Blog Sabree Hussin

15 contoh perkara bodoh yang dilakukan oleh pengguna Internet

Pernah tak pada satu hari, anda terbaca tentang satu berita yang agak buruk, tapi setelah anda baca berita tersebut anda bukannya rasa kasihan, sebaliknya respon anda adalah “bodohnya orang tu…”

 

Sama ada sedar atau pun tidak, ada ramai diantara kita yang gemar melakukan perkara-perkara bodoh. Ya, kadang-kadang diri saya sendiri tak terkecuali.

Ada perkara bodoh yang kita lakukan, hanya kita seorang sahaja yang tahu. Saya kira itu masih okay lagi. Tapi ada juga segolongan manusia, yang suka semua orang lihat kebodohannya. Tanpa diminta atau dipaksa, dia sendiri akan mempamerkan kebodohannya untuk tatapan semua orang.

 

Mereka ini gemar kongsikan detik-detik kebodohan mereka, sama ada dalam bentuk video, perkongsian gambar, stories dan sebagainya.

 

Dalam perbincangan disini, saya hanya ingin fokuskan kepada perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh sebahagian dari kita diinternet. Saya harap, tiada dalam pembaca yang turut melakukan perkara-perkara ini.

 

(1) Bercerita semua perkara tentang diri

Anda mungkin pernah ada kenalan yang seperti ini. Dia cukup suka update setiap perkara yang dia buat, kemana dia pergi, apa yang dia makan, apa yang dia rasa, dan pendek kata, semua benda dia nak cerita.

 

Wall media sosial miliknya memang cukup meriah. Ada macam-macam yang dia nak update.

 

Kalau kita follow akaun dia, kadang-kadang kita rasa seolah-olah kita tahu semua pasal diri dia. Kita tahu dekat mana dia tinggal, kita tahu semua pasal keluarga dia. Serba-serbi pasal diri dia, kita tahu. Seolah-olah kita macam dah lama kenal.

 

Mungkin pada dia, apa yang dia buat ini tak bahaya. Tapi, kalaulah ditakdirkan ada seseorang yang berniat tak baik, pada diri dia, pada keluarga dia, atau pada harta benda dia, dengan mudah inidividu ini boleh membuat perancangan, sebabnya semua maklumat yang diperlukan sudah ada dalam tangan.

 

(2) Klik pada link yang ada virus

Saya percaya dah berulang kali kita diingatkan, kalau dapat apa-apa link sama ada menerusi email, whatsapp atau dari media sosial, dan kita tak pasti dari mana asal usul link tersebut, jangan klik!

 

Kebiasaannya link tersebut mengandungi virus, atau akan membawa anda ke sebuah laman web, apps atau apa-apa sistem yang akan menyebabkan peranti yang anda gunakan diserang virus. Jika di media sosial, link seperti ini berpotensi menyebabkan akaun anda di godam dan macam-macam lagi.

 

Kadang-kadang disebabkan seseorang itu pernah terklik pada satu link yang mengandungi virus, secara automatik, akaun sosial media mereka mula menerbitkan posting yang bukan dari pemiliknya. Seolah-olah ada orang lain yang sedang mengawal akaun sosial media tersebut.

 

Jadi, tolonglah…

Tolong jangan klik pada apa-apa link yang anda sendiri tak tau siapa penghantarnya. Ia mungkin adalah link yang mengandungi virus.

 

(3) Muat turun software percuma dari sumber yang diragui

Software ini fungsinya adalah untuk memudahkan kita. Dekat luar sana, ada banyak software yang boleh kita download secara percuma. Namun, janganlah disebabkan software tersebut percuma, kita pun terus download dan install di laptop, pc atau apa-apa peranti yang kita gunakan.

 

Tindakan ini juga sangat bahaya, dan… agak bodoh.

 

Software percuma yang kita tak tahu dari mana asal-usulnya juga boleh diragui dari segi keselamatan. Ia juga mungkin mengandungi virus yang akan merosakkan peranti yang kita gunakan.

 

(4) Ajak semua orang dalam senarai kenalan untuk main game

Saya percaya, kita semua mesti ada kawan, atau pernah ada kawan di sosial media yang cukup suka invite kita untuk main game yang sama yang dia main.

 

Kadang-kadang dia ni macam tak faham bahasa, bila kita tak layan tu, maknanya kita tak berminat nak main game. Maklumlah, kita pun sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan kerja, keluarga, dan macam-macam lagi. Tiba-tiba dia ajak kita main game pula.

Dalam sehari tu, kadang-kadang sampai 10 kali hantar invitation untuk main 10 games yang berbeza, dan perkara ini berulang tiap-tiap hari.

Baca juga: Buat duit sambil main game

 

(5) Add kawan-kawan dalam friend list ke group iklan

Walaupun perkara ini dah agak kurang berlaku, berbanding satu masa dulu, tapi saya kira ini juga merupakan satu lagi perkara bodoh yang dilakukan oleh pengguna akaun media sosial, terutamanya pengguna akaun Facebook.

 

Biasanya orang yang suka add kawan-kawan masuk dalam group ini sebab dia berniaga di facebook. Kita bukan nak salahkan dia berniaga, cuma kalau boleh tu, nak niaga tak payah la menyusahkan orang lain sampai nak add masuk dalam group iklan.

 

Tak pasal-pasal timeline kita penuh dengan posting iklan sahaja.

 

(6) Sesuka hati tag kawan-kawan untuk perkara yang tak penting

Perkara tersebut mungkin penting bagi diri anda, namun tak bermakna ia juga penting bagi orang lain. Satu ketika dulu, saya perhatikan ada banyak juga kontes yang dianjurkan di facebook.

 

Syarat penyertaan kontes tersebut adalah, setiap peserta yang minat nak sertai mestilah tag 3 orang rakan, barulah layak menyertai kontes tersebut. Apa yang menjadi masalah ialah, tiga orang kawan yang kita tag itu tadi, mungkin tak tahu menahu pun tentang kontes ini, dan mereka mungkin langsung tak berminat.

 

Perbuatan anda tag rakan anda itu hanyalah satu bentuk gangguan dan selepas ini kawan anda itu tadi akan diganggu oleh komen notifikasi dari orang lain pula.

 

(7) Dedahkan maklumat peribadi diplatform sosial media

Maklumat peribadi yang saya maksudkan disini adalah seperti

i. Alamat email

ii. Alamat rumah

iii. Nombor plate kereta

iv. Nombor telefon

v. Maklumat saudara mara

 

Dekat akaun sosial media tu memang ada bahagian yang meminta kita isi maklumat-maklumat ini. Namun tak bermaksud kita perlu isi. Langkah lebih selamat ialah abaikan sahaja. Tak perlu nak dedahkan kepada umum maklumat tersebut.

 

Biarkan maklumat peribadi kekal sebagai rahsia peribadi anda.

 

(8) Approve friend request dari semua orang

Sesetengah orang memang ada satu tabiat yang mana dia ni suka untuk approve friend request dari semua orang. Mungkin dia rasa bangga, bila dia ada ramai kawan di social media, atau dia rasa dirinya popular sebab ada ramai orang yang ingin berkenalan dengan dirinya.

 

Saya berpendapat tindakan ini agak bahaya. Kalau saya secara peribadi, lebih selesa untuk add ataupun approve friend request dari individu yang saya betul-betul kenal sahaja.

 

Anda mungkin tak tahu, dari ramai-ramai yang add anda, mungkin ada antaranya adalah fake account yang sengaja add anda untuk ikuti pergerakkan anda.

 

(9) Bergosip tentang semua perkara

Perbuatan suka bergosip ini juga merupakan satu perkara yang kurang cerdik, yang dilakukan oleh sesetengah orang. Dia bergosip mengenai macam-macam perkara, dan kadang-kadang bercakap tentang tempat kerja, majikan, produk tertentu, penjual, saudara mara, dan apa sahaja.

 

Gosip ini pula tak semestinya betul. Saya pernah kenal bekas rakan sekerja yang suka bergosip mengenai syarikat di wall media sosial miliknya. Akhirnya pada satu hari, ada orang telah screeenshot posting dia, dan perkara tersebut dipanjangkan ke bahagian Human Resource.

 

Saya dapat tahu, rakan sekerja saya tu dikenakan tindakan tatatertib.

 

(10) Share berita yang belum tentu kebenarannya

Jangan terlalu cepat share dan sebarkan berita atau apa-apa maklumat yang kita baru dengar. Kemungkinannya, maklumat tersebut mungkin salah dari segi fakta atau memang berita palsu.

 

Sebab itu ada ungkapan, “tak pasti, jangan kongsi…”

 

(11) Percaya pada semua benda yang dikongsikan oleh pengguna internet yang lain

Bukan semua perkara yang kita baca diinternet adalah betul dan boleh dipercayai.

 

Sebagai pengguna internet, kita perlu ada kemahiran untuk mengenalpasti, sama ada sesuatu berita atau info yang disiarkan di internet adalah benar, atau sekadar satu penipuan.

 

Lazimnya, individu yang mudah percaya, kerap menjadi mangsa skim penipuan terancang.

Ada banyak laman web yang menjanjikan pulangan lumayan dan kekayaan jika kita menyertai program yang mereka anjurkan ataupun membeli produk software yang mereka jual. Kata mereka, mereka ada software buat duit yang memang betul-betul berkesan.

 

Sebagai pengguna software ciptaan mereka, kita hanya perlu install software tersebut dan biarkan software itu berjalan dengan sendirinya. Duit akan masuk secara automatik tanpa kita perlu bersusah-payah.

 

Bagaimana cara nak dapatkan software terhebat ciptaan mereka ini? Jawapannya kena beli dululah.

 

Harga software itu pula boleh mencecah sehingga RM199, RM299 dan lebih lagi. Actually, software tersebut langsung tak berguna, dan perbuatan anda membeli software tersebut sebenarnya hanyalah menjadikan si penjual itu lebih kaya.

 

Kalaulah anda ambil sedikit masa untuk membuat kajian, bertanya pendapat orang lain, pasti anda tak akan tertipu dengan tawaran sedemikian.

 

(12) Bergaduh dengan orang lain yang kita tak kenal

Perkara ini memang selalu saya nampak bila baca posting berkaitan dengan politik. Setiap orang sudah tentu ada pandangan dan pendapat tersendiri, parti politik yang mana satu yang paling bagus untuk mentadbir kerajaan Malaysia.

 

Kalau kita mempunyai pandangan politik yang berbeza, sudah tentu kita akan menyokong dan memenangkan parti yang kita suka. Cuma kadang-kadang tu, kita boleh perhatikan, penyokong parti politik ini agak lebih-lebih. Sangguplah bergaduh dalam komen, hingga mencarut-carut, memaki hamun macam orang tak ada akhlak.

 

Walhal dia bukan kenal pun, dengan siapa dia sedang berbalas-balas komen. Sesetengah orang, dia ada rasa seperti bertanggungjawab untuk memperbetulkan pandangan orang lain yang dilihat salah, atau tak selari dengan pandangan dia. Lalu dia pun cuba memperbetulkan pandangan orang tersebut, dengan diberikan fakta, cerita, berita dan sebagainya.

 

Tapi sebenarnya, anda tak kenal dengan siapa anda sedang berdebat. Boleh jadi anda sebenarnya sedang berdebat dengan fake account yang dicipta semata-mata untuk menyebarkan propaganda dan fahaman politik yang salah. Fake account ni cukup suka kalau ada orang yang suka nak berdebat dengan dia. Salah satu sebabnya ialah dia dibayar untuk berbuat demikian.

 

Saranan saya, kalau jumpa fake account, tak payah layan. Kalau nak layan juga, tekan butang report dan pilih fake account. Lepas tu block. Percayalah, hidup anda akan lebih aman dan anda tak perlu pening-pening kepala nak berdebat dan berbalah dengan orang yang anda langsung tak kenal pun sebenarnya.

 

Its not worth it.

 

(13) Sanggup buat apa sahaja untuk jadi popular

Ada individu yang terlalu mengejar populariti. Dia ingin jadi terkenal, suka apabila posting yang dia hasilkan berjaya dapat likes, share dan views yang tinggi.

 

Adakah perkara ini salah?

 

Pada saya, ianya tak salah. Saya sendiri akan rasa seronok kalau posting yang saya hasilkan mendapat share, likes dan views yang banyak. Sebab dari situ, akan bertambah banyak jugak income yang bakal saya hasilkan.

 

Namun, apa yang menjadi kurang baik adalah apabila seseorang itu sanggup buat apa sahaja, termasuk melakukan perkara-perkara yang kurang baik dan memberikan akibat yang buruk, semata-mata nak dapatkan populariti.

 

(14) Berlakon jadi orang yang bukan diri sendiri

Saya selalu terbaca, ada sesetengah orang yang cukup gemar menggunakan ayat “dunia tipu-tipu”.

 

Kita perlu waspada, memang ada individu yang sebenarnya hanya berlakon dan berpura-pura seperti dia seorang yang pakar dalam sesuatu perkara. Tapi sebenarnya dia tak pakar mana pun.

 

Dia menggunakan gelaran Dr pada namanya, walhal dia tak ada PhD pun.

Dia menghasilkan posting yang nampak hebat, tapi sebenarnya posting tersebut hanyalah terjemahan bagi artikel orang lain yang pada awalnya ditulis dalam bahasa lain.

Dia kata dia ada PhD, tapi sebenarnya sijil palsu yang dikeluarkan oleh universiti yang kita sendiri tak pernah dengar.

 

Senang kata, dia ni sebenarnya berlakon menjadi seorang professor serba tahu. Sampai satu tahap, dia mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan orang menyangkakan yang dia memang seorang yang betul-betul ada kredibiliti. Padahal ianya bukan begitu.

 

Berhati-hati dengan individu seperti ini. Jika mereka memberi nasihat, ianya mungkin sangat bahaya untuk diikuti. Lebih banyak mendatangkan akibat buruk daripada perkara baik.

 

Semoga satu hari nanti, akan ada yang tahu, yang dia sebenarnya hanya seorang yang memandai-mandai sahaja.

 

(15) Menggunakan password yang sama atau yang mudah diteka dalam pelbagai akaun

Zaman sekarang ini, ada banyak laman web yang mewajibkan kita untuk buka akaun, sebelum kita boleh berurusan dengan mereka.

 

Apa contohnya?

i. Akaun perbankan internet

ii. Akaun media sosial

iii. Akaun email

iv. Akaun online shopping

…dan banyak lagi.

 

Masalahnya ialah, bila terlalu banyak akaun perlu dibuka, kita akan ada masalah untuk mengingati maklumat username dan juga kata laluan. Jadi apa yang kita cenderung untuk lakukan?

 

Kita akan gunakan username yang sama dan kata laluan pun sama atau lebih kurang sama untuk setiap akaun yang perlu kita buka. Ini adalah satu tindakan yang bahaya sebabnya kalau maklumat tersebut bocor, orang yang berjaya dapatkan maklumat tersebut akan dapat akses kepada semua akaun milik anda.

 

Sudah tentu, anda tak mahu perkara ini terjadi, bukan?

 

Justeru, janganlah gunakan username dan kata laluan yang sama untuk setiap akaun.

 

 

 

 

Exit mobile version