Blog Sabree Hussin

Garam Aura Rezeki: Pengalaman hari pertama dan hari kedua penggunaan

Garam Mandian Assyifa’ Aura Rezeki. Ya saya dah pun bermula untuk amalkan mandian air garam ni seperti yang disyorkan oleh Puan Rohati Ramlee. Jadi kali ini, In Shaa Allah saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman saya praktikkan mandian air garam ni.

 

Ala baru dua hari amalkan buat mandian pun ha ha mungkin ada banyak lagi “rahsia” dan “keajaiban” garam ni yang saya masih belum tau.

 

Warna dan aroma Garam Mandian Assyifa’ Garam Aura Rezeki

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar kat atas ni. Warnanya sedikit kemerah-merahan, dan jika anda dah baca artikel saya sebelum ni berjudul Garam Aura Rezeki: Rahsia KEAJAIBAN garam mandian Assyifa’ saya ada sebutkan dalam artikel tersebut yang garam ni sebenarnya

“…melalui proses pembersihan, pengeringan, adunan aroma mawar dan kelebihan yang paling mahal adalah dijiwai, menggunakan hukum tarikan (Law of Attraction), yang mana bila kita beri ia kasih sayang, maka kasih sayanglah yang kita akan dapat, dan jika cinta yang kita beri (mahukan) maka cinta yang kita akan dapat, vibration atau getaran terus ke jiwa.”

 

Garam Aura Rezeki ini berbeza dengan lain-lain garam bukit yang ada dipasaran, dan salah satu perbezaan yang ketara ialah garam mandian aura rezeki ini bau wangi seperti bunga ros atau bunga mawar. Walaupun setelah anda larutkan dalam air mandian, bau ros tu masih lagi ada. Memandangkan ni kali pertama saya jumpa garam bukit yang wangi macam ni, saya rasa ia agak unik.

 

Hari pertama amalkan mandian garam aura rezeki

Saya tak meletakkan sebarang expectation yang tinggi. Lagipun ini adalah hari yang pertama, dan mengikut pengasas produk ni, mandian garam ni perlulah diulang secara konsisten selama 21 hari berturut-turut. Jika terlepas sehari, maka perlu ulang semula dari hari yang pertama dan diteruskan hingga cukup 21 hari.

 

Garam bukit ni kasar dan ketul-ketul bentuknya. Jadi, untuk larutkan dalam air mandian memang agak susah dan boleh jadi akan ambil masa yang lama. Kalau orang yang nak pergi kerja, memang tak digalakkan awal pagi tu baru sibuk nak larutkan garam dalam air mandian.

 

Jadi apa yang saya buat, malam sebelum tidur tu, saya jerang air dan saya tuangkan air panas ke dalam sebuah bekas. Kemudian masukkan garam aura rezeki dalam dua sudu, kemudian biarkan. Esok pagi, bila nak mandi, garam dah pun larut dalam air dan air tu tadi campurkan sahaja dalam air mandian. Saya masukkan dalam baldi, isi air setengah baldi kemudian masukkan larutan garam dan kacau air ikut arah jam.

 

Dapat hadiah chopper jenama Kenwood

Boleh tengok penerangan tentang produk ini disini.

 

Macam mana saya boleh dapat hadiah ni? Tak perlulah kot saya ceritakan secara details, tapi pada hari pertama ni memang saya dapat chopper ni sebagai hadiah. Ok la… ni hadiah cabutan bertuah ho ho

 

Hari kedua amalkan mandian Garam Aura Rezeki

Sebenarnya, masa hari pertama tu, saya join family day dekat Sunway. Jadi hari kedua (bersamaan dengan hari ahad) memang penat. Saya tak larat nak keluar ke mana-mana pun.

 

Saya hanya luangkan masa kat rumah sambil-sambil buat research dan bacaan lanjut untuk beberapa job artikel advertorial yang saya terima. Alhamdulilah, tempahan masuk walaupun saya tak berapa promosikan sangat.

 

Garam bukit untuk rawatan penyakit resdung 

Tak sangka, sambil saya tengah cari maklumat tu, terjumpa pulak satu laman blog, katanya sepanjang dia amalkan Istinsyaq, iaitu sedut air masuk dalam hidung, kemudian keluarkan semula, penyakit resdung dia jadi lebih lega. Alahan terhadap habuk pun dah makin kurang sekarang.

 

Memandangkan saya pun ada penyakit resdung, saya pun try.

 

Air garam ini dipercayai sangat berkesan untuk membunuh kuman-kuman yang terdapat dalam hidung, yang menyebabkan resdung. Secara peribadi, saya sendiri dapat rasakan perubahannya. Nampaknya saya dah mula imun sikit dengan habuk-habuk disekeliling saya. Kalau tak sebelum ni, pantang jumpa habuk, terus mata jadi merah dan hidung tersumbat terus. Rasa nak demam pun ada.

 

Baru dua hari amalkan mandian garam aura rezeki. Maknanya masih ada 19 hari lagi. Doakan saya dapat istiqomah amalkan mandian garam ni ya.

 

“Anda nak tempah sebotol garam aura rezeki ni dari saya?”

Boleh ke halaman ini untuk buat tempahan ya.

 

Exit mobile version