Blog Sabree Hussin

Pengisar Ajaib Slap Chop memudahkan kerja-kerja mengisar anda

Pernah dengar orang bercerita tentang “Pengisar Ajaib”?

 

Kalau tak pernah dengar tentang pengisar ajaib, BAGUS. Sebab saya nak kongsikan dengan anda, apa benda sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengisar ajaib tu.

 

Produk ini pernah popular satu ketika dulu. Apa taknya, produk ini mampu untuk memudahkan kerja-kerja dapur anda, terutama sekali untuk kerja-kerja yang memerlukan anda untuk mengisar, memotong dan mencincang.

 

Sebelum tu, jom tonton dulu video dibawah ini. Anda boleh lihat sendiri, bagaimana pengisar ajaib slap chop ini berfungi dan bagaimana anda juga boleh dapat manfaat daripada penggunaan slap chop ini.

 

 

Dah tonton? Panjang video ini hanyalah dua minit sahaja… dan ia menerangkan hampir kesemua yang anda perlu tahu mengenai pengisar ajaib ini.

 

Memotong sayur-sayur dengan mudah, cepat dan sekata

Cara lama kalau kita nak potong sayur-sayur seperti lobak, tomato, timun dan sebagainya adalah dengan memotong ia satu per satu. Ini boleh jadi akan mengambil masa terutama sekali untuk mereka yang tak biasa buat kerja-kerja dapur.

 

Sekarang ni, dengan penggunaan slap chop, anda hanya perlu masukkan sayuran yang hendak dipotong dan slap sahaja dengan slap chop ini. Hasilnya ialah potongan yang sekata dengan pantas.

 

Tak perlu elektrik

Jadi anda tak perlu risau akan pertambahan penggunaan elektrik di rumah anda. Disebabkan penggunaan slap chop ini tak perlukan elektrik, ia boleh digunakan dimana-mana sahaja.

 

Kalau anda nak bawa slap chop ni untuk pergi picnic pun sesuai.

 

Penyediaan salad sepantas 4 minit atau kurang dari itu

Salad akan jadi lebih best kalau dalamnya terdapat pelbagai campuran sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Yeah.

 

Tetapi untuk sediakan salad bukan suatu yang mudah. Kalau dulu, anda perlu proses ia satu persatu. Kini tak lagi. Mana-mana bahagian sayur atau buah yang agak besar, boleh dipotong jadi hirisan yang lebih halus dalam masa yang pantas dan mudah dengan penggunaan slap chop ini.

 

Kupas bawang dengan cara yang lebih bergaya dan senang

Ramai yang tak suka kupas bawang. Kadang-kadang saya pun tak suka kupas bawang jugak. 

 

Ada sesetengah bawang, akan buatkan mata kita berair. Mungkin ada something yang dibebaskan oleh bawang tersebut dalam bentuk gas yang akhirnya hinggap di mata kita.

 

Kalau anda tonton video kat atas tu, anda dapat lihat demo bagaimana proses untuk kupas kulit bawang dengan cara yang lebih mudah. Hanya perlu potong bawang tersebut separuh, kemudian masukkan dalam slap chop itu tadi.

 

Ah… susah sangat nak cerita, baik anda tonton video tersebut pada minit yang ke 1:06 ada ditunjukkan macam mana caranya nak kupas kulit bawang.

 

Mudah dibersihkan

Ini satu perkara yang tak kurang pentingnya.

Adakah pengisar ajaib slap chop ini mudah dibersihkan? Ye la, kita akan gunakan slap chop ini untuk potong macam-macam benda, dari sayur, buah, telur dan sebagainya. Lama-kelamaan ia pasti akan jadi kotor.

 

Adakah ia mudah untuk dibersihkan? Jawapannya ialah “Sudah tentu.”

 

Ia mudah dibersihkan sebab bahagian-bahagian atau komponen pada pengisar ajaib ini boleh dibuka seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

.

..

Jadi sekiranya anda berminat untuk dapatkan pengisar ajaib ini, boleh dapatkan dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Semoga lepas ini, anda boleh buat kerja-kerja dapur dengan lebih pantas lagi ya!

 

 

 

Exit mobile version