Blog Sabree Hussin

Apabila Semua Bersatu, Perkara Ajaib Akan Berlaku

Sesekali mata ni rasa terganggu dek tulisan-tulisan yang bergerak-gerak pada bahagian tab laman web facebook pada browser Mozilla Firefox.

Inilah gangguannya bila sambil bekerja secara online sambil buka FB.

Itu belum lagi dengan gangguan bunyi-bunyian ting ting ting yang menandakan ada mesej baru masuk dan juga ada komen baru menerjah pada salah satu status update yang pernah saya hasilkan.

Sebab itu ada masanya, saya lebih gemar bekerja tanpa on FB. Hanya setelah kerja yang saya nak kena siapkan ini dah selesai, barulah saya buka semula FB.

Kadang-kadang saya rasa pelik jugak, sebenarnya bukan ada apa-apa yang menarik pun di FB. Yang ada hanyalah status update dari kenalan.

Itupun, perbualan mereka berkisar sekitar kehidupan mereka semata.

Entah kenapa, saya seolah-olah tertarik untuk ikuti kehidupan dan perkembangan diri mereka.

Seorang internet marketer yang menjadikan laman media sosial sebagai platform pemasaran pastinya dah faham benar, manusia ni suka busy body. Sifat semula jadi manusia yang tak terlepas daripada rasa nak tahu hal orang.

Kalau tidak, masakan wujud istilah ‘jangan sibuk jaga tepi kain orang’. Ia berbentuk larangan, dan bila difikirkan semula, manusia ni memang begitu. Lagi dilarang, lagi gemar dia nak dapatkan.

Dengan keadaan yang penuh gangguan (distraction) di media sosial, saya amat tabik dengan mereka yang berjaya untuk dapat sales hanya dengan bergantung 100% menerusi medium FB.

Saya tak sehebat itu. Kalau saya sendiri, hanya dengan FB memang tak cukup untuk hasilkan kempen pemasaran yang berkesan.

Strategi yang saya guna tetap merupakan gabungan beberapa platform untuk buat pemasaran yang tujuannya tak lain dan tak bukan adalah bagi menghasilkan jualan.

Maka bila saya katakan beberapa platform, maka semestinya tak lari daripada menggunakan platform-platform seperti

1. Blog

2. FB Personal Wall

3. FB Group

4. FB Fanpage

5. Email marketing

Setiap satunya ada peranan dan fungsinya yang tersendiri.

Saya juga tak nafikan bahawa setiap satu teknik dan strategi ada kelemahannya sendiri. Jadi, apabila kita gabungkan beberapa platform bagi menghasilkan tujuan yang SATU, mudah-mudahan usaha kita membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Bercakap mengenai kelemahan, ini antaranya

Blog

Kelemahan pemasaran menerusi blog ialah ia mengambil masa yang agak lama untuk kita dapat pembaca setia dan pelawat yang konsisten. Pada masa yang sama, kita juga perlu sentiasa kemaskinikan blog dengan menambah artikel-artikel baru untuk memastikan blog kita sentiasa mempunyai artikel yang fresh untuk dibaca oleh pelawat dan pembaca setia blog kita.

FB Personal wall

Hanya mereka yang dah add kita sebagai rakan sahaja yang boleh baca status update dari kita. Setiap apa yang kita update, tak semua akan keluar pada newsfeed rakan-rakan dalam friendlist.

Selain itu, apa yang kita tulis walaupun panjang, ia tak diindex oleh enjin carian google.

FB Group [klik sini]

Tak jauh beza dengan point FB personal wall. Kelebihan tambahan buat marketing di FB Group ialah ahli group akan dapat notification menerusi emel jika ada update terbaru.

FB Fanpage

Satu kelebihan yang saya suka ialah, setiap apa yang kita catatkan pada wall turut diindex oleh search engine google.

Email marketing

Kita tak boleh asyik nak hantar email yang sama dengan kandungan yang sama selalu. Ini akan buatkan subsriber kita rasa bosan, dan mereka akan rasa seolah-olah kita sedang hantar email SPAM kepada mereka.

Sebenarnya memang agak susah untuk saya katakan mana satu medium pemasaran yang baik dan mana satu yang TERBAIK. Masing-masing ada peranan dan ada fungsinya tersendiri.

Apabila digunakan dengan sebaiknya dan ada perancangan yang rapi, ianya saling melengkapi antara satu sama lain.

Saya tertarik untuk kongsikan salah satu hasil daripada kerja-kerja promosi yang saya pernah buat sebelum ini. Produknya ialah pakej domain dan hosting oleh Netkl. [klik sini]

Untuk saya dapatkan komisyen macam dalam screenshot kat atas ni pun bukannya hanya dengan menggunakan satu platform semata-mata. Tetap perlukan dua tiga platform pemasaran sebagai support.

Bila ada kelapangan saya akan buat marketing menerusi blog.

Sesekali saya akan sentuh dan buka topik tentang domain dan hosting di FB Group.

Tapi saya amat jarang buat marketing menggunakan FB Personal profile. Sebabnya saya tahu, tak ramai yang minat nak belajar tentang buat duit online dan apa kepentingannya mempunyai laman web sendiri.

Sebab itu lah saya kata, bila semua kaedah dan strategi pemasaran disatukan dan bergerak seiring, In Shaa Allah sesuatu yang ajaib pasti akan berlaku.

 

 

<!--more-->

Exit mobile version