Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Januari 2016

Walaupun sekarang ni, manusia lebih kerap berkomunikasi secara digital sahaja, sama ada menghantar kad raya secara digital, kad jemputan secara digital, duit raya secara digital (seperti yang boleh dilakukan jika menggunakan akaun Maybank) namun jangan sekali-sekali kita memandang rendah terhadap potensi pendapatan apabila menceburi perniagaan dalam bidang percetakkan.

 

Adakah masih terdapat orang yang nak menggunakan bahan-bahan ini semua dalam bentuk cetakkan dewasa ini? Jawapannya? Pasti ada.

 

Ia akan terus ada dan tak akan pupus mahupun digantikan sama sekali, walaupun teknologi makin berkembang. Sesetengah produk cetakkan adalah lebih baik diwujudkan dalam bentuk cetakkan, berbanding dihasilkan dalam bentuk fizikal.

 

Contohnya buku. Walaupun pada hari ini, ada banyak buku yang diterbitkan dalam bentuk digital, namun tak bermakna permintaan terhadap buku fizikal makin berkurangan. Saya sebagai pembaca buku, realitinya lebih selesa apabila membaca buku dalam bentuk cetakan, berbanding dalam bentuk digital. Lagi-lagi sekarang ni, dah makin mudah untuk dapatkan buku secara online. Salah satu kedai buku kegemaran saya, iaitu Borders turut menerima tempahan secara online. Klik sini untuk ke kedai buku Borders.

 

Kewujudan versi digital berupaya untuk meningkatkan jualan produk versi fizikal. Kalau satu masa dulu, untuk setiap produk berasaskan cetakan, kita perlu print satu per satu untuk dijadikan sampel dan rujukan kepada bakal pembeli. Pembeli perlu melihat terlebih dahulu katalog dalam bentuk fizikal sebelum mereka buat keputusan sama ada nak pilih yang mana satu.

 

Sekarang ni? Semuannya boleh dilakukan secara digital sahaja. Sebab itu, apabila melihatkan trend semasa, kita tak seharusnya melihat apa yang berlaku pada versi digital sebagai pesaing kepada versi fizikal, sebabnya ia boleh jadi akan memperkuatkan antara satu sama lain.

 

Sebab itu pada pendapat saya, untuk mereka yang ingin menceburi perniagaan dalam bidang percetakan, pasti ada sesuatu yang berharga dan bernilai menanti untuk anda.

 

Ada terlalu banyak produk berasaskan cetakan (printing) yang anda boleh jual, sama ada rubber stamp, t-shirt (hot), buku, risalah, akhbar, button badge, pen, cenderamata, sampul duit raya, kad jemputan dan macam-macam lagi. Tak kan dalam banyak-banyak senarai ni, tak ada satu pun yang anda boleh jual?

 

Ini mustahil. Ok kalau anda risau sangat tak mampu untuk menghasilkan jualan, apa kata anda muat turun panduan bisnes printing ini hari ini. Klik sini untuk muat turun.

 

Saya rasa panduan ini mungkin akan dapat mengubah hidup anda satu hari nanti. Sama seperti panduan-panduan lain yang saya kerap ceritakan dalam blog ni.

 

Contohnya panduan Jobdirumah. Panduan ini sudah tentu sangat berjasa terhadap saya. Selepas saya dapatkan panduan tersebut, dan saya ikuti apa yang diajarkan, boleh dikatakan hampir setiap bulan saya menerima bayaran dari panduan tersebut.

 

Panduan bisnes printing ini juga tak kurang hebatnya! Ia adalah panduan yang mengajar pembacanya cara-cara untuk menghasilkan pendapatan dalam bisnes percetakan hanya dari rumah dengan modal yang sangat rendah ataupun tak perlu keluar modal langsung. Saya percaya, kalau anda serius nak belajar, ia pasti akan beri anda manfaat yang sangat besar.

 

Baiklah bulan Januari 2016 ni sebenarnya saya dapat komisyen dari pengasas panduan ini.

 

Jumlahnya adalah sebanyak RM25 sahaja. ini bermakna, dalam masa beberapa bulan atau mungkin beberapa minggu sebelum ini, saya telah berjaya menghasilkan satu jualan untuk panduan ini.

 

In Shaa Allah, jika pembeli tersebut benar-benar memanfaatkan panduan ini, kita akan dapat lihat seorang lagi bakal usahawan printing akan dilahirkan. Siapakah individu tersebut? Mungkinkah anda, yang tengah baca perkongsian artikel dalam blog saya ni?

 

Apa pun, jika anda berminat untuk belajar bagaimana nak mulakan perniagaan dalam bidang percetakkan dengan modal yang minima, saya syorkan bolehlah anda muat turun panduan ini.

 

Selamat berjaya dan semoga panduan ini memberi anda manfaat dan impak yang besar dalam kehidupan anda. Mudah-mudahan hari esok lebih baik berbanding hari-hari sebelumnya untuk anda.

 

 

 

 

Exit mobile version