kena pastikan, setiap haiwan itu tadi tidak bercampur dengan haiwan milik pelanggan lain. Ini untuk kita elakkan berlaku kejadiaan yang tak diingini, seperti pergaduhan, kecederaan dan sebagainya.

Kaedah kedua.

Anda yang perlu datang ke rumah pelanggan anda. Pemilik haiwan ini biasanya akan biarkan sahaja haiwan kesayangan mereka lepas bebas dalam rumah. Apa yang menjadi kerisauan pemilik haiwan peliharaan ini ialah, sepanjang ketiadaan mereka, sama ada sebab pergi bercuti, atas urusan kerja atau sebarang sebab, ialah

(1) Kehabisan makanan dan minuman

(2) Tempat buang najis jadi kotor sebab terlalu banyak najis

(3) Haiwan jadi stress sebab terlalu lama ditinggalkan

(4) Haiwan jatuh sakit dan tiada siapa yang dapat hantar ke klinik

 

Justeru, anda boleh tawarkan khidmat anda dengan cara datang ke rumah pelanggan anda. Mungkin dalam sehari, anda hanya perlu datang 2 atau 3 kali sahaja. Oh boleh datang sekali sehari juga dah cukup sebenarnya.

 

Peranan anda hanyalah,

(1) Tambahkan makanan dan minuman

(2) Pastikan najis haiwan tersebut dibuang dan tukar pasir bersih

(3) Bermain dengan haiwan tersebut

(4) Pastikan haiwan tersebut tidak ada masalah kesihatan

 

Setiap kali anda datang ke rumah pelanggan anda, bolehlah hantar gambar, buat video call ataupun buat video. Secara peribadi, kalau dekat tempat saya ada individu yang tawarkan khidmat seumpama ini, saya pasti sanggup untuk bayar upah yang sepatutnya kepada individu tersebut.

 

Kalau perlu tinggalkan kucing-kucing saya, untuk tempoh masa yang agak lama juga rasa tak ada masalah, sebab saya tahu, sepanjang ketiadaan saya tu nanti akan ada orang yang akan tolong jaga.

 

(22) Jual dan beli saham

Konsepnya tidaklah begitu sukar.

 

Beli saham ketika harganya sedang berada dibawah, dan jual semula saham tersebut apabila harganya sudah naik. Buy low sell high.

 

Walaupun ia kelihatan mudah, namun anda perlu ada ilmu yang betul jika ingin melibatkan diri dalam pelaburan dan jual beli saham. Jika tidak ada ilmu, anda mungkin akan terbeli saham yang harganya sedang jatuh, dan akan terus jatuh.

 

Saya belajar ilmu pelaburan saham melalui ebook dan juga video-video oleh sifu saham. Ebook yang saya boleh syorkan ialah ebook Jom Labur Saham.

Penulis ebook ini juga ada menyediakan program latihan dalam bentuk video untuk ilmu saham yang lebih advance, itupun jika anda minat nak mendalami ilmu pelaburan saham.

 

Ada beberapa teknik yang biasa digunakan dalam jual beli saham. Antaranya

(1) BTST

Singkatan bagi buy today sell tomorrow. Dalam bahasa Melayu, beli hari ini jual esok. Ini merupakan salah satu teknik swing trading yang biasa dilakukan oleh kalangan pelabur saham.

 

(2) Swing trading

Kita akan beli saham, simpan untuk beberapa hari, atau minggu, kemudian bila harganya telah mencapai target untung yang kita mahukan barulah kita jual untuk dapatkan keuntungan.

 

(3) Day Trading atau scalping

Kita akan beli dan jual sesuatu kaunter saham pada hari yang sama. Contohnya, kita beli saham pada sesi pagi, dan jual saham tersebut pada sesi petang setelah ia naik harga.

 

Ilmu pelaburan saham ini bagi saya adalah satu ilmu yang sangat berharga. Jika anda benar-benar mahir, In Shaa Allah anda tak perlu risau lagi untuk bekerja diluar. Cukup sekadar melakukan jual beli saham sudai memadai.

 

 

Exit mobile version