Blog Sabree Hussin

Promosi penghantaran PERCUMA sempena bulan Oktober 2015

Penghantaran PERCUMA untuk pembelian produk-produk terpilih.

 

Bila kita buat sebarang pembelian secara online, salah satu kos yang perlu kita lihat adalah kos penghantaran. Kos penghantaran ini akan menyebabkan pembelian kita jadi lebih mahal daripada harga yang dipaparkan.

 

Adakalanya, penjual yang berbeza akan menetapkan kos penghantaran yang berbeza juga. Ada juga sesetengah penjual yang buat duit melalui caj penghantaran.

 

Contohnya caj penghantaran jika menggunakan perkhidmatan dari pos laju bagi barangan yang beratnya kurang dari 500 gram ialah RM6 sahaja. Namun begitu, sesetengah penjual akan letakkan kos penghantaran kepada RM10, kerana bagi dia caj penghantaran adalah termasuk kos-kos seperti upah pembungkusan, petrol ke pejabat pos dan juga kos parking.

 

Baiklah itu cerita peniaga kecil-kecilan secara online. Kali ini saya nak ceritakan tentang promosi penghantaran percuma sekiranya anda membuat pembelian di laman web ini.

Untuk bulan Oktober ni, promosinya adalah promosi penghantaran secara PERCUMA.

 

Sekurang-kurangnya terdapat 600++ produk yang termasuk dalam promosi ni… dan daripada banyak-banyak produk tu, adalah beberapa produk yang menarik perhatian saya. Antaranya…

 

Jam tangan Digital LED Multi-function Military Sports Watch

Saya minat tengok bentuknya yang nampak  sangat menarik.

 

Bila tengok bentuk jam tangan ni, teringat pulak cerita perang-perang, macam kombat, komando dan yang seumpama dengannya.

 

Kebanyakkan watak hero akan pakai jam macam ni.

 

Boleh set timer, dan sebagainya ha ha

 

Kalau rujuk kat laman web Lazada, harga asal jam tangan Military Sports Watch ni harganya RM585.

 

Tetapi… Disebabkan ada diskaun sebanyak 92%, jadinya harga sekarang ialah RM46.80 sahaja. Boleh beli kat sini.

 

Makanan kucing jenama Prodiet

Ya

 

Makanan kucing pun ada jual kat laman web Lazada. Anda boleh klik sini.

 

Saya tak bela kucing. Tetapi apartment tempat saya tinggal ni ada banyak kucing, dan ada beberapa ekor yang memang saya duk bagi makan sekarang ni.

 

Setiap pagi, kalau kucing-kucing tu nampak saya, dia mesti mengiau nak mintak makanan. Rasa kesian pulak kalau tak bagi makan. Jadi nak tak nak memang saya akan standby makanan untuk kucing dalam kereta. Kalau jumpa kucing kat petrol pump kadang-kadang saya akan bagi makan.

 

Wireless key board dan mouse

Salah satu cara untuk pastikan keyboard pada laptop kita dapat tahan lebih lama adalah dengan menggunakan keyboard lain.

 

Laptop yang digunakan selalu untuk kerja-kerja yang agak kasar seperti menaip yang super laju, atau yang digunakan untuk main game ada kemungkinan untuk cepat rosak.

 

Bukanlah bermakna laptop kita tu tak berkualiti, cuma dari cara kita gunakan laptop itu, akan beri kesan juga kepada jangka hayat laptop kita tu nanti. Buat mereka-mereka yang memang sayang dan nak jaga keyboard laptop supaya tahan lebih lama, bolehlah gunakan keyboard seperti ini.

 

Cari yang wireless sahaja lebih mudah. Yang ni harganya RM75 selepas diskaun 5%. Boleh klik sini kalau nak tengok spesifikasi dan jenama.

 

Powerbank jenama Pineng

Anda dah ada powerbank ke belum?

 

Hari ni rata-rata ada smartphone. Ada yang guna smartphone untuk tujuan perniagaan, personal atau ada juga untuk tujuan main game.

 

Apalah gunanya ada smartphone tapi bateri pulak habih ha ha

 

Buat yang masih belum ada powerbank tu, bolehlah dapatkan powerbank ini. Harganya pun tak sampai RM40. Kalau nak boleh klik sini.

 

Slap chop + Cheese Grater

Benda ni la yang setengah orang panggil sebagai Pengisar Ajaib.

 

Apa yang buatkan orang kata benda ni pengisar ajaib? Apa yang ajaib? Kat bahagian mana yang buatkan benda ni ajaib sangat?

 

Semasa Slap Chop ni diperkenalkan awal-awal dulu, ia dijual dengan harga USD19.95 atau kalau duit kita bersamaan dengan RM84++

 

Mahal kan? Tapi itu cerita dulu.

 

Memandangkan saya pun tak berapa pasti macam mana nak terangkan cara penggunaan produk slap chop atau pengisar ajaib ni, apa kata anda tonton video ini

 

 

Kalau kita tengok kat video ni, memang nampak senang betul cara nak gunanya. Slap chop ni boleh dapat dengan harga kurang dari RM30 kat sini.

 

Inilah antara barang-barang yang saya kira menarik untuk saya yang boleh kita dapati di laman web Lazada. Semua barang-barang ni boleh kita dapatkan dengan servis penghantaran percuma sempena kempen Rocktober Free Shipping.

 

Selamat membeli belah!

 

 

 

Exit mobile version