Blog Sabree Hussin

Ada Apa Dengan April?

Alhamdulilah.

Dah masuk ke bulan May 2014 sekarang ni. Macam biasa, awal-awal bulan macam ni, better saya kongsikan beberapa perkembangan sepanjang bulan April yang mungkin sesuai untuk dikongsikan.

Prestasi penulisan artikel untuk bulan April.

Hmm… berjaya hasilkan 55 artikel untuk blog ini. Pencapaian terbaik saya setakat ini ialah 80 artikel dalam masa sebulan. Itu satu masa dulu… sebelum tragedi hitam menimpa blog ni.

Let bygones be bygones.

Kita move on.

Bulan April ni sebenarnya saya kurang produktif. Entah macam mana, tiba-tiba saya terjebak untuk baca novel hasil penulisan Ramlee Awang Murshid. Bermula dengan Rayyan Fantasi, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan seterusnya. Oh saya terpaksa stop kan diri… kalau tak banyak benda tak menjadi nanti.

Memang seronok kerja macam saya ni. Ada banyak masa terluang untuk buat apa sahaja yang saya suka. Cuma kena berpada-pada. Kalau terlebih pun nanti akan jadi bermasalah jugak.

Apa sebenarnya kerja hakiki saya?

Ini soalan yang selalu sangat saya dapat.

Apa taknya… hampir setiap masa saya akan duduk depan laptop, baca buku, dan kembali duduk depan laptop dan menaip.

Tap tap tup tap tap tap

Siap akhirnya satu artikel.

Profesion sebenar saya? Saya seorang jurujual. Setengah orang gelarkan saya dengan istilah salesman.

Namun saya jarang jumpa orang, buat appointment mahupun buat sales presentation, table talk dan sebagainya. Itu bukan kaedah saya.

Method saya ialah, penulisan. Saya menjual menerusi medium penulisan.

Soalan seterusnya yang saya pasti akan dapat ialah apa sebenarnya produk yang saya jual?

Ada macam-macam (dan banyak sebenarnya produk yang saya jual). Sebahagiannya produk saya sendiri, sebahagian lagi produk affiliate, dan sebahagian yang lain ialah produk dropship.

Saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu memilih. Selagi ia berhasil untuk beri saya income, why not? Belasah je la.

Produk-produk yang anda boleh dapatkan dari saya, antaranya panduan dominasi FB Group, Seni Jualan Psiko Pelanggan dan juga 100 Rahsia Psikologi Pelanggan. Ini semua produk digital.

Untuk produk fizikal, saya jual juga minyak wangi kasturi syifa al muafi, madu sunnah, jam tangan rpm speedometer. Ah… banyak lagi lah. Kalau nak sebutkan satu per satu, dah macam pasaraya pula nanti jadinya.

Bulan May ini saya target untuk tambahkan lagi senarai produk untuk dijual. Ibarat memperoleh satu kepuasan yang tak terhingga, setiap kali saya berjaya untuk hasilkan jualan. Akhirnya, usaha selama ini, berpenat lelah menelaah bahan-bahan bacaan dalam konteks sales and marketing dapat beri hasil.

Bisnes offline, saya ada ke?

Ada.

Selain bisnes online, saya ada juga bisnes offline. Saya ada buka kedai runcit yang sekarang ni, dijaga oleh kakak saya.

Namun demikian, saya agak kecewa dengan prestasi jualan yang semakin merosot. Salah satu puncanya ialah modal untuk rolling duit beli barang makin berkurang.

Masalah ni dah berlanjutan selama beberapa bulan. Dari pemerhatian saya, saya syak ada perbuatan khianat dan kecurian berlaku dalam kedai saya.

Sama ada secara halus mahupun secara kasar. Amat tak logik, apabila barang jualan habis, duit hasil jualan pun turut habis.

Servis penulisan artikel SEO

Ada beberapa produk yang saya promosikan menerusi kaedah search engine optimization atau SEO.

Salah satunya ialah produk lelaki, Qlimax Extreme Grip. Pada asalnya, produk ini disenaraikan menerusi platform EdyClick. Tetapi, setelah beberapa ketika, ia dikeluarkan.

Jadi, alang-alang saya dah mula menulis tentang produk ini, maka saya offer kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan servis penulisan artikel dari saya, khusus buat mereka yang jual produk Qlimax Extreme Grip ini.

Dengar-dengarnya daripada artikel yang saya hasilkan, dah berjaya hasilkan beberapa jualan.

Wallahua’lam

Kalau search keyword Qlimax Extreme Grip menerusi laman web google.com, artikel promosi yang saya hasilkan agak terkebelakang. Namun kalau disemak menerusi laman web google.com.my, artikel saya ada yang berjaya masuk ke page pertama google.

Tune Talk Tone Excel

Alang-alang dah buat, teruskan hingga berjaya!

Simple.

Saya join bukan sebab saya nak quit satu masa nanti. Setidak-tidaknya, saya nak buat sampai saya berjaya hasilkan pendapatan pasif saya sendiri.

Lain-lain hal?

Lain kali lah cerita ya 🙂

 

 

 

 

 

 

Exit mobile version