Blog Sabree Hussin

Susah Ke Nak Buat Duit Dengan Ashadee?

Jika ini adalah kali pertama anda mendengar nama Ashadee, ia sebenarnya merupakan sebuah platform jual beli produk digital dan fizikal secara online. Pada masa yang sama, pihak Ashadee juga membuka peluang kepada orang ramai untuk sertai mereka sama ada sebagai agen affiliate ataupun sebagai penjual (advertiser) di platform mereka.

Ok, jelas ye?

Sekarang ni yang jadi misterinya ialah, susah ke senang sebenarnya nak buat duit dengan Ashadee?

Kalau anda masuk ke blog Encik Titan, anda akan dapati dia ni selalu dapat komisyen. Mungkin setiap hari, pasti akan ada komisyen yang masuk dari Ashadee. Nilai yang masuk tu pula?

Bukan nilai kecik-kecik. Semuanya besar-besar.

Beberapa bulan kebelakangan ni, saya dah kurang mempromosikan produk-produk yang dijual di Ashadee. Sebabnya?

Lambat dapat bayaran ha ha

Sebarang komisyen yang terhasil daripada kerja-kerja promosi produk di Ashadee, akan ada tempoh pembayaran komisyen tertentu. Jadi, nak tak nak memang kena ikut jadual pembayaran komisyen yang telah ditetapkan.

Sebab itu saya lebih selesa promosikan produk sendiri dan juga program affiliate sendiri. Time tu dapat sales, time tu jugak la dapat merasa komisyen affiliate.

Kalau tiba-tiba ada keperluan nak guna duit lebih sikit, saya boleh guna dulu duit komisyen agen saya. Cukup masa nanti boleh “ganti” semula.

Itu cerita program affiliate sendiri. Tapi sekarang ni, saya lebih berminat nak sentuh tentang susah atau senang nak buat duit dengan program affiliate Ashadee. Ready?

Sila teruskan pembacaan ya.

Jika anda nak buat duit sebagai agen affiliate Ashadee.

Sebenarnya susah atau senang, ia bergantung juga kepada sama ada anda betul-betul tahu dan faham macam mana nak buat pemasaran affiliate.

Platform mana yang anda nak gunakan, itu bukan satu isu besar.

Sama ada clickbank ke, Ashadee, klikjer, mahupun platform agen affiliate sekalipun, asasnya tetap sama, anda perlu tahu macam mana nak buat marketing secara online dan anda perlu take action.

Dunia ni penuh dengan manusia yang tahu apa nak buat, tapi sampai sekarang, satu apa pun dia tak buat. Langsung tak ada inisiatif nak take action.

Bila kita kata kamu kena buat ni untuk dapat hasil macam ni… Jawapan dia cuma … “Oooo ini aku tau macam mana nak buat…” atau “La… aku ingat ada rahsia lain, rupanya macam ni je caranya…”

Orang yang berjaya buat duit dan berjaya jana keuntungan dengan platform Ashadee bukannya mereka yang setakat tahu apa rahsianya, tetapi adalah mereka yang tahu caranya nak buat duit, kemudian dia terus take action.

Bulan Oktober kali ini dimulakan dengan beberapa komisyen daripada Ashadee.

dan juga…

Macam mana saya buat? Apa yang saya dah lakukan sampai saya berjaya dapat komisyen dari Ashadee?

Jawapannya ialah, “promosi, promosi, dan terus promosi”.

Saya terus buat promosi walaupun kadang rasa down, dan kadang-kadang rasa nak give up sebab masih tak dapat sales lagi.

Bila saya buat artikel di blog tetapi masih tak dapat sales, saya akan promosi guna FB Fanpa pula.

Kalau masih tetap tak dapat sales, saya akan cuba ikhtiarkan buat promosi guna YouTube pulak.

Kalau masih belum dapat sales, saya akan cuba promosi guna emel marketing pulak.

Macam mana kalau tetap tak dapat sales walaupun dah buat semua step-step ini? Simple.

Saya akan ulang semula.

Tulis artikel dalam blog –> promosi di fanpage –> YouTube –> Emel marketing

…dan yang paling bestnya, bila satu sales dah mula kelihatan, sales-sales seterusnya akan datang dengan sendiri!

Ini menandakan pada waktu tu, segala link affiliate yang saya tanam sama ada di blog, YouTube, Fanpage atau di emel dah mula mendapat perhatian bakal pembeli. Maka pada waktu tu, saya boleh rileks sikit dan tunggulah duit masuk.

“Proses buat duit ini memang AGAK LECEH tetapi BERBALOI”

Wang segera memang tak ada dalam program affiliate. Anda perlu lalui pelbagai step atau flow, (dikenali juga dengan istilah sales funnel) untuk membantu anda dapat jana komisyen.

Walaubagaimanapun, kesemua susah payah yang perlu dilalui ini memang berbaloi. Cuba lihat screeshot untuk komisyen RM24.95 tu, jujurnya saya dah berhenti buat promosi untuk produk tu!

Alhamdulilah, masih ada jualan hasil daripada kerja-kerja promosi yang saya lakukan pada satu masa dulu. Moga-moga lepas ni akan dapat hasilkan lagi sejuta sales lagi. Amin 🙂

Kalau anda berminat nak belajar cara saya buat marketing, anda boleh download panduan yang saya tulis ini.

Rujuk: Jurnal Pemasaran Affiliate

Bukan senang nak cerita sesuatu yang teknikal dan yang memerlukan penerangan yang panjang kalau cuma nak tulis kat blog. Sebab itu saya tulis dalam format ebook.

Ataupun, kalau anda nak belajar terus dengan pemilik laman web Ashadee, iaitu Gobala Krishnan, anda juga boleh berbuat demikian dengan melayari laman web ini.

Manalah tahu lepas ni, nasib anda dan juga kedudukan kewangan anda akan benar-benar berubah.

Saya kira, kalau setiap bulan anda dapat tambahkan income anda sehingga RM1,000 secara konsisten, ia juga pasti sangat bermakna.

Bukan begitu?

 

 

 

Exit mobile version