Blog Sabree Hussin

Review Prestasi Pendapatan Online Blog Sabree Hussin

Rupa-rupanya sepanjang masa saya tak bukak blog, tak semak akaun Nuffnang, tak semak earning kat akaun 8share, ada macam-macam yang dah berubah rupanya.

… dan salah satu perubahan yang amat saya nanti-nantikan ialah perubahan dari segi earning! Yes, earning dari Nuffnang dah bertambah.

Saya ingat nak cash out, tapi tak jadi… terpaksa saya postpon dulu memandangkan sekarang ni ada satu kempen CPUV yang tengah berjalan dalam blog ni. Hmm… nampaknya sekali lagi saya membiarkan blog ni abandon untuk satu tempoh masa yang agak lama.

Bukan apa, saya perlu segera siapkan projek ebook Jurnal Pemasaran Affiliate!

Ebook seumpama dengan ini memang dah lama saya nak tulis. Malahan, kalau diikutkan memang saya dah pernah tulis situ sikit sini sikit merata-rata, sama ada dalam blog ni, dekat fanpage, atau mungkin dekat wall FB Profile.

Senang cerita, untuk satu versi yang dikompilasikan dan tersusun memang saya tak pernah buat lagi. Jadi, apa tunggu lagi? Ini lah masanya.

At least, satu masa nanti, just in case ada beberapa strategi pemasaran affiliate yang saya terlupa, pada bila-bila masa, saya boleh rujuk semula. Lagipun, ini kan catatan saya sendiri, kan lagi senang nak faham kalau nak bandingkan dengan baca apa yang orang lain tulis.

Oh ini untuk kes saya sahaja.

Tapi kan… ebook tentang pemasaran affiliate kan dah ada terlalu banyak kat pasaran. Kenapa nak tulis pasal affiliate lagi?

Betul jugak.

Satu hari saya pergi kedai buku Sinar di Tesco, Setia Alam. Dekat satu rak tu, saya nampak ada banyak naskhah Al-quran. Ada macam-macam jenis, macam-macam design, dan ia dikeluarkan oleh syarikat penerbitan yang berbeza-beza, kan dah banyak naskhah Quran kat pasaran, kenapa tetap ada je company nak terbitkan naskhah yang sama?

Lalu bila kita perhalusi, kita akan nampak, setiap penerbit menawarkan pendekatan yang berbeza antara satu sama lain.

Sama macam ebook ni jugak.

Walaupun ia tentang affiliate marketing, dan anda mungkin dah faham betul tentang affiliate marketing, namun saya yakin ada sebahagian daripada kandungan dalam ebook ini yang anda tak pernah baca.

Pasti ada satu atau dua teknik ataupun strategi yang anda tak pernah cuba.

Betul ke tak… Wallahua’lam.

Saya manalah tahu.

Cerita tentang Nuffnang pulak, rupa-rupanya ada kempen dari Ikea – June Sale Campaign.

Tapi ni dah Julai?! Alamak… nampak gaya mungkin tak akan lama la kot kempen tu lekat dalam blog ni.

Kadang-kadang tertanya-tanya jugak, kalau nak depend pada Nuffnang ni je, mustahil ke tidak ya nak dapatkan income RM20,000 dalam masa 5 bulan dengan Nuffnang?

Adakah saya kena jadi sangat proaktif dan tak henti-henti menyiarkan blogpost yang baru dalam blog ni.

Atau mungkin saya patut mula membodek Nuffnang supaya diberikan sponsored post yang lazimnya saya langsung tak berkenan pun nak tulis kat dalam blog ni.

Sebabnya, tak kena dengan niche blog ni, dan selalunya saya tak ada idea nak tulis artikel yang macam mana. Lagi-lagi kalau offer yang dapat tu untuk tulis artikel tentang masakan, makanan, produk kecantikan dan sebagainya.

Apa pun hidup mesti diteruskan.

Saya akan menulis macam biasa. Apa yang saya rasa saya nak tulis, saya akan tulis. Tak kisahlah sama ada akan ada yang baca atau artikel tu nanti akan terbiar sepi.

Hak kita sebagai makhluk ialah berusaha sebaik daya, hasilnya… kita serahkan bulat-bulat pada Allah.

Kali terakhir saya buat sales kat Ashadee bulan March yang lepas. Lama betul…

Memang betul la, saya memang kena usaha lebih keras lagi.

Nampak sangat sekarang ni saya dah mula slow main line Ashadee lepas dah jumpa strategi affiliate yang lebih best dan pantas dapat sales.

Sebahagiannya adalah seperti kat bawah ni

Kalau nak tahu apa strategi yang saya maksudkan, ha dipersilakan baca ebook saya, Jurnal Pemasaran Affiliates tu.

Minat kan?

Kan dah kata, mesti ada satu atau dua strategi yang anda tak pernah dengar punya lah.

Sekian dulu review mengenai prestasi pendapatan online yang berjaya dicapai oleh blog ni. Kita jumpa lagi dalam artikel seterusnya ya.

 

 

 

Exit mobile version