Blog Sabree Hussin

Ini Sebabnya Saya TAK SUKA Dengar Cakap Orang

Kadang-kadang kita kena jadi degil sikit.

Hati kena kering. Tahan kena maki, dan yang penting, tak perlu nak pedulikan sangat apa orang nak kata. Sebabnya, tak kiralah sama ada kita buat benda baik atau benda tak baik, orang pasti akan mengata.

Benda ni memang kita tak boleh nak lari.

Lebih awal kita sedar hakikat ni lebih baik. Kalau anda rasa apa yang anda buat tu betul, tak salah pun di sisi undang-undang Islam dan undang-undang negara… just do it.

Takut kena condemn?

Hmm… anda patut mula melihat kritikan itu adalah sebagai suatu benda yang suci, dan orang berjaya memang akan jadi lebih berjaya apabila kena kritik.

Tak percaya?

Cuba tengok orang yang biasa-biasa tu. Nak kata berjaya, tak nampak berjaya sangat. Nak kata gagal pun tidak… Dia just so – so orang putih kata.

Mana ada sesiapa yang peduli nak kritik hidup dia. Sebab tu dia rileks je jadi macam tu.

However, anda dan saya berbeza. Kita nak jadi orang yang berjaya dan kaya, kerana dengan kejayaan dan kekayaan ini, In Shaa Allah, lebih banyak bakti yang boleh kita taburkan.

Dua tiga hari lepas, saya dah siapkan satu artikel yang saya sendiri rasa artikel tu agak mengarut. Memang nampak selekeh dan entah apa-apa. Pendek kata, langsung tak ada standard la artikel macam tu.

Kalau saya yang dulu, gerenti saya akan delete je artikel tu. Malu wooo nak bagi orang tengok, nak bagi orang baca.

Ya

Saya takut kena kritik.

Sekarang ni… saya masih lagi takut kena kritik, tetapi, dah kurang sikit. Saya ambik pendekatan… alah… lantak lah apa orang nak kata.

Rupa-rupanya, daripada artikel yang kononnya entah apa-apa tu, ada rahsia rezeki yang terselindung disebaliknya. Maha Suci Allah yang memberi rezeki terhadap makhluk-makhlukNya.

Pengajarannya…

Allah yang bagi kita Ilham. Allah yang beri Idea. Allah anugerahkan semua itu kepada penulis blog macam saya untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan.

… supaya dari situ, akan ada insan lain yang akan baca, dan ia menjadi asbab kepada hadirnya rezeki dalam bentuk wang ringgit.

Tak usah nak pertikaikan idea tu buruk atau kurang elok, kerana semuanya berpunca dari Dia.

So lepas ni memang taubat dah. Dapat je idea untuk dijadikan bahan penulisan, tulis je tanpa prejudis. Kerana dari situlah punca rezeki yang saya perolehi.

Ini dia panduan yang banyak berjasa pada saya untuk dapatkan komisyen-komisyen affiliate yang bila dikumpul-kumpulkan, jadi ribu-ribu jugak jumlahnya. [klik sini]

 

 

Exit mobile version