Andai kata anda diberi pilihan sama ada nak buat duit cepat, atau nak buat duit lambat di internet, mana satu agaknya yang akan menjadi pilihan anda? Saya percaya, kalau boleh, semua orang mesti nak buat duit dengan cepat, kan?
Sebenarnya saya nak gunakan tajuk skim cepat kaya dan skim lambat kaya di internet. Kemudian saya terfikir… erm, istilah skim cepat kaya ni macam tak berapa sesuai la pulak. Apa taknya, dengar je nama skim cepat kaya, orang dah fikir ke arah lain. Padahal skim cepat kaya tu tak salah. Yang salah adalah cara operasinya, yang mungkin bercampur dengan penipuan, pecah amanah dan sebagainya.
Ya. Skim cepat kaya tu tak salah. Yang bermasalah adalah dari segi operasi. Selagi mana skim yang anda jalankan itu tak melibatkan perkara yang salah dari sisi agama dan juga undang-undang negara, teruskanlah. Bukankah bagus kalau orang kita dapat jadi lebih kaya dengan cepat. Boleh kaya sekarang, kenapa pulak nak tunggu sampai bertahun-tahun lamanya?
Saya tak nak cerita pasal kaya cepat dalam perkongsian pada kali ini. Sebabnya, apa yang saya nak ceritakan ini, mungkin tak akan menjadikan anda kaya. Akan tetapi, apa yang saya kongsikan ni, kalau anda amal dan praktikkan, In Shaa Allah, peluang untuk anda berjaya buat duit tu ada.
Saya akan pecahkan strategi buat duit di internet ini kepada dua bahagian, iaitu
Strategi CEPAT buat duit di internet, dan
Strategi LAMBAT buat duit di internet
Cepat atau lambat ianya hanyalah persoalan masa sahaja. Apa yang penting, cara ini kedua-duanya boleh diaplikasikan untuk buat duit online. Baiklah… kita mula dengan strategi cepat buat duit online.
Saya andaikan, pada waktu ini anda
(1) Tak ada masa nak buat research produk apa yang ada permintaan yang tinggi di pasaran
(2) Tak ada modal yang besar untuk cipta produk baru
(3) Tak memiliki tenaga kerja untuk buka syarikat atau perniagaan offline
Jadi, kita tak perlu susah payah nak fikirkan benda-benda yang susah. Matlamat kita ialah nak buat duit. Bukannya nak cipta produk baru, kaji tentang pasaran mahupun nak bukak kedai. Oleh itu, untuk buat duit dengan pantas di internet, kita sertai sahaja program affiliate.
Program affiliate apa agaknya yang sesuai yang patut kita sertai agak-agaknya ya? Jawapannya ialah, terpulang pada anda. Pada hari ini, ada macam-macam program affiliate yang anda boleh sertai. Hampir semua produk yang dijual secara dalam talian ada menganjurkan program affiliate. Jadi anda pilihlah mana-mana yang berkenan di hati.
Untuk tujuan penerangan, saya syorkan anda sertai program affiliate dari Lazada.
Kenapa saya pilih program affiliate Lazada? Mudah sahaja. Di laman web Lazada terdapat satu segmen atau kategori yang diberi nama Best Seller yang menawarkan diskaun sehingga 90% kepada para pelanggan. Produk yang disenaraikan dalam kategori ini semuanya memang produk yang laris di pasaran dan pada masa yang sama ada diskaun yang agak tinggi pula. [Lazada Best Seller Product]
Cara cepat untuk buat duit adalah dengan memilih mana-mana satu produk yang anda rasakan mempunyai potensi untuk mendapat jualan. Ada beberapa indikator yang anda boleh perhatikan untuk mengetahui sama ada produk di laman web Lazada ni ada banyak permintaan atau tidak, dan salah satunya ialah dengan melihat berapa banyak feedback yang diperolehi oleh seller tersebut sepanjang beliau berniaga di Lazada.
Ok kita pilih produk tersebut.
Langkah seterusnya, kita set up sebuah laman web, sama ada nak guna blogspot ataupun nak guna wordpress, dan mula menulis review penuh tentang produk yang anda pilih itu tadi. Dalam review tersebut, masukkan juga perkara-perkara seperti
(1) Kelebihan produk
(2) Masalah yang diselesaikan oleh produk tersebut
(3) Cara gunakan produk tersebut
(4) Masukkan juga video demonstarasi penggunaan produk tersebut jika ada
(5) Testimoni pengguna terdahulu
(6) Paling penting, masukkan link affiliate anda di tempat-tempat yang mudah dilihat
Apabila dah siap, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan trafik untuk masuk ke laman web anda yang baru dibina itu tadi dan melihat kandungan website tersebut.
Kat sinilah poin yang akan membezakan antara strategi buat duit cepat dengan buat duit lambat. Dalam strategi buat duit cepat, kita akan gunakan trafik berbayar. Dengan kata lain, kita akan beli trafik supaya ia masuk ke laman web kita. Kat mana nak beli trafik ni? Ada ke orang jual trafik ni?
Mestilah ada. Contohnya, Google Adwords dengan Facebook Ads. Itukan kita beli trafik tu. Kita bayar kepada mereka supaya mereka siarkan iklan kita di platform yang mereka miliki. Prospek yang nampak iklan kita, tekan klik seterusnya akan dibawa masuk ke laman web kita.
Katakanlah setiap klik bersamaan dengan 10 sen. Ada 10 orang berbeza yang tekan klik. Bermakna, 10 sen x 10 orang menjadikan jumlah kos keseluruhan ialah RM1.00. RM1 ini adalah kos untuk kita beli trafik.
Adakah cara ini dapat membantu kita untuk buat duit dengan cepat? Ya sudah tentu. Walaubagaimanapun, saya telah pun meringkaskan penerangan yang saya berikan dalam post ini. Sudah tentu, sebelum anda nak gunakan kaedah pengiklanan berbayar seperti ini, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan, antaranya mengenal pasti target audience untuk siarkan iklan, kajian kata kunci dan sebagainya.
Cara ini memang cepat anda boleh buat duit. Namun, ada risikonya. Jika anda ambil mudah, anda berisiko untuk rugi dalam kos iklan, walaupun anda berjaya buat duit.
Strategi lambat untuk buat duit di internet. Saya rasa, tak salah untuk kita pilih cara yang lebih lambat, dengan syarat kita mesti tahu apa yang kita tengah buat.
Dalam strategi ataupun kaedah ini, kita punya fokus adalah untuk bina aset yang akan memberikan kita pendapatan secara pasif kepada kita untuk jangka masa panjang. Caranya? Pemasaran menggunakan laman web juga, namun pada kali ini strategi untuk kita tarik trafik adalah dengan menggunakan teknik pemasaran search engine optimization.
Dalam kaedah ini, kita perlu kenalpasti terlebih dahulu senarai kata kunci yang ingin kita sasarkan kemudian dari situ kita akan mula menghasilkan artikel dan lain-lain konten yang berlegar sekitar kata kunci yang kita sasarkan. Teruskan menulis sehingga artikel ataupun laman web kita berjaya tersenarai di muka surat pertama enjin carian. [Panduan ASAS SEO Untuk Blog]
Bagi masa dan usaha. Hasilnya? Anda akan dapati strategi ini masih lagi berupaya untuk menghasilkan pendapatan, cuma ianya agak perlahan. Walaubagaimanapun, setelah pendapatan yang pertama berjaya anda perolehi, pendapatan seterusnya akan terus masuk dan masuk secara automatik walaupun anda dah tak buat apa-apa.
Inilah yang berlaku pada saya apabila laman web saya berjaya masuk ke muka surat pertama enjin carian google bagi kata kunci yang saya sasarkan.
Bagaimana kalau tak berjaya buat duit? Dalam strategi yang pertama, iaitu cara cepat buat duit, jika anda gagal buat duit, anda akan rugi dalam bentuk duit juga, sebabnya anda telah melabur untuk mendapatkan trafik. Manakala dalam strategi kedua pula, jika anda gagal buat duit, kerugian anda adalah dalam bentuk masa dan usaha. Oh!
Berita baik saya nak kongsikan kepada anda. Tahukah anda, kenapa dalam contoh ini, saya menggunakan contoh program affiliate Lazada?
Dalam laman web ini ada macam-macam produk yang anda boleh promosikan. Jika anda mempromosikan Apple iPhone Refurbished Set kemudian prospek anda tak beli pun produk tu, sebaliknya dia beli barang lain, contohnya dia beli toilet untuk kucing. Asalkan ada transaksi, anda masih tetap akan dapat komisen. Walaupun prospek tu tadi beli barang yang langsung tak ada kaitan dengan yang anda promosikan.
Asalkan prospek anda tu tadi klik pada link affiliate anda, kemudian buat pembelian, tak kisah apa-apa produk sekalipun, anda akan tetap dibayar komisen.
Bagaimana sekarang? Minat tak nak buat duit? Nak buat duit cepat atau lambat? Itu terpulang kepada anda. Jika anda minat nak jadi ejen affiliate untuk Lazada, bolehlah buat pendaftaran di sini ataupun boleh juga join menerusi laman web Involve Asia.