Blog Sabree Hussin

Strategi Pemasaran FB Group + Emel + Blog

Alhamdulilah, hari ini saya berkesempatan untuk kongsikan salah satu strategi pemasaran yang diilhamkan kepada saya menerusi blog ini.

Strategi ini adalah hasil try and error, pemerhatian dan juga pembacaan dalam topik perniagaan dan pemasaran online.

Semoga perkongsian ini bakal beri manfaat dan berguna untuk para pembaca dan pelawat blog ni.

Jika anda merupakan pembeli bagi produk saya, Panduan Dominasi FB Group version 3.0 [klik sini], pasti anda ada baca satu bab yang membincangkan tentang kombinasi pemasaran emel + pemasaran FB Group.

Tujuan kita gabungkan dua kaedah pemasaran adalah untuk meningkatkan kebarangkalian dan peluang untuk kita jana lebih banyak pendapatan secara online. Jika anda perasan, pemasaran melalui FB Group semata-mata, bukanlah kaedah pemasaran yang terbaik.

Buktinya,

1. Jika ahli group anda terlalu ramai, FB akan disable fungsi chat group

2. Jika ahli group anda terlalu ramai, FB akan disable fungsi email notification

3. Jika ahli group anda terlalu ramai, FB akan disable fungsi ‘people seen this post’

Maaf. Saya masih belum perolehi data yang tepat, berapa ramai yang dikategorikan sebagai terlalu ramai.

… dan jika anda sependapat dengan saya, maklumat tersebut tidaklah begitu penting berbanding maklumat bagaimana nak maksimumkan pendapatan kita apabila kita buat pemasaran secara online. Setuju?

Panduan yang saya tulis mengenai pemasaran di FB Group, bukan sekadar untuk bantu anda buat marketing secara one time. No. Bukan itu maksud saya.

Saya berhasrat untuk bantu anda bina perniagaan online anda sendiri dari satu tahap, hingga ke satu tahap baru yang lebih baik berbanding sebelum ini. Maka sebab itu, saya masukkan juga modul untuk bina database email prospek dan pelanggan.

Saya faham, ada setengah orang, dia komplen. Leceh la nak kumpul mailing list ni semua. Bagi saya, lebih baik bersusah-susah dahulu, hadap benda-benda leceh awal-awal, supaya nanti kita boleh bersenang-senang untuk buat marketing, sebabnya pada waktu tu, kita dah ada database emel pelanggan dan juga list ahli group kita sendiri di FB.

Kita akan mulakan dengan pemasaran di FB Group.

Peringkat pertama

Tempat paling mudah untuk kita dapatkan prospek sekarang ni tak lain dan tak bukan adalah menerusi laman web FB. Laman web Fb, kita boleh dapat prospek sama ada secara percuma atau berbayar.

Kalau cara percuma

1. Dapatkan prospek di group lain yang sama niche dengan tawaran anda

2. Add kawan-kawan baru daripada group yang sama niche dengan anda

3. Add kawan-kawan baru yang likes fan page tertentu yang sama niche dengan anda

4. Iklankan tawaran anda di FB Group yang beri ruang untuk beriklan. Pastikan iklan tersebut relevan dengan ahli group tersebut

Kalau nak guna cara berbayar, pasang je FBAds.

Peringkat kedua

Buat tawaran. Sebaik-baiknya irresistible offer. Tawaran yang sangat berharga dan yang tak mungkin dilepaskan.

Anda keliru nak tawarkan apa?

Saya lagi keliru. Saya pun tak tahu anda buat bisnes apa, dan apa yang anda sanggup tawarkan.

Kalau anda jual produk fizikal, anda boleh tawarkan something like kupon kod diskaun, voucher dan sebagainya. Ini contoh sahaja.

Peringkat ketiga

Letakkan syarat, untuk dapatkan tawaran tersebut, prospek WAJIB join group anda terlebih dahulu sebelum boleh dapatkan tawaran anda.

Peringkat keempat

Dapatkan senarai emel prospek.


(Panduan pemasaran emel [klik sini])

Caranya?

Letakkan syarat, jika prospek serius untuk dapatkan tawaran anda, prospek anda WAJIB masukkan nama dan alamat emel mereka terlebih dahulu pada opt in form.

Apa yang anda nak beri pada laman web squeeze page?

Jawapannya ialah… link url untuk sertai dan akses group FB anda.

Anda perlu yakinkan prospek anda bahawa step ini adalah perlu bagi menapis mereka yang betul-betul berminat dengan tawaran anda dengan mereka yang hanya suka-suka dan saja-saja nak dapatkan benda percuma dari anda.

Dalam hal ini, kita lebih pentingkan kualiti prospek berbanding kuantiti. Apalah gunanya ada beribu-ribu prospek, kalau yang beli tak sampai 10 orang.

Kan lebih baik hanya ada 100 orang prospek, dan kita ada 80 orang yang membeli dari kita.

Peringkat kelima

So, kat mana pentingnya blog?

Masa bila blog mainkan peranannya?

Saya ingin tarik perhatian anda untuk ketahui beberapa limitation yang terdapat pada FB Group dan juga Email Marketing. Saya akan mulakan dengan FB Group.

Kekurangan FB Group

1. Tiada sistem arkib. Artikel yang dah lepas, susah untuk kita cari semula.

2. Apa yang kita post di FB Group, tidak di index oleh search engine. Ini bermakna kita tak boleh tarik trafik organik dari search engine.

3. Post kita hanya boleh dilihat oleh mereka yang berada dalam group sahaja

4. Kita tak boleh jadikan sesetengah keyword sebagai hyperlink. Contoh hyperlink ialah seperti ini –> 100 Rahsia Psikologi Pelanggan

5. Tak boleh nak buat design atau nak buat post bergambar

Kekurangan Pemasaran Emel

1. Satu emel hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika hantar emel yang sama, prospek akan mula rasa benci untuk baca.

2. Tiada sistem arkib. Emel-emel lepas akan tenggelam dalam inbox prospek

3. Apa yang kita tulis tidak dapat menarik organik trafik

4. Pemasaran emel yang paling baik makan belanja yang agak besar

Kesemua kekurangan yang saya senaraikan diatas dapat ditampung apabila anda memasukkan elemen pemasaran menerusi channel blog.

Peringkat keenam

Sekarang anda dah ada senarai emel prospek.

Anda juga dah ada FB Group anda sendiri.

Tak kiralah berapa jumlahnya, sama ada besar ataupun kecil. Jadikan satu kelaziman bagi ahli group dan juga mereka yang dah Opt In dalam mailing list untuk baca blog anda.

Sesekali, anda perlu emel mereka yang berada dalam mailing list anda untuk ke laman blog anda dan baca artikel terbaru.

Ada ketikanya, anda juga perlu kongsikan link untuk prospek anda baca artikel tertentu di laman blog anda.

Sekarang, ada satu perkara yang semua orang patut tahu.

Ada orang lebih selesa baca emel sahaja.

Ada orang lebih suka baca apa yang ada kat FB sahaja.

Ada orang lebih gemar baca apa yang ditulis di blog.

Setiap individu yang berbeza mempunyai sebab-sebab tertentu kenapa mereka berkelakuan demikian. Jadi, adalah penting bagi anda, sebagai agen pemasaran online untuk keep in touch dengan prospek anda dengan pelbagai channel yang mungkin digemari oleh prospek anda sendiri.

Baiklah, sekiranya artikel ini bermanfaat untuk anda, saya jemput anda untuk praktikkannya untuk perkembangan perniagaan anda.

Sekiranya perlukan panduan untuk memaksimumkan fungsi blog untuk tujuan pemasaran dan buat duit online, post berikut mungkin berguna untuk anda. [klik sini]

Wallahua’lam

 

 

[hcshort id=”9″]

 

Exit mobile version