Blog Sabree Hussin

Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari

Tajuk buku terbaru yang saya baca, yang membincangkan tentang topik perniagaan internet ialah buku ini. Tajuknya, Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari.

Jadikan komputer anda penjana kewangan peribadi

Terdapat banyak cara untuk menjana wang melalui internet. Tetapi tidak banyak yang semudah dan menguntungkan seperti Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari.

Buku terbaru karya Edwin John ini memberikan anda panduan lengkap untuk menjana kewangan peribadi tanpa perlu berbelanja walau satu sen pun.

Mulakan perancangan 8 hari ini sekarang juga:

(1) Nikmati keselesaan bekerja dari rumah

(2) Pelajari cara memilih penjana kewangan yang menguntungkan di Internet

(3) Bongkar tip-tip berjaya dalam bisnes internet

(4) Ketahui formula yang berkesan dan belajar menggunakannya dengan efektif

(5) Dapatkan akses secara percuma untuk memuat turun pelbagai bonus

(Edwin John, Penulis buku Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari)

 

Buku ini, dari segi kandungannya, ia disusun secara langkah demi langkah, mengikut hari, dan ia memuatkan tindakah-tindakan yang perlu dilakukan oleh pembaca sekiranya ingin menjana pendapatan secara online. Ya, hanya 8 hari sahaja masa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk mula buat duit di internet. Bermula dari kosong, tak ada sebarang idea, hinggalah akhirnya pada hari kelapan, anda akan mempunyai perniagaan online anda sendiri.

 

Adakah ianya boleh dilakukan oleh semua orang? Adakah teknik-teknik yang dimuatkan dalam buku ini benar-benar berkesan untuk membantu para pembaca buat duit di internet?

 

Pada pendapat dan pengalaman saya, jawapannya ialah sudah semestinya ANDA BOLEH. Saya masih ingat lagi, satu masa dulu ketika saya baru nak mula belajar cara-cara nak buat duit di internet, saya buat pakai hentam keromo. Apa yang saya rasa macam boleh buat duit, itu yang saya buat. Semuanya ikut gerak hati semata-mata. Orang putih kata, ikut instinct. Tapi sebenarnya, cara yang lebih teratur ialah bila kita ada action plan yang boleh kita rujuk supaya dalam tindakan-tindakan yang bakal dibuat tu, tak ada tindakan yang sia-sia.

 

Anda berminat nak tau apa yang terkandung dalam buku ini? Saya akan kongsikan secara ringkas sahaja. Jadi lepas ni, anda boleh buat keputusan sama ada nak baca buku ni ataupun tidak.

 

Hari Pertama: Apa Produknya
Kuncinya ialah FOKUS
Penyelesaian… Penyelesaian… Penyelesaian…
Andalah Jawapannya
Soalan Popular, Jawapan Menguntungkan
Jadi, Di Mana Anda Harus Mulakan?

 

Menjalankan perniagaan di internet sebenarnya tak jauh beza dengan konsep perniagaan secara offline. Anda masih lagi tetap memerlukan produk untuk dijual dan anda juga perlu ada pembeli yang bakal melakukan transaksi dengan anda. Senang cerita, tetap perlu ada jual beli barulah pendapatan tu akan terhasil.

 

Akan tetapi, menjalankan perniagaan secara online adalah jauh lebih MUDAH dan lebih MURAH dari segi kos berbanding menjalankan perniagaan secara offline. Dalam bab satu, atau pada hari pertama anda akan pelajari teknik-teknik untuk mengenalpasti apa produknya yang sesuai untuk memulakan perniagaan online anda.

 

Tips penting dalam bahagian satu ini adalah untuk memilih produk yang ada kaitan dengan soalan yang sering ditanyakan oleh pengguna internet apabila mereka menggunakan laman carian google. Google ada satu aplikasi yang diberi nama Google Suggest. Contohnya adalah dibawah

Apabila anda menaip kata kunci “How to create” secara automatik google akan mencadangkan beberapa lagi soalan lain yang dimulakan dengan kata kunci How to create. Jadi, untuk pemilihan produk, anda disarankan untuk memilih produk yang ada kaitan dengan soalan-soalan yang kerap ditanya oleh pengguna internet. Ok, anda dah dapat idea nak pilih produk apa? 

 

Salah satu soalan yang banyak ditanyakan di google ialah “How to create an app”. Jika anda mampu untuk memberikan jawapan kepada soalan ini, ada peluang yang baik untuk anda berjaya buat duit di internet.

 

Hari Kedua: Apa Permasalahannya
Pencarian Bermula
Memperkenalkan 3P
Populariti
Pulangan
Potensi
Mentaliti Usahawan Atau Pekerja
TIPS (Theory Into Practise Strategy)
Strategi Teori Kepada Latihan

 

Pembelajaran untuk hari kedua, anda akan membuat analisis yang lebih mendalam tentang sesuatu kata kunci. Dalam hari kedua ini, anda akan pelajari cara-cara untuk menggunakan aplikasi Google Trends. Fungsi aplikasi ini adalah untuk kita kenalpasti dalam satu tempoh masa tertentu, apakah topik yang sedang hangat diperkatakan dan dicari oleh pengguna internet.

 

Apabila kita dah tahu apa topiknya, maka dari situ kita boleh pilih sesuatu produk yang mungkin sesuai untuk dijual yang mempunyai kaitan dengan trend tersebut.

Apabila anda menggunakan aplikasi Google Trend, anda akan dapat lihat apa dia topik-topik yang sedang hangat diperkatakan dan dicari oleh pengguna internet. Ada macam-macam topik, namun anda pilihlah mana-mana satu topik yang anda rasakan

(1) Mempunyai Populariti

(2) Mampu memberi Pulangan yang baik, dan

(3) Ada Potensi untuk buat duit

 

Tiga kriteria inilah yang dicadangkan oleh Edwin dalam buku ini. Jadi, bila saya buka laman web google trends, saya tertarik dengan topik Pokemon Go. Saya rasa topik ini memang popular, berupaya untuk beri pulangan yang sangat baik dan ada potensi untuk buat duit. Apa produknya jika saya nak fokus pada topik pokemon go ini? Saya ada jumpa satu produk, iaitu Pokeball Powerbank.

Kalau anda minat nak tempah satu pokeball powerbank, anda boleh klik kat sini ataupun boleh klik sini jika anda ingin lihat lain-lain merchandise pokemon go.

 

Ok dah. Itu hari yang kedua. Kita beralih pulak pada hari yang ketiga.

 

Hari Ketiga: Di Mana Pintunya
Aktif Menulis BLOG

 

Pada hari ketiga, anda akan mula menulis blog! Kenapa blog? Jawapannya ada dalam buku ini. Jika anda tak nak guna blog, anda juga boleh adjust sedikit strategi anda dengan menggunakan FB Fanpage. Apa pun, saya syorkan anda ikutlah sahaja teknik yang diajarkan oleh Edwin dalam buku ini pada peringkat permulaan ya. Nanti bila dah betul-betul faham, kalau nak tukar startegi, itu ikut la kesesuaian anda.

 

Hari Keempat: Apa Mesejnya
Anda Boleh Menulis?
Tiru Sahajalah!
Timbulkan Minat
Apabila Mencuri Dibenarkan
Rumusan

 

Biasa dengar istilah “Content is King”? Ya, pada hari keempat, tugasan anda adalah untuk memasukkan konten yang relavan dengan topik yang anda pilih. Sebagai contoh, jika saya pilih topik tentang Pokemon Go, maka saya perlu masukkan konten yang relevan dengan topik ini di laman blog yang saya bina.

 

Analisis yang dilakukan menggunakan aplikasi Google Trends menunjukkan topik Pokemon Go mempunyai jumlah carian yang agak besar. Maka kat sini ada peluang untuk saya buat duit, jika saya berjaya menempatkan laman web saya di muka surat pertama enjin carian google. Dalam strategi ini, ada sedikit di sentuh tentang topik Search Engine Optimization atau SEO.

 

Jika anda tak tau macam mana nak menulis, atau memang tak tau bagaimana nak dapatkan artikel, untuk dimuatkan dalam blog yang baru dibina, anda akan pelajari cara-caranya di dalam bab ini.

 

Hari Kelima: Di Mana Orang Ramai
Lekas Layari Laman Google
Dapatkan Perhatian “Berapi”

 

Pada hari kelima, anda akan pelajari cara-cara untuk mendapatkan pengunjung untuk masuk ke laman blog yang telah anda bina. Ada “kerja” yang perlu anda lakukan di peringkat ini. Pengunjung tidak akan datang sendiri jika anda tidak mempromosikan blog yang baru anda siapkan.

 

Pada hari ini, anda akan diperkenalkan dengan beberapa tools untuk membantu anda melakukan kerja-kerja pemasaran, seperti social bookmarkers, web 2.0, web 3.0 dan laman web ping. Apa benda ni? Anda tak biasa dengan istilah-istilah ini? Tak ada masalah sebab ia juga diterangkan dalam buku ini.

 

Hari Keenam: Di Mana Adanya Wang
Trafik: Kuasa untuk mempertingkatkan Pendapatan Anda
Penjana Wang Anda

 

Satu perkara yang saya rasa menarik tentang buku ini ialah, topik tentang buat duit dengan blog. Uniknya, kita hanya akan mula fokus pada aspek penjanaan pendapatan (monetization) hanya pada hari yang keenam. Bukannya pada hari pertama lagi dah sibuk nak buat duit. Ha ha

 

Pada hari keenam, sepatutnya blog kita telah sedia untuk menerima tetamu, telah mempunyai konten yang mantap dan pada waktu itulah kita mulakan strategi untuk buat duit. Kalau ikut dalam buku ini, satu kaedah yang dicadangkan ialah buat duit dengan Google Adsense.

 

Jika anda nak buat banyak duit dengan program pengiklanan, maka anda perlu pastikan blog yang anda bina menerima kunjungan trafik yang banyak juga. Ok saya pernah tulis pasal topik tarik trafik sebelum ini. Boleh baca post saya sebelum ini berjudul

Klik untuk baca: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog

 

Hari Ketujuh: Rancangan Seterusnya
Beberapa Keputusan Yang Menakjubkan
Apakah Fasa Ke-2
Blog saya

 

Pada hari ketujuh, anda akan belajar cara-cara untuk monitor perkembangan blog anda. Bukan satu topik yang digemari, tetapi penting untuk kita tahu performance blog yang dibina. Dengan ini kita tahu apa yang perlu diperbaiki dan apa yang perlu diulang.

 

Hari Kelapan: Apa Lagi
Ini Bahagian Ke-2: Mempromosikan Blog Khusus

 

Istilah yang digunakan adalah blog khusus. Saya berpendapat, blog khusus ini merujuk kepada niche blog. Latihan yang bakal anda lakukan pada hari pertama hingga hari ketujuh adalah untuk bina sebuah laman blog bersifat umum ataupun mungkin personal. Pada laman blog itu, anda masukkan topik-topik yang pelbagai, setelah anda mengambil kira data-data yang terdapat di laman web google trends.

 

Satu kaedah yang digunakan oleh penulis blog yang berpengalaman untuk buat duit dengan blognya ialah dengan menghasilkan blog khusus atau niche blog. Blog seperti ini hanya fokus pada satu topik sahaja dan ianya sangat fokus dan khusus. Jika dilakukan dengan betul, blog khusus (niche blog) ini lebih berpotensi untuk hasilkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding blog yang bersifat umum.

 

Apa pun, saya sendiri berpendapat proses untuk hasilkan blog yang khusus bukannya mudah! Ha ha. Sebab tu saya sendiri lebih cenderung untuk buat blog yang bersifat umum berbanding blog khusus.

 

8 Hari Seterusnya
Melabur Dalam Perniagaan Anda
Pelawat Yang Berharga

 

Perjalanan anda untuk buat duit online menggunakan medium atau platform blog tidak terhenti setakat hari kelapan sahaja. Ini adalah kerana, anda perlu sentiasa ulang step yang anda pelajari untuk topik dan juga projek-projek lain yang mungkin anda ingin mulakan.

 

Jadikan ia sebagai satu rutin, dan saya pasti jika anda konsisten buat kerja-kerja ini, anda juga boleh berjaya hasilkan pendapatan yang lumayan di internet. Pendapatan yang bakal anda perolehi mungkin tidak seberapa pada bulan pertama. Namun berita baiknya ialah, apabila blog-blog anda sudah mula menjana pendapatan, ia akan terus konsisten memberi anda pulangan dan akan terus menjadi sumber pendapatan pasif.

 

Apapun, cuba dulu baru anda dapat lihat dan rasai sendiri pengalamannya. Sebelum anda nak kata yang ianya MUSTAHIL atau TAK MUNGKIN anda boleh lakukan, sekurang-kurangnya anda cubalah dulu mulakan langkah pertama iaitu buat kajian kata kunci, kenalpasti topik yang hangat dibincangkan dan mulakan blog pertama anda.

 

Siapa tahu, lepas ni blog anda akan membantu anda menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya RM200 – RM500 tambahan untuk anda. Saya rasa itu masih lebih baik berbanding anda langsung tak ada pendapatan tambahan, betul tak?

 

Baiklah, terima kasih kerana membaca perkongsian saya tentang buku Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari ini. Semoga apa yang anda baca ini bermanfaat. Jika anda minat nak beli buku ini, boleh klik pada butang beli sekarang dibawah.

 

Selamat membaca dan semoga anda juga berjaya buat duit di internet!

 

Exit mobile version