Blog Sabree Hussin

Prestasi AgenAffiliate.com Sehingga 01 April 2014

Seingat saya, ini merupakan kali pertama saya terima emel sebegini setakat beberapa bulan menjadi agen pemasaran untuk laman web agenaffiliate.com

Produk yang di promosikan pulak ialah pakej latihan bekerja dari rumah. [klik sini]

Seperti yang saya dah jangkakan, pencapaian saya kurang memberangsangkan dalam program affiliate ni.

Hmm nampaknya memang agak sukar nak jadi bagus dalam semua bidang, kan? Komisyen yang saya dapat dari program ni juga dah tak konsisten. Mungkin sebab ada banyak artikel-artikel promosi sebelum ini yang dah hilang lenyap.

Jadi secara tak langsung, ia menjejaskan earning yang patutnya boleh dapat.

Well. Untuk bulan March 2014, langsung tak ada sales terhasil daripada link affiliate saya.

Saya masih ingat lagi, sepanjang 2013 yang lepas, jobdirumah seolah-olah jadi satu fenomena. Program affiliate dalam niche kerjaya, bekerja dari rumah pulak tu. Ditambah pulak dengan potensi dapat bayaran dalam matawang USD.

Memang ramai yang nak!

Hinggalah akhirnya ia menyebabkan tercetusnya persaingan yang sengit.

Blogger pun ramai sangat yang promote program ni. Masing-masing menunjukkan skil dan kepakaran tersendiri bermain permainan SEO.

Memang kacang la 🙂

Artikel siapa yang tak cukup power, dan kurang perencahnya, mintak maaf banyak. Pasti kena tendang ke page belakang google.

Tapi memang ini lah hakikatnya.

Mana ada wujud perniagaan tanpa persaingan. Kat mana-mana mesti ada persaingan. Sama ada anda jadi lebih baik dari pesaing anda atau anda perlu belajar macam mana nak jadi seseorang yang redha jika kalah dalam perlumbaan merebut sales.

 

Ps: Beri alasan atau sebab tak akan mengubah hakikat bahawa sales saya amat rendah 🙂 Beri usaha dan tambahkan ikhtiar, In Shaa Allah ada peluang untuk raih lebih banyak komisyen di masa akan datang.

Aamin.

 

 

Exit mobile version