Blog Sabree Hussin

Jom Bongkar Klu & Rahsia Buat Duit Online

Dalam blog ini, saya dah tinggalkan banyak klu-klu dan tips-tips untuk para pembaca dan pelawat blog ini berjaya buat duit secara online. Ada perkara yang dilakukan itu, langsung tak memerlukan modal, ada juga yang perlukan modal.

Klu-klu tersebut berada dalam post-post yang berbeza dan tersebar merata-rata.

Kalau anda memang jenis yang baca semua artikel yang saya catatkan dalam blog ni satu per satu dan setiap satu. Tahniah saya ucapkan.

Saya pasti anda dah berjaya merungkai rahsia saya buat duit secara online.

Terima kasih saya ucapkan, kerana anda menyokong karya-karya yang saya terbitkan dalam blog ini.

Walaubagaimanapun, saya faham… tak semua orang ada masa nak baca semua sekali yang saya dah tulis dalam blog ini.

Ada setengah pelawat, mereka cuma baca beberapa artikel sahaja, itupun baca skip skip, lepas tu… selamat jalan. Dah tak kembali lagi ke blog ini. Maka rugi lah orang macam ni. Kerugian itu juga turut saya rasakan…

Sebabnya saya tak dapat nak sampaikan dan sebarkan ilmu yang bermanfaat ini untuk tujuan amal jariah.

Lalu bila saya fikir-fikirkan semula, macam mana cara terbaik untuk saya sebarkan ilmu yang saya ada ni…

Maka muncul satu idea dengan tak disangka-sangka! Syukur Ya Allah.

Rupa-rupanya bila saya bagi percuma macam sekarang ni, orang terlepas pandang. Maka, langkah seterusnya yang saya kira lebih baik berbanding serahkan secara percuma ialah… kenakan bayaran.

Maka lahirlah ebook-ebook seperti berikut

Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

Rahsia RM3,408 Sebulan Dengan Tune Talk Tone Excel

100 Rahsia Psikologi Pelanggan

Seni Jualan Psiko Pelanggan

Sebenarnya banyak lagi yang bakal menyusul.

In Shaa Allah.

Draf tu dah ada. Tinggal nak materialize kan ia jadi bentuk ebook dan disusun dengan baik bagi memudahkan pembacaan.

Apa yang saya perasan, walaupun sesuatu ilmu yang saya ada itu kelihatan remeh, rupa-rupanya masih ramai lagi yang tak tau apa yang saya tahu.

Contohnya tips buat duit dengan pemasaran affiliate…

Bagi sesetengah orang, buat promosi menggunakan medium blog itu mudah. Benda basic, tetapi… sebenarnya ada ramai lagi yang bila dikatakan blog boleh digunakan sebagai medium untuk promosi affiliate, mereka jadi blur.

Mereka tak dapat nak bayangkan, macam mana blog boleh jadi satu medium pemasaran yang baik?

Apa kaitan antara blog dengan pemasaran affiliate?

Apa teknik promosi yang sebenarnya untuk dapat hasilkan komisyen affiliate menerusi blog…

… dan macam-macam lagi.

Ebook tersebut ditulis dan dikhaskan untuk orang yang masih belum tahu.

Kalau apa yang anda lihat, kebanyakkannya anda dah tahu, bermakna ebook tersebut bukan untuk anda.

As simple as that.

Mudah kan? Jika anda cuba untuk baca juga?

Boleh.

Tapi sila janji anda tak akan labelkan info didalamnya sebagai ebook sampah hanya sebab anda memang dah tahu selok belok perkara yang saya tuliskan dalam ebook tersebut.

Wallahua’lam

Exit mobile version