Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Klikjer Oktober 2015

Alhamdulillah, untuk bulan Oktober 2015 ni, masih ada rezeki untuk saya buat duit dengan program affiliate klikjer. Walaupun dari pemerhatian saya sendiri, prestasi saya dalam menghasilkan pendapatan dari program affiliate ini agak lemah, namun In Shaa Allah, saya akan perbaiki dari masa ke masa. Itu AZAM saya.

 

Nak dapatkan jualan yang pertama memang SUSAH. Namun yang lebih susah dari itu ialah untuk maintain dan kekal konsisten membuat jualan dan terus-terusan menjana komisyen.

 

Saya percaya, kat luar sana tu, ada ramai lagi sebenarnya individu yang ada banyak duit yang tak kisah nak shopping dan beli produk-produk yang dijual menerusi Shuth Network.

 

Cabaran adalah untuk kenal pasti, profile individu-individu seperti ini. Di mana mereka berada? Apa yang mereka minat? Apa yang mereka cari atau apa yang mereka ingin dapatkan ketika mereka sedang online? Apa yang dapat memotivasikan mereka untuk lakukan pembelian?

 

Soalan-soalan seperti ini yang selalunya berpotensi untuk bantu hasilkan jualan.

 

“Anda masih tak faham macam mana nak buat duit dengan program affiliate?”

Lain orang, maka lain cara yang digunakan untuk buat duit dengan affiliate. Orang yang suka guna FBAds, dia akan kata, cara paling tepat untuk buat duit dengan affiliate adalah dengan menggunakan kaedah pengiklanan berbayar.

 

Bagi orang yang lebih mahir menggunakan kaedah pemasaran emel pula, mereka akan kata, cara paling tepat untuk buat duit dengan program affiliate adalah dengan menggunakan pemasaran emel.

 

… saya pulak… jenis yang tak mau nak pening-pening. Saya lebih suka gunakan cara yang paling senang (untuk saya) iaitu guna je blog. Cara yang saya guna untuk buat duit dalam program affiliate ni lebih kurang sama dengan cara yang didedahkan dalam ebook Rahsia Klikjer ni.

 

Ya

 

Guna blog sahaja. Teknik ini memang proven boleh buat duit untuk sebarang produk affiliate yang anda ingin promosi dan perkenalkan. Jadi, anda tak perlu khuatir, bimbang ataupun risau kalau nak invest untuk dapatkan produk ini.

 

In Shaa Allah, lepas anda dah dapatkan panduan ini, dah hadam dan praktikkan ilmu-ilmu yang diajarkan, anda juga boleh join the club lepas ni. Club apa? Club buat duit dengan program affiliate. Setakat nak hasilkan RM100 – RM300 setiap bulan, bukanlah sesuatu yang mustahil.

 

Program affiliate bukannya skim piramid, pelaburan mahupun skim cepat kaya. Saya pun tak pernah dengar lagi, ada yang jadi kaya sebab buat affiliate ni. Tetapi kalau niat anda untuk tambahkan pendapatan, program affiliate ni memang saya highly recommended.

 

Malas nak pening-pening kepala nak fikir tentang customer support

Dengan program affiliate ni, anda boleh buat kaedah promosi dengan cara “promosi dan tinggal”. Kalau anda ada blog, memang sesuai sangatlah kaedah promosi macam ni.

 

Anda hanya perlu tulis beberapa artikel promosi dan siarkan di blog anda. Satu yang anda perlu tahu ialah, jika anda ingin menggunakan kaedah pemasaran menggunakan blog, ataupun kaedah “promosi dan tinggal” ini, potensi untuk anda dapat komisyen adalah lebih tinggi apabila anda hasilkan lebih banyak artikel.

 

Jadi dalam situasi ini, untuk peringkat yang baru nak bermula buat duit online dengan program affiliate, fokus anda sepatutnya adalah untuk memperbanyakkan artikel-artikel promosi yang original dan unik. Apabila anda mempunyai artikel yang cukup banyak, let say dalam 1,000 – 2,000 artikel, pada waktu ini anda akan lebih mudah buat duit dengan program affiliate.

 

Macam mana boleh jadi macam ni?

 

Apa kaitannya antara bilangan artikel dengan pertambahan pendapatan dalam program affiliate? Sebenarnya memang ada kaitannya. Anda pasti akan temui jawapannya apabila baca panduan ini.

 

Jadi untuk bulan Oktober 2015, ini adalah bayaran yang telah saya terima daripada klikjer.

Alhamdulillah, boleh buat tambah-tambah untuk mencukupkan mana-mana perbelanjaan yang tak cukup.

 

Hidup kat Malaysia ni, makin lama makin mencabar.

 

Kita ada pilihan, sama ada nak terus mengkritik pemimpin-pemimpin yang asyik menambahkan masalah, ataupun nak pilih untuk gunakan energi yang kita ada untuk tambahkan pendapatan. Jadi saya pilih untuk tambah pendapatan.

 

Untuk anda yang baca perkongsian saya ini, teruskan usaha promosi. In Shaa Allah, saya percaya anda juga boleh buat duit dengan klikjer.

 

Tak banyak tak apa. Janji konsisten dan setiap bulan ada komisyen.

 

 

Exit mobile version