Buat duit dengan affiliate marketing ni sebenarnya susah ke senang?
Saya rasa tak susah dan tak juga terlalu senang. Selagi mana kita tahu dan faham apa yang perlu dilakukan, kemudian kita buat tindakan seperti mana yang kita rancang, In Shaa Allah sales akan terhasil dan selepas itu akan ada banyak komisen-komisen affiliate yang bakal kita perolehi.
Dalam artikel ni saya tak akan cerita pasal teknik.
Saya juga tak bercadang nak bincangkan mengenai strategi.
Sebabnya, saya cuma nak kongsikan perkara-perkara yang basic sahaja mengenai affiliate marketing. Anggaplah post ini mengenai asas pemasaran affiliate yang anda perlu tahu.
Tahun ni mungkin tahun ke enam atau tujuh saya buat duit dengan affiliate marketing. Mula dengan suka-suka, kini lebih serius. Kalau anda nak buat dengan serius, saya yakin, anda juga boleh hasilkan pendapatan yang berkali ganda lebih banyak berbanding apa yang saya pernah hasilkan.
Saya dah banyak kali, jumpa individu yang sebelum ini tak pernah ceburi bidang pemasaran affiliate, tetapi setelah percubaan kali pertama terus berjaya buat duit sampai ratusan ribu ringgit.
Salah satunya adalah penulis ebook Rahsia Jana RM121,175.00 tanpa produk sendiri yang anda boleh download secara percuma sahaja disini.
Macam yang saya dah nyatakan sebentar tadi, pemasaran affiliate ni sebenarnya sangat mudah. Saya pun tak faham, kenapa ada setengah orang suka nak jadikan proses untuk buat duit dengan affiliate ni sebagai sesuatu yang rumit.
Anda hanya perlu bawa masuk trafik ke laman jualan
Basically, sebagai agen affiliate, itu je tugas kita.
Kita cuma perlu bawa masuk trafik ke laman jualan. Berapa banyak trafik yang diperlukan untuk hasilkan pendapatan sebanyak RM800 – RM,1200 setiap bulan?
Sebaik-baiknya, bila kita nak buat duit dengan kerja-kerja pemasaran affiliate, kita perlu jelas, berapakan pendapatan yang kita mahu sasarkan pada bulan tersebut. Katakanlah, anda mensasarkan untuk dapat income RM800 minimum pada bulan tersebut, maka dari situ anda dah boleh mula merancang action plan, apakah yang perlu dilakukan bagi memperolehi jumlah tersebut.
Saya akan terangkan secara ringkas sahaja, beberapa langkah yang anda perlu lakukan bagi melihat hasil yang positif melalui kerja-kerja pemasaran affiliate ini. Ini adalah langkah yang saya sendiri lakukan, dan Alhamdulillah memang berhasil.
Selepas anda baca perkongsian disini, saya harap anda juga akan dapat praktikkan dan kalau selepas anda praktikkan, anda masih tak berjaya dapat sebarang hasil, sila hubungi saya semula disini untuk saya review apa sebenarnya kekurangan dan kesilapan yang anda telah lakukan.
Langkah Pertama – Pilih Niche
Dalam bab pemasaran dan buat duit online, anda akan dengar secara berulang-ulang kali, perkataan niche. Saya rasa mesti ada yang dah mula rasa bosan dengan istilah niche tu.
Atau ada yang sampai sekarang masih tak faham-faham, apa benda sebenarnya istilah niche tu?
Baiklah, kalau kita rujuk kepada laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan niche itu boleh didefinisikan sebagai bidang, jurusan.
Istilah niche ini juga seringkali merujuk kepada topik, kategori, atau subjek yang kita mahu pilih kalau dalam konteks pemasaran online.
Ok selesai. Tak perlu nak pening-pening sangat dengan istilah. Kita bukannya nak jadi pakar bahasa. Matlamat asal kita adalah untuk jana pendapatan melalui pemasaran affiliate. Jadi cukuplah kita tahu maksud bagi istilah niche itu adalah bidang, jurusan, topik, kategori atau subjek.
Semasa nak memilih niche, lazimnya kita akan pilih niche yang
- Kita betul-betul minat
- Kita ada kepakaran
- Kita selesa nak berada dalam niche tersebut
- Kita sanggup untuk cari ilmu yang lebih mendalam apabila berada dalam niche tersebut
Antara contoh niche yang boleh kita pilih adalah seperti
- Niche kewangan
- Niche percutian dan pelancongan
- Niche hobi
- Niche buku
- Niche motivasi
- Niche keagamaan
- Niche keibubapaan (parenting)
- …. dan banyak lagi
Sesetengah niche ia sangat luas dan ada terlalu banyak perkara yang boleh kita tulis berkenaan dengan niche tersebut. Misalnya dalam niche kewangan. Ada macam-macam sub-topik dalam niche ini, antaranya kewangan islam, pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan unit trust, pelaburan emas, insurans dan macam-macam lagi.
Ada topik yang semakin hari makin berkembang, kerana manusia sentiasa mencipta sesuatu yang baru, yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Dulu kita tak ada konsep e-wallet, tapi sekarang dah ada.
Baik cukup sampai sini, jadi untuk langkah pertama anda pilih dulu niche.
Langkah Kedua – Daftar program affiliate yang berkaitan dengan niche pilihan anda
Diluar sana terdapat banyak program affiliate. Kebanyakkannya adalah percuma untuk disertai dan anda boleh sertai seberapa banyak yang anda mahu.
Jika anda ingin jana pendapatan yang lumayan menerusi program affiliate, formulanya bukanlah join seberapa banyak yang boleh, tetapi join seberapa banyak yang relevan dengan niche pilihan anda.
Andai kata anda pilih niche tentang percutian, maka program affiliate yang sesuai untuk anda promosikan adalah program affiliate yang mempromosikan produk-produk seperti pakej pelancongan, tempat penginapan, hotel, restoran dan sebagainya.
Laman web Involve Asia adalah salah satu platform affiliate yang patut anda cuba jika minat nak buat duit dalam bidang pelancongan.
Anda boleh daftar secara percuma sahaja melalui laman web ini.
Langkah Ketiga – Bina laman web dan bangunkan sehingga menjadi laman web yang mempunyai authoriti
Kita dah pilih niche dan kita juga dah daftar program affiliate.
Kali ini kita akan masuk kepada bab pemasaran. Terdapat banyak kaedah pemasaran yang anda boleh praktikkan. Ada kaedah yang percuma, dan ada kaedah yang berbayar.
Ada kaedah yang sifatnya long term, dan ada juga yang short term.
Sesetengah orang suka guna FB sahaja untuk buat pemasaran. Apa yang dia lakukan adalah setup fanpage dan join group iklan percuma. Seterusnya dia akan masukkan konten yang relevan pada fanpage tersebut dan setiap hari dia akan copy paste iklan produk affiliate di group percuma.
Pada saya, teknik ini adalah teknik short term ke medium term.
Kalau guna kaedah copy paste iklan di group FB, satu hari nanti link affiliate anda akan kena blacklist oleh FB dan selepas itu link tersebut sudah tak boleh di copy paste terus ke FB. FB akan detect link tersebut sebagai spam, dan anda perlu ubah cara lain.
Begitu juga dengan fanpage. Selagi mana anda rajin update fanpage anda, selagi itu anda akan dapat trafik. Tapi kalau selepas satu tempoh masa, anda sudah tak update fanpage anda, terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku kepada fanpage anda.
Pertama, fanpage anda akan kena unpublished. Kedua, jumlah capaian atau reach akan jatuh dengan teruk. Kalau anda suka nak pelajari topik pemasaran menggunakan fanpage dengan lebih mendalam, saya syorkan anda download panduan ini.
Oleh sebab saya lebih suka gunakan kaedah pemasaran yang saya boleh pakai sampai bila-bila, maka saya pilih untuk bina laman web berkonsepkan blog dan jadikan web tersebut web yang ada authoriti.
Apa maksud web yang ada authoriti? Dalam bahasa mudahnya, web authoriti adalah website yang dilihat sebagai pakar dalam satu-satu bidang dan sering dijadikan tempat rujukan oleh para pelayar internet.
Macam biasa, untuk bina laman web, anda perlukan nama domain dan hosting.
Anda boleh dapatkan pakej domain dan hosting dari serendah RM60 setahun melalui NetKL.
Selepas itu, anda bolehlah pasang perisian wordpress. Boleh ikuti tutorial ini jika anda tak pandai pasang sistem wordpress pada hosting anda.
Ya, anda boleh pilih untuk bina laman blog menggunakan servis percuma dari blogspot dan juga wordpress.com namun dalam perbincangan ini, matlamat kita adalah membina laman web yang mempunyai authoriti.
Kalau nak dilihat pakar, gunalah nama domain sendiri. Tapi kalau masih menumpang servis percuma, nampak kurang baik dari segi imej.
Saya andaikan yang anda sudah mempunyai laman blog sendiri. Langkah seterusnya adalah anda masukkan konten yang relevan dan bermanfaat yang berkaitan dengan niche anda. Dalam artikel yang anda tulis, pastikan anda masukkan link affiliate anda.
Salah satu niche yang saya pilih adalah tentang kehidupan sebagai freelancer yang bekerja sendiri dari rumah. Kalau anda lihat arkib blog ini, anda pasti dapat lihat saya banyak bercerita tentang tips kerja dari rumah.
Dalam setiap artikel, saya akan masukkan sekali link affiliate saya tentang program latihan untuk bekerja dari rumah oleh Jobdirumah.
Kadang-kadang saya tak perlu nak suruh pembaca untuk beli produk ini. Cukup sekadar saya siarkan banner, ataupun masukkan link affiliate saya seperti ini, itupun dah cukup untuk memberikan sales kepada saya.
Langkah Keempat – Bawa masuk trafik ke halaman jualan
Inilah dia tugas kita yang sebenar sebagai ejen affiliate. Kita hanya perlu bawa masuk trafik ke halaman jualan. Itu sahaja.
Tapi soalannya, macam mana nak bawa masuk trafik?
Ada banyak cara. Ada teknik yang agak straight forward, dan ada juga teknik yang agak complicated. Semuanya terpulang kepada anda, lebih selesa nak gunakan kaedah yang bagaimana.
Sekadar untuk berikan anda sedikit idea untuk tarik trafik, inilah dia perkara-perkara yang anda boleh lakukan.
(1) Update status di media sosial dan selitkan link affiliate anda.
(2) Copy paste iklan yang mengandungi link affiliate di group iklan.
(3) Bina fanpage untuk tujuan bisnes dan selalu update status yang mengandungi link affiliate anda.
(4) Gunakan sistem autoresponder dan mula kumpul senarai emel. Kemudian selalu hantar emel untuk buat promosi produk.
(5) Tulis artikel dalam blog dan masukkan link affiliate di mana-mana bahagian yang sesuai.
Daripada 5 cadangan yang saya berikan, saya fokus kepada teknik yang kelima iaitu tulis artikel dalam blog dan masukkan link affiliate. Pengguna internet akan masuk ke blog saya, baca artikel yang saya tulis dan akan ada antara mereka yang klik pada link affiliate saya.
Jika mereka ini buat pembelian, maka saya akan dapat bayaran komisen.
Langkah Kelima – Rujuk statistik dan perbaiki mana-mana yang kurang
Kebanyakkan program affiliate ada menyediakan sistem statistik. Peranan kita adalah untuk merujuk statistik dan cuba perbaiki mana-mana usaha pemasaran kita yang kurang baik.
Dalam sistem statistik tu, kita boleh tahu berapa banyak klik yang kita perolehi pada link affiliate kita, berapa banyak trafik yang datang berulang serta berapa banyak sales yang kita berjaya hasilkan.
Satu lagi perkara yang anda perlu perhatikan adalah berkenaan dengan conversion rate. Dalam program affiliate, ada produk yang dikategorikan sebagai conversion rate 2%.
Apakah maksudnya? Jawapannya ialah, daripada 100 orang yang kita bawa masuk ke web jualan, ada 2 orang yang akan jadi pembeli. Itu maksud conversion rate 2%.
So, kalau nak dapatkan lagi banyak jualan, apa yang kita kena buat? Mudah sahaja. Kita kenalah dapatkan lagi banyak trafik.
Apa yang mempengaruhi sama ada trafik yang anda bawa masuk akan convert kepada sales ialah dari mana sumber trafik tu anda perolehi?
Trafik yang sedang kita bincangkan ni juga sebenarnya mewakili manusia sebenar. Mereka ada minat dan kecenderungan terhadap perkara tertentu. Untuk hasilkan pendapatan yang lumayan, penting untuk kita pastikan bahawa trafik yang kita bawa masuk ke sesuatu laman jualan adalah terdiri daripada mereka yang ada minat yang sama dengan apa yang dijual.
Langkah Keenam – Tunggu komisen disahkan dan dibayar ke akaun bank kita
Apabila kita dah buat semua perkara, seterusnya kita tunggu sahaja jualan terhasil dengan sendirinya. Proses untuk membuat jualan kita serahkan kepada laman jualan.
Lazimnya pemilik laman jualan akan mengupah seorang copywriter yang memang pakar dalam bab-bab menghasilkan penulisan untuk menjual. Jadi bab membuat jualan, kita boleh automasikan kepada surat jualan yang terdapat pada laman jualan tersebut.
Kalau semua tempahan tidak ada masalah, pembeli puas hati dengan produk selalunya komisen kita juga akan disahkan lalu dibayar ke akaun bank milik kita.
Itu sahaja perkara asas tentang penjanaan pendapatan melalui program affiliate marketing. Mudah sahaja, kan?
Jadi, boleh saya tahu adakah anda sudah mula buat duit dengan affiliate? Kalau masih belum, apakah yang menghalang anda untuk berbuat demikian?
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Jika anda masih ada sebarang soalan tentang buat duit dengan affiliate marketing, boleh tanyakan dibahagian komen ya.