Blog Sabree Hussin

Adakah Anda Pernah Cuba Kaedah Promosi Tone Excel Seperti Ini…?

“Bisnes Tone Excel?

Ah… aku dah pernah buat sebelum ni. Dah macam-macam cara aku buat, tapi tak ada yang berhasil. Fed up la aku…”

Bila dia sebut je macam-macam cara yang dia dah buat untuk promosikan bisnes ni, dalam hati saya berkata sendiri…

PEMBOHONG!

Kalau dia dah cuba macam-macam cara, pasti akan ada satu atau dua teknik yang berkesan dan memberikan hasil. Tak mungkin, bila dah cuba macam-macam cara, tapi masih lagi tak berhasil sampai sekarang. Pasti ada sesuatu yang tak kena.

Jadi, kali ini, saya betul-betul nak tanya, pernahkah anda cuba kaedah promosi seperti…

1) Kaedah pemasaran menggunakan FB Group

Bukan semua rakan-rakan yang berada dalam friendlist kita betul-betul minat nak tahu tentang peluang membina pendapatan pasif menerusi syarikat Tone Excel.

Let say kita ada 1,000 orang rakan, mungkin hanya 10% sahaja yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang Tone Excel.

Bakinya? Mungkin belum sampai masanya untuk mereka ambil tahu.

Jadi, apa yang perlu kita buat kepada 10% yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Tone Excel ni? Mudah sahaja. Kita tawarkan mereka untuk sertai group khas khusus untuk mereka yang baru nak kenal apa itu Tone Excel.

Ini step-step yang anda perlu lakukan…

1. Bina sebuah group khas dan anda namakan ia sebagai Pengenalan kepada Tone Excel, atau Apa itu Tone Excel, atau apa-apa nama yang sesuai yang menggambarkan bahawa group tersebut adalah bertujuan untuk memberi penjelasan yang sebenar tentang Tone Excel.

2. Promosikan group tersebut, sama ada di wall fb anda, di fan page, group iklan dan sebagainya.

3. Tujuan promosi adalah untuk mengajak orang lain untuk klik join dan bukannya kita add mereka secara paksa.

4. Jika mereka berminat, pasti ada yang akan klik untuk join.

5. Apabila dah ada ahli group walaupun seorang, cuba tanyakan sama ada mereka dah jadi pengguna Tone Excel atau belum.

6. Jika ada yang dah jadi pengguna, kick dia keluar dari group anda, jika perlu.

7. Jika mereka masih belum join, anda hanya perlu sentiasa update status mengenai Tone Excel dan kelebihan sebagai pengguna di wall FB Group tersebut.

8. Ahli group anda akan dapat lihat status update anda di newsfeed mereka dan jika mereka subscribe notifications, mereka juga akan dapat baca status update anda menerusi emel mereka.

9. Teruskan berkongsi tentang Tone Excel maksimum 5 kali dalam sehari. Jangan terlalu kerap dan pastikan ada sela masa supaya mereka tak bosan.

10. Apabila nama Tone Excel dah terpahat di minda separa sedar mereka, In Shaa Allah prospek anda pasti akan mula hubungi anda semula untuk menjadi pengguna Tone Excel.

Secara asasnya, step 1 – 10 adalah ringkasan daripada ebook saya, Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

Ya

Memang tiada sebarang jaminan teknik ini akan berkesan untuk anda, tetapi teknik ini berkesan untuk saya. Beberapa orang downline saya perolehi dengan cara ini dan sampai sekarang saya masih lagi gunakan kaedah pemasaran ini.

Kesannya mungkin lambat, tetapi yang penting ia membuahkan hasil.

 

2) Pemasaran Menerusi Emel atau Email Marketing

Kaedah ini dinamakan email marketing kerana kita berhubung dan berkomunikasi dengan prospek kita menerusi emel.

Menerusi kaedah ini kita akan menghantar emel secara berkala kepada prospek untuk tujuan follow up dan mengingatkan prospek kita tentang peluang perniagaan ini.

Bukan semua prospek akan terus menyertai Tone Excel pada kali pertama mereka dengar tentang peluang bisnes ni. Selalunya mereka akan survey survey dulu. Bila dah dapat info yang lengkap, barulah dia akan buat keputusan sama ada dia nak join atau tidak.

Selalunya… jika online, prospek anda akan cari info tentang Tone Excel sama ada menerusi laman web atau menerusi blog-blog penggiat bisnes ini.

Jika anda tidak mempunyai sistem follow up yang bagus, prospek anda mungkin akan terlupa tentang anda dan akan sertai Tone Excel menerusi rangkaian orang lain. Jadi, anda sendiri yang akan rugi.

Bukankah lagi baik sekiranya prospek anda hanya mendapatkan maklumat lengkap tentang Tone Excel hanya dari anda? Secara tak langsung, anda berjaya mengurangkan kebarangkalian prospek anda terlepas ke network orang lain.

Anda perlukan…

1. Ilmu tentang pemasaran emel. Pemasaran emel ada yang SAH dan ada yang TAK SAH. Kaedah yang TAK SAH adalah kaedah SPAM dimana anda menghantar emel secara pukal untuk tujuan promosi tanpa mendapat kebenaran penerima emel tersebut.

Contohnya

Penghantar emel ini telah menghantar emel promosi secara pukal kepada banyak penerima dalam satu masa. Ini adalah contoh emel SPAM kerana emel ini adalah emel promosi dan saya tak pernah minta untuk dipromosikan atau meminta sebarang info dari penghantar emel tersebut.

2. Laman web squeeze page atau mini site. Khusus untuk tujuan mendapatkan nama dan alamat emel prospek. Boleh dibina menggunakan perisian percuma. Contohnya laman web Panduan Bisnes Tone Excel ini saya bina menggunakan perisian Funnel Kit.

3. Sistem autoresponder. Anda perlukan sistem Autoresponder yang TERBAIK bagi memastikan setiap emel yang berjaya dihantar akan masuk terus ke inbox prospek anda. Bukannya masuk dalam folder SPAM atau folder Promotion.

Saya sendiri menggunakan sistem autoresponder Aweber.

4. Set emel follow up. Emel ini akan dihantar kepada prospek secara automatik walaupun prospek yang berlainan mendaftar masuk (opt in) pada waktu yang berbeza. Mereka akan tetap mendapat emel mengikut susunan yang anda telah tetapkan secara automatik.

5. Hadiah PERCUMA. Ini sebagai ganti kepada prospek anda yang sudi memberi nama dan alamat emel.

6. Monitor perkembangan kempen pemasaran anda. Walaupun anda boleh biarkan kempen pemasaran ini berjalan sendiri, namun sesekali anda masih lagi perlu melihat perkembangan kempen pemasaran anda. Mungkin akan ada beberapa bahagian yang memerlukan tindakan anda untuk kemaskini.

Buat masa ini saya masih belum lagi jual panduan spesifik untuk panduan Pemasaran Emel. Namun, dalam ebook Panduan Dominasi FB Group dan juga Jurnal Pemasaran Affiliate, saya ada kongsikan tentang topik pemasaran emel ini.

 

3) Forum Marketing

Kaedah ini mungkin kurang relevan lagi. Namun ia tak bermaksud ia langsung tak boleh diguna pakai. Ada banyak forum yang sesuai yang anda boleh sertai dan mula buka thread untuk menceritakan tentang bisnes Tone Excel ini.

Jangan SPAM.

Jangan beriklan membuta tuli. Hanya kongsi cerita, itu sahaja.

 

4) Tarik prospek menggunakan kaedah pengiklanan berbayar sama ada FBAds ataupun Google Adwords

Bermakna anda perlu sediakan bajet untuk tujuan iklan.

Iklan yang anda buat bukannya bertujuan untuk dapatkan sales SEGERA sebaliknya adalah untuk tujuan mencari prospek.

Lihat screenshot dibawah

Objektif iklan adalah untuk mendapatkan klik ke website.

Pastikan website yang anda guna tu mempunyai fungsi yang boleh mengumpul list nama dan emel pelawat. Jika tidak, iklan anda akan jadi sia-sia.

Dalam teknik ini anda sebenarnya bakal menggabungkan teknik pemasaran emel dengan teknik pengiklanan berbayar FBAds dan juga google adwords.

Anda masih samar dan tak tau macam mana nak mula? Senang je. Anda muat turun Panduan KERIS JUTAWAN ini. Disitu ada case study bagaimana nak mempromosikan bisnes Tone Excel menggunakan kaedah iklan berbayar.

 

5) Teknik Blogging dan SEO

Apa yang sedang saya buat sekarang ini ialah teknik blogging.

Saya menulis. Kadang-kadang saya bercerita tentang tips kewangan. Ada masanya saya cerita tentang strategi promosi Tone Excel, dan ada ketikanya saya bercerita tentang peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik.

Saya bercerita hampir apa sahaja, untuk mendapatkan kategori pelawat atau trafik yang pelbagai.

Sebabnya?

Laman blog yang saya gunakan ini dah dilengkapi dengan sistem (pop up) yang berkesan untuk mengumpul prospek untuk bisnes Tone Excel saya secara automatik.

Ini yang saya maksudkan:

Sekurang-kurangnya, dalam sehari saya memperolehi 5 – 10 prospek baru secara automatik. Bukan itu sahaja, malahan proses follow up juga dijalankan secara automatik oleh sistem autoresponder yang saya gunakan.

Tugas saya?

Hanya menulis sebarang topik ikut mood saya dan promosikan blog ini.

Hasilnya?

1. Saya dapat prospek untuk join Tone Excel.

2. Produk affiliate yang saya promosikan dalam blog ini juga mendapat pembeli.

3. Saya ditawarkan job menulis artikel Advertorial berbayar.

4. Saya dapat jual produk-produk saya sendiri

5. Income dari program pengiklanan juga berjalan serentak

Dengan sistem yang betul, bisnes Tone Excel ini tak akan jadi beban, sebaliknya ia akan jadi satu kelebihan dan banyak beri manfaat. Cuma anda yang perlu pilih untuk buat bisnes ni dengan cara yang SMART atau cara yang susah.

 

6) Pasang banner ditempat yang banyak orang lalu lalang

Kat mana tempat yang banyak orang lalu ditempat anda? Ha… kat situ la anda kena pasang banner untuk iklankan perniagaan anda.

Soalan saya… apa yang menghalang anda berbuat demikian?

Anda ada rasa takut dengan sesiapa ke?

 

7) Edar Fliers

Masukkan fliers di raga motor dan juga selitkan di wiper kereta, pada pendapat saya ia kurang berhasil.

Sebaik-baiknya, anda jumpa dengan orang yang anda nak berikan fliers tersebut dan cuba beri sepatah dua kata.

Contohnya, anda perkenalkan diri dan minta izin untuk bercerita tentang bisnes ni. Jika mereka sudi dengar, anda teruskan penerangan, dan jika mereka tak mahu dengar anda beri sahaja fliers.

Kalau mereka tak nak ambil… senang. Jangan bagi. Tak perlu bazirkan fliers yang anda beli untuk orang yang tak tau menghargai.

 

8) Edar bisnes kad

Ini boleh dijalankan serentak apabila anda edar fliers.

Boleh juga edar bisnes kad kepada kawan-kawan dan kenalan anda.

Anda tak perlu cakap apa-apa, kerana di bisnes kad itu sendiri dah menceritakan siapa anda dan bisnes apa yang anda lakukan.

 

9) Promosi dari rumah ke rumah

Buat temu janji dengan tuan rumah dan minta izin untuk anda perkenalkan bisnes ini kepada mereka.

 

10) Buka booth

Dikawasan yang ada banyak orang. Jika perlu sewa, bayarlah.

… dan jika boleh dapat tapak booth percuma, itu memang rezeki anda.

 

Baiklah, sekurang-kurangnya terdapat 10 cara yang praktikal yang anda boleh lakukan untuk promosikan perniagaan Tone Excel anda ini.

Soalan saya… “adakah anda dah buat semua ini?”

Jujurnya, saya sendiri tak buat semua ini. Ini adalah kerana, bukan semua teknik yang saya ceritakan ini sesuai untuk saya. Saya juga ada kekangan tertentu sehingga menyebabkan saya buat keputusan untuk fokus pada teknik pemasaran emel, fb group dan blogging sahaja.

Anda pula bagaimana?

Adakah anda ada teknik promosi tertentu yang anda fokus, atau anda sendiri masih tercari-cari cara yang sesuai untuk promosikan bisnes ni?

Jika anda ada masalah nak promosi dan bingung serta tak tau apa nak buat, anda boleh hubungi saya dan ceritakan apa sebenarnya masalah anda.

Tak kira anda berada di network siapa, jika saya boleh bantu, In Shaa Allah saya akan cuba bantu.

Semoga kejayaan akhirnya menjadi milik kita bersama.

Wallahua’lam

Terima kasih kerana membaca.

 

 

Exit mobile version