Blog Sabree Hussin

Dapat RM1,000 Sebulan Apabila Amalkan Ilmu Buat Duit Ini…

Memang SUSAH nak buat kerja dalam keadaan penat.

Lebih-lebih lagi bila kerja yang kita nak buat tu memerlukan kita untuk fokus. Alhamdulilah, siang tadi tamat sudah program di Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit, Banting.

Sebelah malam macam ni?

Kerja macam biasa.

Kerja-kerja pemasaran online perlu diteruskan dan perlu dijalankan macam biasa. Tanpa mengira sama ada pada waktu tu kita penat atau tidak.

Ini salah satu perkara yang saya suka dengan pemasaran online menggunakan kaedah penulisan artikel dan SEO. Kita hanya perlu tulis artikel tu sekali sahaja, dan apabila ia dah disiarkan, artikel tersebut akan terus berada di laman sesawang, sampai bila-bila selagi platform yang menjadi host bagi artikel tersebut masih wujud.

Tak usah risau bab kualiti. Anda masih boleh menang walaupun pada hakikatnya anda hanya berharap pada kuantiti.

Ini juga merupakan salah satu resepi kejayaan SEO marketing. Betul. Tak main-main ni.

Saya perasan sejak kebelakangan ini, ada program baru yang ditawarkan oleh Gobala Krishnan. Saya curiga, kerana menurut beliau, hanya dengan mengikuti apa yang diajar, anda boleh hasilkan income sebanyak RM1,000 walaupun hanya part time.

Semuanya hanya perlu online sahaja.

Sumber: Webinar RM1,000 dengan Affiliate Part Time

Tak perlu susah payah nak travel.

Tak perlu sibuk-sibuk nak ke sana ke mari, jumpa orang dan sebagainya.

Saya pernah belajar sendiri dengan Gobala. Sampai sekarang, saya masih ikut lagi beberapa teknik promosi yang pernah diajarkan pada saya.

Teknik yang sama yang saya gunakan untuk promosikan produk-produk yang dijual menerusi platform Ashadee.

Alhamdulilah, menjadi. Produk ini memang HOT dan mudah dapat jualan!

Tapi, terpaksa saya tutup nama produk bagi mengelakkan berlaku sebarang unsur persaingan yang tak perlu ha ha

Apapun, percayalah… bila anda dah dapat ilmu pemasaran untuk produk-produk affiliate yang betul, tak kira apa produknya, In Shaa Allah anda akan lebih mudah untuk dapat sales.

Ingat…

Tak perlu keluar rumah, tak perlu jumpa orang, dan cukup buat secara part time hanya dari rumah.

Income dari program affiliate?

RM1,000 dan keatas setiap bulan. Bagus kan? Masih lagi boleh kata lebih tinggi berbanding income pemain-pemain bisnes Tone Excel.

Sebab itu, walaupun saya buat Tone Excel, saya masih tak ketinggalan untuk buat kerja-kerja yang memang saya dah buat dari dulu lagi.

Affiliate marketing.

Dan yang menariknya, konsep pemasaran dalam affiliate marketing tidaklah jauh beza dan boleh diaplikasikan dalam konsep bisnes Tone Excel.

Jadi, ilmu ini memang patut ada pada anda.

Ini ilmu sebenar. Ilmu buat duit.

Siapa yang dapat ilmu ini, faham ilmu ni, dan amalkan ilmu ini In Shaa Allah murah rezeki dia. Ilmu buat duit la katakan.

Dengan izin Allah, tak akan jatuh miskin orang yang MAHIR dan amalkan ilmu buat duit.

Ok dah, sila sambung pengajian anda di website ini untuk dalami ilmu buat duit online ini.

Dah dapat RM1,000 sebulan nanti jangan lupa update kat saya ya.

 

 

Exit mobile version