Blog Sabree Hussin

5 Barang yang paling saya suka dalam kotak Lazada Box of Joy

Lazada’s Box of Joy ni sebenarnya saya terima sejak dari 5hb November lagi. Pada hari tersebut, saya sempat untuk sertai Online Revolution Affiliate Workshop 2016 yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel.

Kemudian lepas habis program tu, saya ambik masa yang secukupnya untuk cuba satu per satu barangan yang saya perolehi dalam kempen Lazada Box of Joy ni. Jadi dalam post pada kali ini, saya just nak kongsikan apa dia 5 barang saya rasa paling best dan yang paling saya suka yang ada dalam Lazada Box of Joy ini.

 

(1) Tefal Manual Chopper

Saya suka Tefal Manual Chopper ni sebab ia mudah untuk digunakan. Anda boleh tonton video kat bawah ini untuk lihat bagaimana cara nak gunakan Tefal Manual Chopper ni.

 

Selain ianya mudah untuk digunakan, yang penting ia juga mudah untuk dibersihkan. Cara pasang benda ni pun sangat mudah. Orang laki yang tak pandai sangat nak guna barang-barang dapur pun boleh guna tanpa sebarang masalah.

 

Saya cuba guna Manual Chopper ni untuk potong cili, bawang merah dan bawang putih untuk masak mi maggi. Serius, rasa lagi sedap berbanding sebelum ini. Sebelum ini saya cuma potong-potong dengan pisau semata. Kali ni dah ada manual chopper ni, tak payah lagi susah payah nak potong guna pisau dah.

 

Kita sendiri tentukan, sama ada nak cincang sampai halus lumat atau tidak.

 

(2) SanDisk Ultra Dual Drive 64GB m3.0 OTG USB Flash Drive for Android & Computers

Fungsi benda ni samalah macam pendrive. Cuma bagusnya benda ni ialah, kita boleh gunakan ia terus pada smartphone untuk transfer file. Tak perlu lagi nak susah payah transfer file ke komputer terlebih dahulu, sebabnya dengan menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive ni, boleh terus cucuk benda ni pada smartphone untuk transfer file.

 

Peranti ini didatangkan dengan kapasiti 16GB, 32GB, 64GB dan juga 128GB. Anda boleh klik pada pautan ini untuk semak harga.

 

Sempena dengan Lazada Online Revolution 2016 ini, anda mungkin bernasib baik dan akan dapat harga yang lebih rendah. Semaklah sekarang ya.

 

(3) Voucher Discount Lazada bernilai RM11 

Ya, diskaun tambahan untuk pembelian di laman web Lazada. Siapa yang tak suka kan? Kebetulan makanan untuk Limau ni pun dah nak habis. Kena beli sebelum hujung bulan ini.

Baru-baru ni saya ada berkunjung ke pet shop berhampiran dengan rumah saya. Saja nak dapatkan pandangan mereka mengenai makanan kucing jenama apa yang tak terlalu mahal tapi masih lagi consider premium food. Jadi staf dekat kedai tu kata, jenama Star Pro ni salah satu pilihan yang bagus untuk kucing.

 

Makanan kucing ni beratnya ialah lebih kurang 18.14KG. Benda-benda berat macam ni biasanya memang saya akan beli di Lazada sahaja. Sebabnya kalau beli online, ada yang akan tolong hantar dan bawakan sampai ke depan rumah.

 

Boleh juga kalau nak beli di Pet Shop. Dari segi harga, ia tak jauh beza mana pun. Cuma bila ada kupon diskaun ni, yang saya dapat dari kotak Lazada’s Box of Joy ni, of course harga dia akan jadi lagi murah.

 

Kadang-kadang lif dekat tempat saya tinggal ni problem sikit. Kalau kebetulan waktu tu lif tengah problem, memang seksa jugak nak angkut benda seberat 18.14KG ni naik tangga. Best option is shopping kat Lazada je.

By the way, kalau anda baru pertama kali nak beli di Lazada, boleh guna kod kupon diskaun lazada macam kat atas ni. Anda hanya perlu pastikan yang anda masukkan kod 20LAPOR25 semasa membuat pembayaran. Itu sahaja.

 

(4) Beg Ola Bola

Beg Ola Bola ni saya masih belum guna lagi. Masih ada dalam plastik lagi. Tapi for me, beg ini sangat membantu especially bila nak balik kampung tapi bukan untuk menginap lama. Kalau setakat nak duduk sehari atau dua hari, boleh isi baju dalam beg ini. Tak perlu lagi nak bawa bagasi besar-besar.

 

Kalau naik flight pun, tak perlu nak beli check in baggage.

Anda juga boleh dapat beg Ola Bola ini secara percuma, dengan SYARAT anda beli pek Milo menerusi pautan ini. Sementara promosi masih lagi dijalankan.

 

(5) Nescafe White Coffee Rasa Pandan 

Ini pertama kali saya jumpa Nescafe Rasa Pandan ni. Bila minum rasa sedap juga rupanya. Kalau dah habis nanti, boleh beli lagi. Anda juga boleh cuba rasa sendiri keenakkan produk Nescafe terbaru dengan haruman aroma pandan ini dengan membuat tempahan disini.

 

Barang-barang lain yang saya terima pun semua best-best belaka.

Ia jadi lebih best sebab semua ini diberi secara PERCUMA. Itu yang lagi best. Memang setuju dengan tema,Find Joy In Every Parcel tu.

 

Online Revolution 2016 ini masih belum tamat lagi. Ia akan berlangsung hingga 14.12.2016. Setiap hari, kempen yang akan dijalankan adalah berbeza-beza. Jumaat nanti, iaitu pada 25 November 2016 adalah kempen Black Friday pula.

 

Biasanya pada waktu-waktu macam ni, memang akan ada banyak lagi price reduction yang anda boleh nikmati.

Set pada kalendar masing-masing. Siap sedia pada 25 Nov hingga 28 Nov ni. Mungkin barangan yang selama ini anda perlukan akan dijual dengan harga yang lebih murah di laman web Lazada.

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi untuk luangkan masa untuk baca perkongsian saya tentang Lazada Box of Joy ini.

 

Exit mobile version