Blog Sabree Hussin

Instagram sebagai medium pemasaran media sosial terbaik bagi tahun 2016?

“Tahun 2016 adalah tahun untuk pemasaran media sosial di Instagram!”

 

Sebelum tu, tengok dulu kat sini kenapa saya kata macam tu.

 

Perasan tak? Setiap tahun, pasti akan muncul media-media sosial terbaru yang akan menjadi pesaing bagi media sosial yang sebelumnya. Kalau satu masa dulu, nama seperti myspace cukup gah, namun setelah kemunculan friendster, sedikit demi sedikit populariti myspace mula jatuh.

 

Friendster juga mula jatuh setelah muncul platform media sosial baru seperti Facebook, Google+ dan Twitter. Kini selepas beberapa tahun, nama Instagram pula yang mula meningkat naik.

 

Persoalannya, sudahkah anda bersiap sedia untuk menjadikan Instagram sebagai platform pemasaran anda, ataupun hingga ke saat ini, anda masih lagi bergantung harap pada medium Facebook semata-mata?

 

Laman media sosial bukan tempat untuk berniaga     

Namun realitinya, kita tetap menggunakan platform media sosial untuk jual barang! Bila dah terlalu banyak iklan-iklan muncul di Newsfeed kita berbanding status-status update dari kawan-kawan, maka bermulalah saat di mana sesebuah media sosial tersebut jadi makin BOSAN.

 

Saya tak tau bagaimana dengan situasi anda, namun apa yang pasti, di Facebook saya penuh dengan iklan-iklan untuk menjual ataupun mempromosikan sesuatu produk mahupun servis. Bila kita tekan je butang Home, terasa macam sedang baca direktori iklan.

 

Ada-ada je benda yang nak dijual oleh kawan-kawan dalam friendlist kita.

 

Sama ada nak jual simkad Tone Excel, nak jual alat senaman untuk jadi kurus, dan macam-macam lagi. Sesetengah orang dia tak boleh tengok benda-benda ni semua. Mereka mahukan, suasana di media sosial tu bebas iklan dan hanya untuk tujuan bersosial semata-mata.

 

Namun, sebagai usahawan, dah tentu kita tak akan lepaskan peluang untuk buat bisnes, tak kira walau dimana kita berada.

 

Bukankah tempat terbaik untuk pancing ikan, ialah di tempat yang ada banyak ikan berkumpul? Begitu la dia perumpamaan dengan melakukan pemasaran di media sosial.  Satu masa dulu, twitter adalah lubuk ikan paling dalam dan paling banyak, namun selepas itu digantikan dengan facebook dan sekarang, di tahun 2016, lubuk ikan tersebut telah pun beralih ke Instagram.

 

Selagi anda masih lagi bergantung harap pada media sosial untuk merancakkan jualan online anda, maka mahu atau tidak, anda perlu ikut segala trend dan perkembangan semasa. Kini, pelanggan dan prospek anda banyak yang suka untuk berkumpul di Instagram, jadi anda juga perlu ikut.

 

Sudah tentu, pemasaran di media instagram mempunyai perbezaan jika nak bandingkan dengan pemasaran di channel Facebook. Anda silap besar jika beranggapan, cara melakukan pemasaran di Instagram sama sahaja dengan cara beriklan di Facebook.

 

Ianya LAIN SAMA SEKALI.

 

Jika ianya sama sahaja, dah tentu tak ada keperluan untuk beralih ke media sosial seperti Instagram.

 

Sekarang ini adalah masanya untuk buka satu lagi channel pemasaran di Instagram. Jika anda lambat bertindak, satu masa nanti, apa yang sedang terjadi di platform FB akan terjadi juga di Instagram.

 

Sebagai contoh, masalah di FB sekarang ni ialah reach terlalu rendah, sukar untuk memviralkan sesuatu post dan jika kita mahu ramai orang lihat post kita, kita kena BAYAR. Namun perkara ini tidak berlaku di Instagram. Situasi di Instagram kini adalah seperti waktu FB baru mula meningkat naik.

 

Saya masih ingat lagi, waktu pemasaran di FB baru nak meningkat naik, waktu tu ramai usahawan yang berjaya buat jualan yang lumayan sehingga 4 – 5 angka setiap bulan. Namun itu kisah dulu, waktu awal-awal dulu. Sekarang ni, mungkin agak sukar untuk ulang kejayaan di masa lalu.

 

Namun, peluang yang sama datang kembali, dan kali ini, peluang tersebut ada di pemasaran Instagram.

 

Baca panduan Pemasaran Instagram ini jika anda betul-betul tak tau, apa perlu buat untuk berjaya buat sales di Instagram.

 

Buat pemasaran di media sosial memang beginilah permainannya. Kita memang kena selalu upgrade dan update ilmu kita.

 

Siapa yang tak suka sebab kena update dan upgrade ilmu, maka dia akan sentiasa kena tinggal di belakang… dan kalau sales anda hasil buat pemasaran di media sosial tak seberapa, jangan salahkan sesiapa. Sebabnya, anda lebih tahu kenapa anda tak perform.

 

 

 

Exit mobile version