Blog Sabree Hussin

Pemasaran di media sosial untuk dapatkan jualan

Adakah anda telah menggunakan sepenuhnya segala channel yang terdapat di internet untuk anda mendapatkan jualan bagi produk mahupun servis yang anda tawarkan? Ataupun anda baru sahaja menggunakan satu dua channel, dan apabila ia tidak memberikan hasil seperti yang anda harap-harapkan, anda terus give up?

 

Bercakap mengenai channel pemasaran, sebenarnya terdapat banyak channel yang boleh kita gunakan bagi menghasilkan jualan untuk produk yang kita promosikan. Dalam perkongsian pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua, apa dia channel pemasaran yang anda boleh gunakan untuk tujuan menjalankan pemasaran secara online.

 

Sekiranya anda dapati, channel pemasaran yang anda sedang gunakan sekarang ini kurang berkesan, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk tambahkan channel pemasaran lain.

 

Facebook

Pada waktu ini, boleh dikatakan Facebook adalah laman media sosial yang paling popular dalam kalangan pengguna. Hampir setiap orang yang mempunyai akaun di laman web Facebook, akan login ke akaun Facebook mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, sama ada untuk membaca dan mengikuti perkembangan terkini, melihat gambar-gambar yang dikongsikan, untuk menonton video ataupun sekadar untuk menghabiskan masa.

 

Memandangkan hampir kebanyakkan orang ada akaun di Facebook, maka adalah satu langkah yang bijak sekiranya anda juga turut cuba untuk dekati bakal pelanggan anda menggunakan medium ini.

 

Twitter

Dengan Twitter, anda juga boleh menyampaikan mesej pemasaran anda kepada prospek anda secara online. Twitter meletakkan had untuk setiap update status yang kita mahu hasilkan. Setiap status hanya pendek-pendek sahaja dan ia tidak melebih 140 huruf.

 

Amat sesuai untuk orang yang suka baca sesuatu yang straight to the point.

 

Instagram

Laman Instagram adalah salah satu laman media sosial yang dikatakan turut mempunyai potensi yang sangat besar untuk dijadikan medium bagi melakukan kerja-kerja pemasaran. Salah satu panduan yang mengupas kaedah pemasaran menggunakan platform media sosial instagram ialah panduan Istagram ini. [Instagram sebagai medium pemasaran media sosial terbaik bagi tahun 2016?]

 

Google+

Merupakan laman web media sosial yang dibangunkan oleh Google. Agak kurang dari segi populariti jika nak dibandingkan dengan lain-lain media sosial seperti Facebook, Instagram mahupun twitter. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, Google+ sangat bagus untuk kita gunakan sebagai medium pemasaran terutama sekali jika anda benar-benar faham bagaimana ia berfungsi.

 

Kebanyakkan pengguna internet yang memiliki akaun dengan google, akan memperolehi akaun google+ secara automatik. Ini bermakna, ramai juga sebenarnya pengguna internet yang mempunyai akaun google+

 

LinkedIn

Laman media sosial khusus untuk golongan profesional dan yang bekerjaya, yang ingin menambahkan lagi jaringan dan rangkaian kenalan. Apa yang dapat saya katakan mengenai LinkedIn ini ialah, kebanyakkan pengguna yang menggunakan media sosial ini adalah untuk tujuan profesional.

 

Seorang pemilik perniagaan boleh dapatkan khidmat freelancer menerusi akaun media sosial ini. Seorang pekerja boleh bertemu dengan bakal majikan untuk tawaran kerja dalam bidang tertentu. Dua orang ahli perniagaan dapat bertemu untuk bincangkan tentang peluang perniagaan yang dapat dilakukan bersama.

 

Dengan kata lain, LinkedIn bukannya semata-mata untuk besosial sahaja.

 

Blog

Blog amat sesuai untuk dijadikan medium komunikasi dan bersosial antara anda dan juga prospek mahupun pelanggan anda sekiranya anda ingin menyampaikan sesuatu maklumat yang agak panjang.

 

Dengan menggunakan medium blog, anda bebas untuk menghasilkan sebuah artikel yang lengkap dengan imej dan video dalam sesebuah artikel. Ia juga boleh disusun mengikut susun atur yang lebih menarik, tersusun dan kemas berbanding lain-lain media sosial.

 

Apa-apa yang kita tulis dan siarkan di blog, kebiasaannya akan diindex oleh laman web carian seperti google dan kesannya, setiap apa yang kita pernah kongsikan di blog juga akan turut tersenarai di laman web carian bagi kata kunci yang berkaitan. Dengan adanya fungsi ini, anda juga berpeluang untuk memperoleh pelanggan dan prospek secara percuma.

 

Malahan, ia juga tidak mustahil untuk anda memperolehi pelanggan secara automatik!

 

Youtube Channel 

Youtube adalah merupakan laman web media sosial dimana para pengguna dapat berkongsi video kepada pengguna yang lain. Di laman web Youtube, anda boleh lihat terdapat pelbagai video yang anda boleh tonton tentang apa sahaja.

 

Memandangkan bukan semua orang suka membaca, dan mesej pemasaran anda mungkin agak sukar untuk disampaikan hanya bergantung kepada beberapa keping gambar, maka satu cara yang patut anda terokai adalah dengan menggunakan video sebagai medium promosi.

 

Jika bersempena dengan musim perayaan ataupun sambutan tertentu, anda juga boleh hasilkan sebuah video dan siarkan di Youtube untuk dikongsikan bersama dengan pengguna lain.

 

Pemasaran emel menggunakan sistem autoresponder

Pemasaran menggunakan medium emel masih lagi merupakan salah satu kaedah pemasaran yang cukup berkesan. Untuk menggunakan kaedah ini, sudah tentu anda memerlukan sistem autoresponder yang berkualiti tinggi, dapat menjalankan kesemua fungsi yang kita perlukan dan paling penting, ia memberi nilai yang terbaik untuk setiap sen yang kita laburkan untuk menggunakan sistem tersebut.

 

Sistem autoresponder yang saya gunakan ialah sistem autoresponder emelmatik. Sebelum ini saya menggunakan sistem autoresponder Aweber. Namun, setelah kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding USD, ia menjadikan kos penggunakan menjadi semakin mahal.

 

Saya terpaksa beralih kepada alternatif yang lebih menjimatkan, dan akhirnya saya pilih untuk menjadi pengguna sistem autoresponder emelmatik. [Keistimewaan & Kelebihan Guna Autoresponder Emelmatik]

 

Telegram/ Whatsapp group 

Pengguna smartphone kebiasaannya pasti akan install apps seperti whatsapp ataupun telegram. Ini adalah kaedah komunikasi yang agak popular dewasa ini. Ada juga alternatif lain seperti wechat misalnya.

 

Forum

Laman forum adalah medium yang bagus sekiranya anda ingin mendapatkan sesuatu maklumat mahupun untuk bertukar-tukar idea dan pendapat sesama ahli.

 

Baiklah, sekarang kita telah pun mengetahui chanel pemasaran yang terdapat di internet yang boleh kita gunakan bagi tujuan pemasaran. Pernah tak anda tertanya-tanya, apa sebenarnya tujuan kita nak gunakan chanel-chanel ini semua untuk pemasaran?

 

Menghasilkan jualan adalah matlamat akhir yang kita mahukan. Semua orang yang berniaga sama ada secara online mahupun mereka yang berniaga secara offline, sudah pasti mahukan pendapatan tambahan hasil menerusi jualan tambahan yang dihasilkan.

 

Kita mungkin sukar nak kawal, berapa banyak jualan yang bakal kita hasilkan. Walaubagaimanapun, kita masih lagi berupaya untuk kawal berapa banyak channel yang kita mahu gunakan bagi tujuan melakukan kerja pemasaran.

 

Hanya bergantung kepada satu atau dua channel pemasaran sahaja mungkin bukan satu idea yang baik. Ini hanya akan buatkan diri anda dengan mudah dipintas oleh pesaing anda. Apa pun, gunakanlah media-media ini dengan sebaiknya, dan jika anda kurang mahir, belajarlah.

 

 

 

Exit mobile version