Adakah cuma saya seorang yang rasakan benda ni sebagai sesuatu yang pelik, atau sebenarnya ada ramai lagi yang sependapat dengan saya?
Ini status update yang saya pernah buat di FB saya…
Saya betul-betul rasa pelik dengan sikap Malaysian. Rakyat Malaysia!
Ini bermakna, ia termasuk kaum bumiputera dan juga bukan bumiputera.
Oh by the way, kalau anda masih belum pernah add FB saya, dan anda berminat nak tambah saya sebagai rakan, boleh klik sini ya.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, seolah-olah di Malaysia ini, isu semasa adalah sama dengan isu politik.
Baru-baru ini, satu Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ahli politik tanah air, Karpal Singh.
Disebabkan beliau adalah dari parti politik Pakatan Rakyat, maka siapa yang menunjukkan rasa hormat pada mendiang, terus dilabel sebagai puak pembangkang. Geng pembangkang katanya…
Kemudian, tentang Hudud.
Kita semua belajar sejarah, kan. Sebelum datangnya penjajah ke tanah Melayu, bukankah pada waktu itu Tanah Melayu mengamalkan undang-undang Hudud?
Namun pada hari ini, apabila kita menyatakan sokongan kita kepada undang-undang Hudud, perkara sama akan terjadi. Kita akan dicap sebagai orang PR.
Saya tak taulah kalau anda tak rasa pelik.
Ala… sebenarnya kalau nak cerita panjang lagi… Itu belum lagi masuk bab GST, yang asalnya cuma 4%, ni tiba-tiba nak up jadi 6%.
Kalau di komen benda ni, terimalah padahnya.
Memang akan dicap sebagai orang yang suka berpolitik.
Seriously… kenapa ya jadi macam ni?
Apakah isu semasa dan isu politik tu benda yang sama?