Blog Sabree Hussin

Bilakah masa paling sesuai untuk buat duit di Internet?

Pada setiap bulan, sekitar tarikh 20hb hingga ke hujung bulan, sama ada bulan tersebut berakhir dengan 29hb, 30hb atau 31hb, ia merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat mereka yang buat duit dengan cara berniaga di internet.

 

Pada tarikh 20hb – 31hb ni, lazimnya adalah tarikh para pekerja dapat gaji. Ada yang dapat awal, dan ada yang dapat lambat. Siapa yang kerja kerajaan, biasanya mereka akan dapat gaji dulu, berbanding dengan mereka yang kerja swasta.

 

Ini waktu-waktu yang kritikal! Pada waktu inilah, sepatutnya kita bersiap sedia untuk tadah duit mereka.

 

Kat internet tu, sebenarnya ada banyak duit-duit yang tersembunyi. Well tak semua tersembunyi. Ada yang diletakkan betul-betul kat depan mata kita. Tapi masalahnya ramai yang TAK PERASAN. Kalau ada yang perasan pulak, masalahnya ialah, tak tau atau tak pandai nak ambik duit tu.

 

Screenshot diatas adalah sebahagian transaksi yang saya perolehi sehingga 24hb. Tanpa perlu bersusah payah nak menjual, tak perlu nak buka kedai, tak ada jumpa orang, dan semua tu dilakukan hanya dari rumah sahaja. Asalkan ada laptop, ada internet, dah boleh buat duit.

 

… dan dengan ilmu, strategi serta pengalaman. Apabila semua ini diadun dengan baik, maka akan terhasillah pendapatan seperti ini. Ini yang orang kata, buat duit dari internet. Adakah ianya mustahil? Tidak. Saya dah buktikan, yang ia sememangnya boleh dilakukan. Adakah ia lumayan?

 

Ya memang cukup lumayan. Namun anda kena bagi masa dan usaha yang mencukupi sebelum berangan nak rasa pendapatan yang lumayan. Sedangkan orang yang bekerja di pejabat pun perlu bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari, kemudian ditambah dengan overtime baru layak untuk merasa pendapatan yang lumayan, apakah yang buatkan anda fikir bekerja di rumah, dengan bantuan sambungan internet adalah berbeza?

 

Tarikh 21hb – 30hb adalah tarikh orang dapat gaji. Masa ini, mereka akan shopping pelbagai barangan keperluan, tak kiralah sama ada makanan untuk kucing, kabinet baru, katil, sofa, barangan dapur dan sebagainya. Barangan dapur misalnya, ia adalah perbelanjaan WAJIB yang mesti dilakukan pada setiap bulan.

 

Kemudian pada tarikh 1hb -10hb, waktu ini masih lagi dikira sebagai awal-awal bulan. Duit gaji masih ada lagi. Mood untuk shopping masih ada. Mungkin jumlah dan kuantiti yang ingin dibeli tak begitu banyak, kerana mengambil kira gaji lambat lagi, namun orang tetap akan berbelanja pada tarikh ini.

 

Seterusnya, pada tarikh 11hb – 20hb. Biasanya orang memang tak shopping. Melainkan kalau ianya benar-benar perlu. Waktu ini, sesetengah orang dah kehabisan duit tunai. Cash memang dah tak ada. Kalau mereka nak berbelanja jugak, mereka terpaksa guna kad kredit. Mujurlah laman web ini memang menerima kad kredit. Jadi mereka boleh berbelanja dengan senang hati.

 

Lagipun tinggal beberapa hari lagi gaji akan masuk. Jadi mereka tak perlu risau dan khuatir sangat kalau nak berbelanja. Kalau beli barang pakai kad kredit sekalipun, boleh bayar balik bila duit gaji dah masuk.

 

Kitaran hidup dan perbelanjaan kita kat Malaysia ni lebih kurang begini. Hakikatnya, setiap hari pasti manusia akan berbelanja. Mereka pasti akan shopping. Cuma kita sahaja yang perlu tahu, apa agaknya barangan yang mereka akan beli.

 

Adakah mereka akan beli panduan untuk bekerja dari rumah, yang akan mengajar mereka cara-cara nak bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer? Supaya lepas ni, mereka dapat bekerja dari rumah secara sambilan, dan dapat duit lebih untuk shopping?

 

… ataupun, mereka sedang mempertimbangkan untuk beli beberapa barangan keperluan yang dijual di tesco online, dan jimatkan tenaga dan kos pengangkutan untuk ke Tesco.

 

Fikir.

 

Cuba fikirkan. Bagaimana pola perbelanjaan masyarakat kita di Malaysia. Berita baiknya, kita sebenarnya tak perlu pergi terlalu jauh, sampai ke bulan untuk dapatkan jawapan bagi persoalan ini. Most likely, dengan melihat cara hidup keluarga kita sendiri, bagaimana keluarga kita berbelanja, ia sebenarnya tak jauh beza dengan masyarakat kita secara umumnya di negara kita.

 

Sekarang masa untuk kita kutip dan ambik seberapa banyak duit yang boleh di internet. Nak ambik banyak-banyak, atau cuma nak ambik sedikit sahaja, itu terpulang pada anda. Lain orang lain keperluannya. Jika keperluan anda banyak, maka anda ambiklah sebanyak-banyaknya.

 

Adakah saya ada sebut sebelum ni, yang pendapatan yang anda akan perolehi adalah dalam matawang USD? Hmm mungkin saya pernah sebut sebelum ni. Itupun mungkin dalam artikel-artikel terdahulu.

 

Apa pun, jika anda minat nak buat duit macam ni, boleh cuba daftar disini. Jika permohonan anda berjaya disahkan, saranan saya, hargai peluang tersebut. Gunakan peluang ini untuk buat duit dengan sebanyak-banyaknya. Biar ada lebih, jangan kurang!  

 

 

 

Exit mobile version