Blog Sabree Hussin

Sales Affiliate “Niche X” RM26 Ribu Kurang 3 Hari

Anda nak buat duit dengan pemasaran affiliate tetapi masih lagi tak tahu nak fokus pada niche apa?

Apa kata anda cuba masuk niche ni.

Dalam kalangan rakan-rakan internet marketer, majoriti memang tak asing lagi dengan niche yang kita gelarkan dengan Niche X ni.

Salah satu sebabnya ialah dari segi potensi pendapatan. Top agent dalam niche ini mampu untuk hasilkan sales sehingga RM20 ribu dalam masa kurang daripada 3 hari.

Screenshot ni saya ambil pada hari ketiga jualan untuk produk dalam niche X ini sedang dijalankan.

Anda nampak mana-mana nama yang anda kenal?

Jualan produk yang dijual dalam niche X ini biasanya hanya dibuka untuk beberapa hari sahaja. Hanya mereka yang benar-benar ada keperluan mendesak sahaja yang selalunya akan membuat pembelian.

Mereka perlu buat keputusan segera, sama ada nak buat pembelian sekarang (iaitu pada kali pertama mereka lihat tawaran) atau mereka berisiko untuk menanggung kerugian apabila jualan ditutup.

Dalam percubaan pertama saya sebelum ini dalam niche X, dapat juga merasa sedikit komisyen.

Yup.

Tak sampai RM100 🙂

Kalau promosi cara orang malas macam saya ni, memang tak akan dapat banyak. Sebabnya, seperti yang anda mungkin dah sedia maklum, sekarang ni program-program affiliate bukan lagi prioriti.

Pada masa yang sama saya juga turut buat marketing untuk produk sim kad Tone Excel.

Untuk cabaran affiliate terbaru bagi produk dalam niche X, saya baru sempat siapkan satu artikel dalam blog ni.

Kalau ditakdirkan ada sangkut sales kat artikel Set soalan latih tubi peperiksaan online Penguasa kastam, kira rezeki. Bolehlah guna duit komisyen tu untuk duit petrol nanti.

Macam orang lain boleh dapat sales sampai puluh-puluh ribu?

Kalau serius nak tau macam mana, tolong jangan tanya saya. Anda download sendiri rakaman seminar affiliate niche X ni.

 

 

 

Exit mobile version