Blog Sabree Hussin

Contoh-contoh tugasan dan kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah

Dalam catatan kali ini, saya akan kongsikan kepada para pembaca dan pelawat blog ni tentang contoh-contoh tugasan dan pekerjaan yang anda boleh lakukan hanya dari rumah. Tidak kiralah sama ada, anda mendapatkan tugasan ini menerusi bantuan laman web jobdirumah ataupun atas hasil usaha anda sendiri, saya harapkan semoga sedikit sebanyak info yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda.

 

Sebahagian daripada apa yang bakal saya kongsikan ini, adalah based on pengalaman saya sendiri buat duit di internet. Jadi mungkin ada terdapat satu atau dua yang anda boleh praktikkan untuk membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda. Manalah tahu dengan cara ini, sedikit sebanyak dapatlah anda melangsaikan sebarang hutang kad kredit yang anda tanggung sekarang ini. Setidak-tidaknya, saya sendiri sedang berusaha untuk bebas dari hutang kad kredit melalui cara ini.

Contoh tugasan bekerja dari rumah pertama: Penulisan artikel advertorial

Jika diluar negara, perminataan untuk mendapatkan khidmat penulis artikel advertorial sangatlah menggalakkan. Mungkin, ini disebabkan mereka lebih terdedah dengan kaedah pengiklanan dan promosi seperti ini dan rata-rata dah pun sedia maklum bahawa kaedah promosi seperti ini mempunyai kekuatannya tersendiri untuk menghasilkan jualan.

 

Sebagai penulis artikel advertorial, anda memerlukan kemahiran jualan. Bukannya kemahiran untuk menghasilkan jualan secara berdepan, tetapi hanya menerusi medium penulisan. Ini bermakna, anda perlu tahu

1. Artikel yang bagaimanakah yang disukai oleh bakal pelanggan

2. Artikel yang bagaimanakah yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghasilkan jualan

3. Kata kunci apakah yang menarik bakal pelanggan untuk membaca sesuatu artikel atau mencari maklumat

 

Ya. Ini bermakna, artikel advertorial bukanlah artikel yang boleh ditulis sesuka hati. Ada formula khas yang perlu diikuti, dan In Shaa Allah, jika ada kesempatan, saya akan kongsikan beberapa formula khas yang anda boleh ikuti untuk memahirkan diri anda menjadi penulis artikel advertorial.

 

Kadar bayaran untuk servis artikel advertorial ada pelbagai dan ia bergantung juga kepada skil, teknik dan kemahiran penulisan individu tersebut. Di Malaysia misalnya, lazimnya bayaran bermula dari serendah RM50 ke RM400++ .

 

Contoh diatas ini ialah contoh bayaran yang saya terima untuk tugasan menyiapkan artikel promosi dan juga advertorial yang saya terima baru-baru ini. Memandangkan klien adalah datangnya dari Malaysia, maka bayaran juga dalam matawang RM dan bayaran diterima menerusi Maybank2u sahaja.

 

Jika anda mendapatkan klien dari luar negara, maka kaedah bayaran juga mungkin berbeza dan anda boleh juga caj menggunakan matawang USD.

 

Contoh tugasan bekerja dari rumah kedua: Kongsi link dan anda dibayar apabila terdapat klik pada link tersebut

Contohnya .

 

Anda tak perlu jual barang. Tak perlu cari downline. Tak perlu tunggu ada jualan baru layak untuk menerima bayaran. Tetapi, ini yang anda WAJIB buat, iaitu

Dapatkan sejumlah klik pada link yang anda promosikan

 

Setiap klik pada link yang anda sedang promosikan mempunyai nilainya yang tersendiri. Setiap klik yang anda berjaya kumpulkan akan melayakkan diri anda untuk menerima bayaran sebanyak 20 sen per klik. Jadi, jika anda ingin dapatkan lebih banyak bayaran, maka anda perlu usaha lebih gigih untuk dapatkan lebih banyak klik.

 

Contoh tugasan bekerja dari rumah ketiga: Servis design 

Dalam kategori design ini sahaja, ada terdapat pelbagai segmen yang anda boleh ceburi, sama ada design laman web, facebook timeline, ebook ecover dan sebagainya.

Saya sendiri, amat memerlukan perkhidmatan designer untuk beberapa projek saya. Jika anda mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja kreatif seperti design, anda sangat digalakkan untuk menawarkan servis anda di peringkat global.

 

Salah satu laman web yang anda boleh gunakan untuk mengiklankan servis anda ialah di laman web fiverr. Laman web fiverr sememangnya telah terkenal sejak sekian lama, dan ia merupakan laman web pilihan untuk para project manager mendapatkan khidmat freelancer disitu.

 

Berita baik untuk anda ialah, anda juga boleh menawarkan perkhidmatan anda disitu. Jadi, bila ada yang berminat untuk mendapatkan servis dari anda, mereka boleh terus berurusan dengan anda menerusi platform fiverr tu tadi. Nah… dari sini juga anda boleh dapat job atau tugasan yang anda boleh siapkan hanya dari rumah. Amat sesuai untuk mereka yang ingin menjadikan bidang freelancing sebagai karier.

.

..

Sebenarnya, bila kita bincangkan tentang contoh-contoh tugasan ataupun job yang anda boleh lakukan hanya dari rumah, anda mempunyai pilihan yang sangat banyak sebenarnya. Di era internet seperti sekarang ini, anda boleh bekerja untuk sesiapa sahaja di atas dunia ini. Bukan satu perkara yang pelik, jika anda menerima upah dari seseorang yang berada di London sedangkan anda berada di Malaysia untuk menyiapkan suatu tugasan yang mudah.

 

Asalkan anda mempunyai sambungan internet, anda masih boleh bekerja, dan semua ini anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda sahaja. Apa pun, sekiranya anda memerlukan bimbingan lanjut tentang bekerja dari rumah, anda boleh dapatkan bantuan di laman web jobdirumah ini.

 

 

Exit mobile version