Blog Sabree Hussin

Disiplin pemasaran online apabila menggunakan medium FB Group dan Forum

Hanya dengan menekan satu butang klik, iklan yang memperkenal dan mempromosikan perniagaan anda dapat dilihat oleh beribu-ribu orang prospek yang berada di FB Group dan juga di laman-laman web forum. Apa pendapat anda? Hebat tak pemasaran sebegini?

 

Ia bukan sahaja mudah malahan ianya percuma. Sebagai contoh, pemasaran di laman web forum. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran pun untuk menyertai forum. Untuk meninggalkan sebarang post di forum juga tak ada sebarang bayaran dikenakan. Free of charge.

 

Ok pemasaran di group atau FB Group mirip pemasaran di laman-laman web forum. Persamaan bagi kedua-dua medium ini ialah, ianya berkonsepkan pembinaan komuniti. Individu dari pelbagai latar belakang, tahap pendidikan, bidang pekerjaan berkumpul dalam satu tempat untuk membina satu komuniti yang saling melengkapi antara satu sama lain.

 

Apakah yang buatkan mereka cenderung untuk membina komuniti seperti ini? MINAT. Mereka mempunyai minat yang sama. Walaupun bekerja dalam bidang yang berbeza, tetapi mereka mempunyai minat yang sama, iaitu minat memancing misalnya. Justeru, mereka akan luangkan masa untuk sertai laman-laman forum ataupun group tentang memancing ikan.

 

Adakah pemasaran menggunakan forum masih lagi relevan? Pada pendapat saya, selagi laman forum masih wujud, bermakna ianya masih lagi relevan. Bezanya mungkin dari segi trafik. Orang dah kurang akses ke forum yang mereka sertai, sebabnya pada hari ini, nampaknya laman media sosial dah mengambil alih tempat forum dalam senarai laman web pilihan orang kita.

 

Kita lupakan sejenak tentang laman web forum. Hari ini orang lebih ramai yang akan luangkan masa dalam group-group sama ada yang dibina di whatsapp, telegram ataupun FB Group.

 

Untuk melakukan kerja-kerja pemasaran di laman web seperti ini, penting untuk kita berpegang pada kod disiplin tertentu dan tidak melakukan kerja promosi dengan tergesa-gesa. Ini adalah group komuniti. Orang berkumpul kerana mereka mempunyai minat yang sama, bukannya sebab nak tengok iklan semata-mata.

 

Group apa sekalipun, kalau dalamnya hanya penuh dengan ayat-ayat iklan, semua orang akan mula rasa menyampah.

 

Cara salah untuk buat promosi di group ialah dengan meninggalkan iklan dengan serta merta pada waktu yang sama permohonan anda untuk join diluluskan. Ada ke orang yang buat perangai macam ni? Sudah tentu ada.

 

Sebagai pengamal kaedah pemasaran ini, dan menjadi beberapa buah group, masalah ahli baru suka buat iklan merata-rata adalah masalah lazim yang perlu diatasi. Mungkin mereka menggunakan software untuk buat automatik posting. Ataupun mungkin mereka terlupa untuk gunakan akal dalam kerja-kerja pemasaran.

 

Memasarkan sesuatu di group sehingga berjaya menghasilkan jualan memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi dalam kalangan ahli. Adakah anda boleh dipercayai? Atau anda hanya dilihat sebagai seseorang yang cuma nak buat sales semata-mata.

 

Kualiti lebih penting berbanding kuantiti. Tak guna anda post beribu-ribu iklan dalam group, jika tak ada seorang pun yang mempercayai apa yang anda perkatakan.

 

Lebih-lebih lagi kalau anda iklankan sesuatu program yang boleh buat duit misalnya. Sesetengah orang beranggapan, hanya dengan menunjukkan gambar duit yang banyak dah cukup untuk buatkan orang tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ditawarkan.

 

Ya, mungkin akan ada yang tertarik. Tetapi perkara yang lebih penting berbanding nak buat orang tertarik ialah, nak buat orang percaya dengan tawaran kita.

 

Apa pun, ia perlukan masa dan perancangan yang rapi. Bukannya sekadar post satu dua iklan, anda akan terus dapat buat jualan. Sekali dua, mungkin cara tersebut akan dapat memberi hasil. Namun adakah cara tersebut akan berjaya setiap masa?

 

Saya pasti, anda sendiri ada jawapannya.

 

 

Exit mobile version