Blog Sabree Hussin

Bisnes anda ada MASALAH seperti yang saya ceritakan dalam ni tak?

Adakah bisnes anda ada masalah? Atau semuanya berjalan dengan baik-baik dan sempurna sahaja?

 

Bisnes kalau ada masalah, itu perkara biasalah. Cuba bagi tahu, bisnes apa yang tak ada masalah? Artikel ni sebenarnya adalah kesinambungan bagi artikel sebelum ini yang berjudul “TheDeparment menawarkan khidmat sewa bilik seminar dengan Pakej yang menjimatkan“.

 

Balik dari TheDepartment, saya mula study apa-apa yang patut berkaitan dengan perniagaan ni. Kalau ada yang masih belum tahu, TheDepartment ni sebenarnya ada menjalankan beberapa jenis perniagaan.

Antara yang saya tahu ialah, perniagaan sewa bilik dan ruangan seminar dan satu lagi perniagaan menyewakan alamat untuk perniagaan.

Klik untuk baca: Perkhidmatan Sewa Alamat Pejabat dan Peti Surat Berkunci di Shah Alam

 

Menerusi fanpage TheDepartment ni, saya terperasan ada satu seminar yang pernah dijalankan sebelumnya. Tajuk seminar tersebut adalah “Diagnosis Bisnes“.

 

Diagnosis… ini adalah istilah yang biasa digunakan dalam bidang perubatan. Biasanya istilah ini digunakan apabila doktor ingin mengetahui keadaan pesakit dan mengenalpasti apa sebenarnya punca yang menyebabkan sesuatu penyakit tu muncul.

 

Tapi bila istilah tersebut digunakan dalam bidang perniagaan, saya rasa ianya agak catchy.

 

Jadi, apa agaknya masalah lazim yang dialami oleh kebanyakkan pemilik perniagaan, dan apa pula agaknya penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut?

 

Kalau kita nak senaraikan satu per satu, ia mungkin akan jadi sangat panjang. Namun jika kita ingin ringkaskan, mungkin apa yang boleh saya katakan ialah masalah lazim yang dialami oleh pemilik perniagaan ialah “MASALAH JUALAN”.

 

Adakah masalah ini boleh diselesaikan, dan jika ya, apakah dan bagaimanakah cadangan untuk selesaikan masalah tersebut?

 

Masalah menghasilkan jualan ini, adakalanya berpunca daripada beberapa masalah kecil yang lain yang saya akan pecah-pecahkan disini.

 

(1) Masalah tidak memiliki platform jualan

Ataupun platform jualan yang anda gunakan terlalu sedikit. Tahukah anda, di era internet ini, kita sebenarnya boleh pelbagaikan channel jualan kita. Tak semestinya hanya tertumpu pada satu channel jualan semata-mata. Sebagai contoh, anda boleh tambahkan channel jualan anda menggunakan platform-platform seperti

 

Itu hanya sebahagian daripada apa yang terlintas di fikiran. Memang ada banyak platform yang boleh digunakan. Jika channel ataupun platform jualan anda masih lagi sedikit, maka tak pelik kalau jualan juga tak seberapa.

 

Selesaikan isu platform jualan ini terlebih dahulu. Jika anda tak pandai nak buat semua ini sendiri, dapatkanlah khidmat dari mana-mana freelancer yang anda kenal dan percayai.

 

(2) Produk anda tidak mempunyai BUKTI bahawa ianya memang berkesan

Produk baru, selalunya ia memang agak sukar untuk mendapat kepercayaan pengguna. Melainkan anda ada BUKTI bahawa produk tersebut memang berkesan dan boleh berfungsi seperti yang anda hebahkan.

 

Untuk situasi ini, apa yang saya boleh cadangkan ialah anda wujudkan satu kumpulan khas, mungkin dalam 10 – 20 orang untuk jadi pengguna terawal produk anda tanpa sebarang kos.

 

Pengguna terawal inilah yang akan memberi testimoni, feedback dan berkongsi pengalaman menjadi pengguna bagi produk anda.

 

(3) Ayat copywriting atau ayat promosi kurang menarik

Ayat copywriting yang menarik diperlukan bagi memastikan golongan sasaran terus membaca ayat-ayat jualan yang anda tulis dari mula sampai habis. Memang ada teknik khas untuk menghasilkan ayat jualan.

 

Jika susunan dan penulisan anda berterabur, anda mungkin akan kehilangan satu-satunya peluang untuk mendapatkan jualan. Saya pernah tulis mengenai ayat copywriting dalam blog ini.

 

Bagi mereka yang memang ada masalah dalam kerja-kerja penulisan ayat jualan, saya syorkan anda dapatkan koleksi ayat power atau juga dikenali koleksi swipe file. Anda hanya perlu edit ikut kesesuaian dan seterusnya boleh jadikan ianya sebagai ayat anda sendiri.

Baca juga: Koleksi ayat power untuk kegunaan perniagaan online

 

(4) Orang ramai tak tau mengenai kewujudan bisnes anda

Ini ada kaitan dengan pengiklanan dan pemasaran. Kalau orang masih tak tau tentang kewujudan bisnes kita, maknanya kerja-kerja pemasaran yang kita lakukan masih belum cukup baik.

 

Jadi, kena ada satu pasukan khas yang boleh lakukan kerja-kerja pemasaran secara berterusan. Kita ambil contoh nama-nama besar seperti KFC, Coca Cola, Maggi dan sebagainya. Walaupun jenama mereka ini telah dikenali dan telah lama bertapak di negara kita, mereka masih lagi tetap konsisten mengiklankan perniagaan dan produk mereka.

 

Kita juga sepatutnya melakukan tindakan yang serupa.

 

Kalau tak mampu untuk gunakan channel iklan yang mahal, boleh sahaja kita guna channel yang lebih menjimatkan.

 

(5) Tidak ada yang nak bercerita tentang produk atau servis yang anda tawarkan

Pemasaran menerusi “word of mouth” masih lagi dianggap kaedah pemasaran yang paling baik. Cuma di zaman media sosial, zaman internet ini, mungkin orang dah tak berkomunikasi menerusi percakapan lagi, sebaliknya lebih banyak menggunakan penulisan.

 

Seperti menulis di FB mahupun instagram.

 

Sekiranya tak ada langsung yang bercerita tentang produk anda, ini memberi gambaran seolah-olah dalam dunia memang tak ada langsung yang pernah guna produk anda. Jika keadaan ini yang berlaku kepada bisnes anda, saya mungkin boleh tolong.

 

Ya, saya mungkin boleh tolong bercerita mengenai perniagaan yang anda jalankan seperti mana saya biasa bercerita tentang perniagaan yang dijalankan oleh pengusaha Homestay Melaka Casa Indah ini.

 

(6) Gambar produk anda langsung tidak menarik

Penggunaan gambar yang bersesuaian juga akan beri pengaruh sama ada produk anda akan laris jualannya atau tidak. Seringkali berlaku, gambar yang tak menarik juga membuatkan bakal pembeli tidak tertarik untuk membeli produk anda.

 

Jika anda menjual secara online, memang penting untuk pastikan hanya gambar-gambar yang terbaik sahaja yang digunakan untuk dilihat oleh bakal pelanggan.

Kita ambil contoh usahawan yang menjual tudung jenama Kekaboo misalnya.

 

Mereka bukan sahaja menggunakan gambar yang cantik untuk mempromosikan produk mereka, pada masa yang sama, mereka juga turut menggunakan model yang comel-comel untuk melariskan lagi jualan produknya.

 

Jadi, selepas membaca perkongsian ini, saya harap anda dapat pelajari sesuatu. Jika ada apa yang saya ceritakan dalam perkongsian ini, relevan dengan situasi bisnes anda, ambillah tindakan yang sewajarnya untuk perbetulkan masalah tersebut.

 

Wallahua’lam.

 

Semoga Allah SWT permudahkan urusan perniagaan anda.

 

 

Exit mobile version