Blog Sabree Hussin

Cara memulakan bisnes printing untuk pelajar dengan modal yang rendah

… ataupun jika anda tak mahu keluar modal langsung pun boleh. Asalkan anda terbuka untuk menerima idea-idea baru, maka hasrat anda untuk memulakan perniagaan dalam bidang percetakkan bukan lagi satu angan-angan kosong. Anda pasti boleh melakukannya! Apa pun, cuba baca dan fahamkan dulu ya.

 

Bisnes printing boleh dimulakan dan boleh dilakukan walaupun seseorang tersebut langsung tidak mempunyai modal wang ringgit dalam tangan. Bunyinya nampak macam pelik, namun ia bukannya sesuatu yang mustahil.

 

Saya nak perkenalkan anda kepada laman web 1stopprinting.com.my ini. Untuk pengetahuan anda, ini adalah salah satu panduan yang anda boleh jadikan sebagai rujukan jika anda berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam bagaimana bisnes printing boleh dilakukan walaupun tanpa modal permulaan.

 

Anggaplah seperti nak beli buku teks. Sebelum nak terjun ke dalam apa-apa bidang, perniagaan juga tak terkecuali, mesti nak lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu. Barulah nanti apa yang dilakukan tidak tersilap dan tersalah langkah.

 

Baiklah, sebenarnya cara memulakan bisnes printing tanpa modal adalah dengan menjadi seorang ejen. Tugas sebagai seorang ejen adalah untuk mendapatkan pelanggan yang berminat untuk mendapatkan khidmat percetakkan, dapatkan tempahan kemudian berurusan terus dengan syarikat ataupun pihak yang mempunyai kelengkapan untuk mencetak produk akhir yang dimahukan oleh bakal pelanggan.

Sebagai contoh, anda jadi ejen untuk syarikat printing A. Kemudian, anda buat kerja-kerja pemasaran dan dapatkan pelanggan yang berminat untuk beli produk tertentu. Katakanlah pelanggan tersebut minat untuk dapatkan khidmat cetak t-shirt.

 

Peranan anda sebagai ejen adalah dapatkan maklumat penuh tempahan dari pelanggan, minta deposit ataupun bayaran penuh dari pelanggan tersebut, dan terus buat tempahan dengan syarikat printing. Dalam tempoh masa ini, anda perlu semak tempahan yang dibuat oleh pelanggan itu tadi diuruskan dengan baik.

 

Bila t-shirt tersebut dah siap, anda hantarkan kepada pelanggan yang buat tempahan. Keuntungan yang anda dapat adalah dalam bentuk perbezaan harga yang ditawarkan oleh syarikat printing dan harga yang anda tawarkan kepada pelanggan.

 

Contohnya,

(1) Syarikat printing tawarkan harga sebanyak RM17 sebagai harga ejen untuk cetak t-shirt.

(2) Anda tawarkan harga sebanyak RM21 kepada pelanggan yang berminat untuk dapatkan servis percetakkan itu tadi.

(3) Keuntungan anda adalah perbezaan harga, iaitu RM21 – RM17, bermakna anda untung RM4 untuk sehelai t-shirt

(4) Jika pelanggan itu tadi menempah 1,000 helai t-shirt, bermakna anda untung RM4 x 1,000 = RM4,000

 

Menarik, bukan? Modal anda? Usaha anda untuk menyakinkan bakal pelanggan untuk dapatkan perkhidmatan ini dari anda dan juga masa yang anda laburkan untuk uruskan tempahan ini.

 

Produk dalam bidang percetakkan ini ada macam-macam. Bukannya terhad pada satu-satu jenis sahaja. Ada t-shirt, cawan, piala, kad jemputan kahwin, kad raya custom made dan sebagainya.

 

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, sesetengah syarikat printing yang menawarkan peluang untuk kita jadi ejen, kita boleh berurusan dengan mereka hanya secara online sahaja. Untuk buat tempahan, kita hanya perlu isikan borang tempahan, dan untuk lain-lain urusan, boleh deal melalui emel, fb atau whatsapp sahaja. Mudah, kan.

 

Salah satu yang anda boleh cuba adalah syarikat xprint yang saya pernah ceritakan dalam artikel saya sebelum ini bertajuk

Klik sini untuk baca: Panduan LENGKAP Strategi Menjalankan Bisnes Printing Tanpa Modal  

 

Dalam perkongsian kali ini, saya nak cerita tentang satu lagi servis printing yang cukup menarik yang ditawarkan oleh Photobook Malaysia.

Apa servis yang mereka tawarkan? Mudah sahaja. Mereka akan cetakkan gambar-gambar yang pelanggan mereka miliki dalam bentuk album foto. Dewasa ini, memang dah agak jarang orang akan print gambar-gambar yang mereka ambil menggunakan kamera digital mereka.

 

Mereka lebih suka untuk simpan sahaja dalam memory card, dalam pendrive dan sebagainya. Walaupun begitu, sesetengah gambar, terutama sekali yang menarik dan memorable adalah lebih bagus di print berbanding disimpan dalam memory card sahaja. Gambar yang kita dah cetak ke photo album juga lebih mudah untuk kita tunjuk kepada orang lain.

 

Tak kan nak bagi pendrive atau memory card kita kat orang lain. Nanti habis pula privasi kita kan. Jadi, lebih baik kita print gambar-gambar yang memang kita nak share dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.

 

Masalahnya ialah, kebanyakkan album gambar yang ada kat pasaran tu, tak berapa menarik. Kita tak boleh nak design sendiri, dan kos untuk dapatkan perkhidmatan daripada profesional photographer juga boleh cecah sampai ribuan ringgit.

 

Cara yang lebih jimat adalah dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Photobook Malaysia ini. Anda boleh design sendiri bentuk photo album yang anda mahu pihak Photobook Malaysia printkan.

 

Baiklah, apa kaitannya dengan anda yang nak mulakan bisnes printing ni? Oh dah tentulah ada kaitannya.

 

Kalau anda tak tau kat mana nak dapatkan perkhidmatan printing photo album, anda boleh cuba berurusan dengan laman web Photobook Malaysia ni. Anda dapatkan dulu gambar-gambar yang nak di cetak ke dalam bentuk album, design sekreatif yang mungkin kemudian suruh pihak Photobook Malaysia yang print kan.

 

Hasil yang dah siap, sama ada anda mintak di pos terus ke pelanggan yang buat tempahan, ataupun hantar kepada anda dulu. Dari segi caj, anda boleh kenakan caj upah sebanyak RM50 – RM100 atau apa-apa nilai yang mungkin berbaloi pada anda, dan juga kepada bakal pelanggan anda.

 

Apa pun, anda tengok-tengok la dulu laman web Photobook Malaysia ni. Fahamkan dulu macam mana mereka berfungsi, dan bila anda dah faham step stepnya, saya percaya anda boleh manfaatkan laman web ini untuk kembangkan lagi bisnes printing anda.

 

Kalau nak terangkan satu per satu dalam satu blogpost memang agak mencabar juga. Jadi saya syorkan anda tengok juga laman web tersebut ya.

 

Apa pun, perkongsian ini adalah lebih kepada perkongsian idea untuk anda yang masih buntu dan masih tak tau nak buat bisnes printing tanpa perlu keluar modal yang banyak tu macam mana. Sebenarnya ada caranya.

 

Tak kiralah siapa anda, asalkan anda ada kemahuan pasti ada jalannya. Tahniah dan syabas jika pada waktu ini, walaupun anda masih lagi seorang pelajar dah minat nak buat bisnes. In Shaa Allah, bila anda dah ada bisnes sendiri, walaupun lepas grad nanti anda susah nak dapat kerja, asalkan anda dah ada bisnes sendiri, anda dah tak perlu risau apa-apa lagi.

 

 

 

Exit mobile version